Personally, penulis menyukai stail gaun Paris Hilton yang lebih moden, vintaj dan ringkas – all in one.
Selebriti terkenal Hollywood, Paris Hilton telah melangsungkan perkahwinan dengan suaminya yang merupakan ahli perniagaan, Carter Reum diusia 40 tahun dalam satu majlis yang diadakan di estet peribadi miliknya di Bel Air, California, Amerika Syarikat pada 11 November lalu.
Paris juga merupakan sepupu ke-20 Ratu Elizabeth II melalui bapanya, Rick Hilton dalam keluarga. Pewaris Hilton itu kelihatan cantik menawan mengenakan gaun ballgown serba putih suci.
Mahu Gaun Tema Kisah Dongeng
Gaun kembang rekaan Oscar de la Renta bertemakan kisah dongeng. Gaun dengan train panjang meleret dihiasi dengan sulaman berbentuk bunga di sepanjang lengan, badan hingga ke bawah. Memang cantik tak terkata!
Selepas bergelar isteri, Hilton mengakui berasa sangat bahagia dan berasakan dirinya seperti seorang puteri dalam cerita dongeng.
“Saya akhirnya menjadi seorang isteri dan mempunyai ‘putera’ dan dicium seorang ‘putera’ yang sangat disayangi. Inilah kebahagiaan yang saya impikan sejak kecil lagi,” katanya
Inspirasi Gaun Pengantin Grace Kelly
Kata Paris, dia mendapat inspirasi daripada gaun pengantin Grace Kelly ketika berkahwin dengan Putera Monaco Rainier 111.
“Sejak kecil saya mengimpikan perkahwinan seperti kisah dongeng. Dengan pakaian yang cantik, abadi dan bergaya.
“Saya suka Puteri Grace Kelly dan sentiasa membayangkan betapa elegan dan ikoniknya dia, dan saya tahu saya mahu kelihatan elegan seperti dia berjalan di alter.
Pada hari bahagianya itu, Hilton memilih untuk menggayakan gaun pengantin serba putih dengan hiasan renda klasik sentuhan pereka fesyen terkenal, Oscar de La Renta dan disolek oleh jurusolek Steven Tabimba serta Eduardo Ponce.