Sekiranya korang meminati seseorang selebriti Indonesia yang telahpun melangsungkan majlis perkahwinannya, pasti korang tahu betapa mereka menitik beratkan semua persediaan majlis tersebut terutamanya dalam bab persalinan yang akan dipakai oleh kedua pasangan mempelai.

Seperti yang berlaku pada minggu ini, beberapa majlis telah disusun khas untuk pasangan selebriti Lesti Kejora dan Rizky Billar. Bagi meraikannya, bukan satu dua persalinan yang mereka sarungkan. Malah sepanjang minggu ini, hampir lima persalinan telah mereka pilih biarpun jumlah tetamu yang hadir tidak sampai 100 orang pun!

Iyalah, bukan selalu nak menikah kan? Jadi apa salahnya untuk membelanjakan lebih sedikit untuk dijadikan kenangan.

ARTIKEL BERKAITAN : Rizky Billar & Lesti Kejora Menikah, 300K Orang Tonton Resepsi Di Instagram! – REMAJA

Cantik Betul Persalinan Serba ‘Lilac’ Lesti Kejora, Sopan Tapi Mewah!

Ads

Dalam banyak-banyak persalinan tersebut, yang paling mencuri tumpuan penulis adalah set ungu pudar atau lilac yang dipakai Lesti dan Rizky sempena acara membaca al-Quran bersama ahli keluarga kedua-dua belah pihak, kelmarin. Ia kemudian disambung dengan sesi meminta restu daripada ibu bapa mereka.

Lesti yang merupakan seorang penyanyi dangdut berhijab popular di Indonesia kelihatan sopan namun mewah dalam busana longgar serta labuh. Ia sarat perincian seperti butiran batu kristal, bijian mutiara dan motif bunga-bungaan dalam bentuk tiga dimensi.

Ads

Tidak cukup dengan itu, Lesti melengkapkan ‘look’ tersebut dengan selendang yang menghiasi bahagian hijabnya; juga sarat perincian.

Rupa-rupanya, keseluruhan busana ini merupakan hasil ciptaan pereka fesyen Indonesia bernama Ayu Dyah Andari. Ayu menjadikannya lebih istimewa dengan menyediakan sepasang sepatu tinggi dalam fabrik lace berwarna lilac dan ditaburi kristal khas buat Lesti.

Ads

Penulis tidak dapat pastikan berapa jumlah kos bagi busana ini. Namun melihat kepada kehalusan pembuatannya, penuulis pasti korang memerlukan sejumlah bajet yang boleh tahan besar juga bagi mendapatkan hasil sebegini rupa.

Penulis pasti, gaya sebegini akan menjadi popular dalam kalangan bakal pengantin muda di Malaysia yang sedang menunggu waktu kita dibenarkan melangsungkan majlis persandingan.

BACA LAGI : 10 Gaun Pengantin Termahal Di Dunia, Harganya Boleh Beli Sebuah Rumah Mewah! – REMAJA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI