Pertandingan Miss Korea merupakan sebuah pertandingan ratu cantik yang tertua yang diadakan di Korea Selatan. Telah pun bermula sejak tahun 1957 pemenang pertandingan ini dahulunya dihantar untuk mewakili Korea Selatan di pentas Miss Universe dan Miss World.
Namun kini setelah kedua-dua francais tersebut dimiliki oleh organisasi lain, para pemenang Miss Korea sejak tahun 2016 telah dihantar untuk bertanding sama ada ke pertandingan Miss International atau Miss Earth.
ARTIKEL BERKAITAN: Anggun Mengenakan Gaun Hitam, Miss Universe Malaysia 2022 Tampil Dengan Gambar Terkini
Baru-baru ini, organisasi Miss Korea telah pengadakan pertandinganya untuk tahun ke-66. Dalam pertandingan tersebut, Lee Seung-hyeon,23, telah dinobatkan sebagai juara. Dia berjaya mengalahkan saingan 29 peserta lain yang datang dari seluruh pelusuk negara.
Gadis tinggi lampai ini merupakan pelajar di Universiti Korea dalam jurusan ekonomi dan sangat aktif sebagai pelajar.
Lee Seung Hyeon memperkenalkan dirinya sebagai trendsetter dan menjelaskan bahawa impiannya adalah untuk menjadi ketua pegawai eksekutif jenama fesyen global dan sedang berusaha untuk membangunkan nilai jenamanya sendiri melalui pelbagai aktiviti.
Dalam acara akhir yang dilangsungkan di Blue Square, Yongsangu, selain Seung-hyeon yang bergelar juara, Yoo Si Eun, 25, dari Jabatan Perkhidmatan Penerbangan di Universiti Yeonsung mendapat tempat kedua manakala Kim Go Eun, 22, dari Jabatan Penerbangan dan Kejuruteraan Aeronautik mendapat tempat ketiga.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.