Cantik Berkebaya Di Majlis Konvokesyen. Ratu Cantik Malaysia Kini Bergelar Doktor Pergigian

Share

Awal tahun ini, Prasana Shri telah membanggakan Malaysia apabila dia berjaya bergelar peserta top 5 dalam pertandingan Miss Eco International 2022 yang diadakan di Mesir. Bukan itu sahaja dia turut menerima dua anugerah lain iaitu Best in Evening Gown dan juga Miss Elegant.

Bukan sekadar cantik, dia juga merupakan seorang gadis yang bijak dan berpengetahuan tinggi. Buktinya, gadis tinggi lampai ini sekarang sudah bergelar sebagai Doktor Pergigian apabila berjaya menamatkan pengajiannya di Penang International Dental College.

ARTIKEL BERKAITAN: Elegan! Prasana Shri Menang Dua Anugerah Pusingan Awal Miss Eco International 2022

 “Sangat berterima kasih kepada keluarga saya, Tuhan, diri saya dan alam semesta. Perjalanan itu tidak pernah mudah tetapi apa yang boleh saya katakan ianya berbaloi. Terima kasih tidak terhingga kepada ibu dan bapa yang tidak pernah berhenti mempercayai diri saya dan sentiasa mendorong saya untuk menjadi seorang yang lebih baik.

“Mereka tidak pernah menghalang saya daripada melakukan apa sahaja yang saya mahu. Terima kasih mak dan pa. I love you so much

,” ujarnya dalam satu hantaran di Instagram. Dapat dilihat Prasana tampil cukup ceria menggayakan jubah konvokesyen.
Dr Prasana Shri memahkotakan kakaknya, Thanu Shri.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Serah Gelaran Kepada Kakak! Miss Eco Malaysia 2023 Milik Thanu Shri

Manakala meninjau ke Instagram kakaknya pula, Thanu Shri, dia turut meluahkan kegembiraan tentang kejayaan yang telah dicapai oleh adiknya itu. Ujarnya, “Adik saya telah bergraduasi. Tahniah kepadamu Dr Prasana Shri.”

Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Thanu Sri baru-baru ini telah berjaya memenangi gelaran Miss Eco Malaysia dan dia menjadi penerus legasi adiknya yang sebelum ini telah menonjolkan prestasi cemerlang di peringkat antarabangsa.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen