Cantik & Bijak, Graduan Bidang Farmasi Juara Baharu Miss Thailand

Share

Pertandingan Miss Thailand merupakan pertandingan ratu cantik tertua negara gajah putih itu. Diadakan sejak tahun 1934, pertandingan ini bejaya melahirkan dua pemenang Miss Universe pada tahun 1965 dan 1988 menerusi perwakilan Apasra Hosangkula dan Pornthip Nakhirunkanok.

Manakala pada tahun2019 pula, juara Miss Thailand berjaya merangkul gelaran Miss International 2019 menerusi perwakilan Sireethorn Leearamwat. Pertandingan ini diadakan atas dasar memperhebatkan suara wanita dan juga memperkenalkan budaya Thailand ke mata dunia.

Bersama Manita Hang, Miss Thailand 2022. Sumber gambar: Instagram Miss Thailand

Terbaharu, Chonnikarn Supittayaporn yang mewakili Chiang Mai, telah berjaya merebut gelaran Miss Thailand 2023 pada pertandingan yang diadakan di Central Chaengwattana di Nonthaburi, Bangkok.

Gadis cantik berumur 24 tahun ini merupakan seorang model, namun begitu dia bukanlah calang-calang orangnya. Memiliki taraf pendidikan yang membangakan,  dia adalah graduan bidang farmasi dari Universiti Chiang Mai. Memiliki ketinggian 170cm, Chonnikarn menjadi kegemaran ramai sejak awal pertandingan lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis Kacukan Pertama Menang Gelaran Miss Thailand, Manita Farmer Pecah Rekod 88 Tahun Pertandingan

Marisa Phonthirat dari Sakhon Nakhon dinobatkan sebagai naib johan manakala Arabella Sitanan Gregory dari Phatthalung menduduki tempat ketiga. Kanokporn Payungwong dari Phra Nakhon Si Ayutthaya dan Supansa Wattananusit dari Amnat Charoen masing-masing menjadi berpuas hati di tempat keempat dan kelima

Seramai 47 peserta menakjubkan dari pelbagai wilayah Thailand telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam edisi Miss Thailand ke-54. Pertandingan tahun ini bertemakan “The Ultimate Precious” dianjurkan oleh TPN Global dengan kerjasama Tero Entertainment.

Seiring dengan kemenangannya, Chonnikarn bakal mewakili Thailand ke pertandingan Miss World kali ke-71 yang bakal diadakan di Emiriah Arab Bersatu.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen