
Dalam suasana negara yang dihambat kekangan perjalanan ke luar negara dek pandemic Covid-19, membuatkan kita semakin menghargai lokasi-lokasi menarik pelancongan di dalam negara.
Merupakan sebuah hotel yang berkonsep rumah inap dan kafe, Padi Box ini direka dan dibina dari kontena barang dan terletak di kawasan sawah padi yang popular di daerah Sekinchan, Selangor.
Menarik tentang Padi Box ini, rekaannya yang moden disulam dengan serlahan dinding yang dicat dengan konsep berwarna-warni menjadikan ia nampak gah dalam kehijauan sawah padi. Semestinya lokasi ini sesuai untuk mereka yang mahukan kedamaian dan juga melakukan siri ‘ootd’.
Selain kecantikan alam semula jadi, Padi Box ini menawarkan katil yang selesa bersama bilik air peribadi untuk mereka yang menginap di sini. Selain itu kemudahan televisyen dan wifi juga disediakan.
Sumber & Gambar: via twitter @TourismMalaysia
Berjaya Buat David Foster ‘Annoyed’ Lalu Turun Pentas, Sissy Iman Hulur Albumnya Sebagai Tanda Minta Maaf

Tuah Ayam Nampak di Kaki, Tuah Manusia Siapa Yang Tahu
Itulah yang dapat digambarkan apabila penyanyi Sissy Iman diberi peluang bergambar dan berbual sepatah dua kata dengan komposer lagenda, David Foster di konsert HITMAN: David Foster & Friends pada Isnin lepas.
ARTIKEL BERKAITAN: “Bagaikan Mimpi….” – Datuk Seri Siti Nurhaliza Terharu Dipilih Untuk Berkongsi Pentas Di Konsert Eksklusif David Foster and Friends!
Menurut penyanyi tanah air itu sendiri, perkara tersebut berlaku secara spontan apabila dia tanpa sengaja mengganggu ucapan David dengan menyanyikan lirik lagu Take My Breath Away.
David yang kemudiannya terasa ‘terganggu’ dengan nyanyian lagu tersebut segera menuju ke arah Sissy yang berada di barisan hadapan penonton.
Buat pengetahuan semua, lagu Take My Breath Away nyanyian kumpulan Berlin untuk filem Top Gun 1986 merupakan karya yang mengalahkan lagu ciptaan David Foster, Glory of Love di Anugerah Akademi ke-59 dalam kategori Lagu Asal Terbaik.
Disebabkan kekalahan inilah, David sehingga kini masih ‘bitter’ dengan lagu tersebut. Haiyoooo……comel lah perangai komposer terkenal ini!
Dalam ketika itu, Sissy juga berkesempatan menghulurkan album terbaharunya kepada David dengan harapan dia akan mendengar lagu-lagu tersebut.
“Ketika David ajak penonton menyanyi, saya tidak sempat angkat tangan sebab saya tak terfikir nak nyanyi lagu apa. Apabila saya berikan CD tersebut, dia bertanya kenapa saya tidak angkat tangan sebelum itu memandangkan saya seorang penyanyi,
“David meletakkan CD itu di atas pianonya ketika konsert. Saya harap dia bawak balik dan dengar lagu-lagu saya,” ujarnya.
Sekadar info, Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023 yang berlangsung di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur menampilkan komposer muzik terkemuka dunia, David Foster bersama barisan penyanyi antarabangsa seperti Michael Bolton, Peabo Bryson, Loren Allred, Katharine McPhee serta penyanyi nombor satu tanah air iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Sissy Iman
Enggan Layan Isu Rumah Tangga Orang, Janna Nick Lebih Teruja ‘Renovate’ Rumah Sendiri

Semenjak dua menjak kebelakangan ini, program televisyen realiti berbentuk nyanyian, Famili Duo di saluran TV3 semakin dihimpit dengan kontroversi sewaktu berlangsung DAN di luar set penggambaran.
Program yang dahulunya berorientasikan hiburan kasual untuk seisi keluarga menjelang hari Ahad setiap minggu kini ibarat tersimpang daripada misinya. Saban episod, timbul sahaja berita tidak enak mengenai Famili Duo sehinggakan warganet yang menggemarinya dulu kini jelek dengan drama program yang tidak berkesudahan.
Dari episod teguran kasar oleh juri tetap, Mas Idayu terhadap duo muda, Sissy Iman & Naim Daniel hinggalah ke dakwaan pertelagahab rumah tangga membabitkan peserta Fyna Jebat dan isteri pertama bekas jurulatih bola sepak kebangsaan.. ia seakan tiada noktah!

Nama salah seorang pengacara program Famili Duo, Janna Nick juga tidak terkecuali daripada dipalit dengan kontroversi. Ini setelah Janna dituduh sebagai punca kepada kejadian tarik-menarik rambut antara Fyna dan isteri jurulatih terbabit di sebuah restoran di Shah Alam.
Biarpun diasak dengan spekulasi warganet dan pertuduhan daripada seorang pelakon veteran, Janna, 27 dilihat lebih selesa untuk tidak masuk campur akan hal rumah tangga selebriti lain semalam sewaktu mengacarakan episod separuh akhir Famili Duo.


Sebaliknya, Janna yang menyarungkan gaun ala Ramlah Ram semalam lebih memberi fokus kepada tugasannya sebagai pengacara bersama Sean Lee dan – guess what – menyiapkan renovasi kediamannya!
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Hampir Undurkan Diri Daripada Industri..” Janna Nick Bintang Paling Popular ke-34
REMAJA pernah melaporkan mengenai kemampuan Janna membeli sebuah kediaman tiga tingkat sekitar bulan September tahun lalu. Khabarnya, Janna sedang sibuk menyiapkan proses renovasi kediamannya itu sejak 19 Januari lalu dan ia dijangka siap pada bulan Jun 2023.
Mindset Janna ini bertepatan dengan misinya yang dahulunya pernah berkata, misi utama pembabitannya dalam industri seni adalah untuk menambah pendapatan.
Berkat minat mendalam terhadap dunia seni sejak usia 16 tahun, Janna membuktikan dirinya mampu bertahan dengan segala dugaan dan cabaran sepanjang bergelar anak seni demi mengumpul aset secara bijak.

Kediaman yang digelarnya sebagai ‘Djannahome’ ini memiliki lif peribadi sendiri dan ia adalah bukti kesungguhan bekas pelajar MRSM Pendang ini.
“Tolong doa segala urusan dalam menyiapkan rumah ni dipermudahkan ya. Terlalu banyak impian besar dan kenangan yang nak dicipta dekat rumah ni.
“I’m so excited sampai kalau boleh hari-hari nak pergi tengok rumah.
“Sedihnya, I macam tak cukup bersyukur tau… always put myself down and always doubt with my ownself. You guys, please don’t be too hard on yourself. You’re doing good and you’re enough,” catatnya di akaun Instagram.
InsyaAllah kita semua juga mampu berpeluang seperti Janna Nick untuk memiliki kediaman sendiri yang menyelesakan. Amin!
Selain Janna, antara selebriti muda lain yang telahpun memiliki kediaman peribadi sekaligus memberikan inspirasi kepada remaja lain untuk turut mempunyai impian yang sama termasuklah Naim Daniel, Hael Husaini, Daiyan Trisya dan Masya Masyitah
BACA LAGI: Daiyan Trisha Kongsi Kegembiraan Miliki Rumah ‘Landed’ Mewah Sebelum Usia 30 Tahun – REMAJA
BACA LAGI: “Mak Iti Memang Layak Terima Semua Ini!” Siti Nurhiza Berjaya Miliki Kediaman Pertama Di Dubai
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
MIMBAR Cadang Cuti Penggal Persekolahan Dimansuhkan, Ramai Warganet Beri Respon Negatif

Sesi persekolahan bagi murid pra-sekolah, tahun 1 dan 2 telah pun bermula pada 1 Mac lalu, diikuti dengan pelajar sekolah menengah pada 5 April selepas beberapa bulan pelajar melakukan pembelajaran dari rumah ekoran daripada pandemik COVID-19.

Walau bagaimanapun, menurut Astro Awani, Permuafakatan Ibu bapa Malaysia (MIMBAR) mencadangkan agar semua cuti penggal persekolahan bagi tahun ini dimansuhkan untuk memberi peluang kepada para pelajar mempelajari semula pembelajaran yang tertinggal sebelum ini.
Yang Dipertua MIMBAR, Datin Seri Ismalina Ismail berkata, kebanyakan ibu bapa yang yang ditemui mengatakan kurang sedikit signifikannya cuti penggal ini kerana mereka sudah terlalu lama berada di rumah. Jadi, pelajar sudah banyak ketinggalan dan ibu bapa memintanya untuk mengutarakan cadangan ini supaya dipertimbangkan.

Namun begitu, kenyataan ini mendapat reaksi negatif daripada golongan ibu dan bapa kerana mereka tidak bersetuju sekiranya cuti penggal dimansuhkan.
Walaupun pelajar belajar dari rumah, ibu bapa sentiasa memantau sesi pembelajaran anak-anak untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Bukan hanya pelajar, fahami juga situasi para guru..
Diharap agar isu ini dipandang serius oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan mengambil kira pendapat semua pihak untuk kebaikan bersama.
Sumber: Astro Awani