Nama Scha Alyahya sudah cukup ampuh bukan sahaja dalam industri seni hiburan tetapi juga di landasan fesyen tempatan.
Tidak terbilang rasanya jumlah kempen editorial dan jenama fesyen yang pernah berkolaborasi bersama Scha sepanjang 16 tahun pembabitannya sebagai seorang figura awam setelah menjuarai gelaran Dewi Remaja 2005/2006.
Terbaru, Scha kembali dengan satu lagi kempen kolaboratif bersama BONIA bagi memperkenalkan era terbaru jenama antarabangsa tersebut sejak ia diperkenalkan pada tahun 1974.
BONIA pada hari ini mendedahkan logo dan monogram baharu bersempena ulang tahunnya yang ke-48. Bukan lagi layak digelar sebagai jenama ‘kakak-kakak korporat’,
BONIA pada hemat penulis telah melebarkan sayap pengaruhnya kepada peminat muda seawal usia lewat belasan tahun dengan rekaan monogram ini.
Dikenali sebagai monogram La Luna, ia diilhamkan dari fasa perubahan bulan serta sejarah panjang BONIA dari aspek warisan, hasil tangan pertukangan dan trend fesyen terkini. BONIA juga jelas mengambil ilham dari seni bina Itali semasa lawatan yang dilakukan oleh pengasasnya di sana.
Menurutnya, corak baharu ini hadir TIGA dekad selepas monogram pertama BONIA diperkenalkan. Lihat saja pada tas tangan yang digayakan oleh Scha ini. Monogram pada tas tersebut terhasil daripada huruf ‘B’ yang membentuk lengkungan seakan bulan sabit.
Apa yang membuatkan kempen La Luna ini lebih istimewa adalah kerana foto-fotonya dibidik oleh jurufoto terkenal dari Perancis, Antoine Renault.
Turut dilantik bagi menghiasi kempen ini ialah pelakon Malaysia, Dini Schatzmann dan pelakon Indonesia, Caitlin Halderman.
Selain beg dan tas tangan, La Luna oleh BONIA juga memperkenalkan rangkaian aksesori serta kasut untuk penggemar lelakinya.
DAN buat pertama kalinya juga, BONIA melancarkan koleksi pakaian Ready-To-Wear termasuk baju T dan baju sweater buat peminat jenama ini terutamanya golongan remaja seperti korang.
Khas sempena era baharu BONIA ini, korang boleh mengunjungi satu pop-up khas La Luna bertempat di Centre Court, Mid Valley Megamall dari hari ini sehingga 14 Ogos nanti bagi menikmati diskaun menarik serta mengambil peluang di ‘Personalisation Station’ BONIA di sana bagi tag nama masing-masing.
BACA LAGI : 5 Jenama Barangan Buatan Malaysia Yang Sering Dianggap Keluaran Luar Negara – REMAJA
View this post on Instagram
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.