Kredit foto: Instagram Ainul Aishah

Pelakon Ainul Aishah baru sahaja melangsungkan perkahwinan minggu lalu dengan pasangannya, Khalid Redzuan. Mempelai sama cantik dan sama padan ini yang sudah sekian lama bercinta disambut dalam majlis pernikahan dan resepsi penuh meriah di The Saujana Hotel, Kuala Lumpur.

Dalam sesebuah majlis perkahwinan, pastinya busana yang digayakan ratu sehari menjadi perhatian. Ainul yang berkulit hitam manis ini tampil cantik dan elegan dalam rekaan jenama fesyen tersohor tempatan iaitu Hatta Dolmat dan DPLKL.

Cantik & Elegan, Ainul Aishah Tampil Bagaikan Puteri Dalam Busana Hatta Dolmat & DPLKL
Kredit foto: Instagram Ainul Aishah

Memilih busana jenama DPLKL untuk majlis penikahannya, rekaan gaun potongan duyung itu diberikan ilusi seumpana kurung moden dengan olahan draping pada pinggang. Memilih warna putih gading, Ainul dalam hantaran di Instagramnya meluahkan rasa, “In love with my beautiful nikah dress and whole look. I’m not over it yet.”

Rekaan DPLKL ini sangat regal dan menjadikan wanita berusia 37 tahun ini anggun menawan. Campuran fabrik renda mewah, sulaman bunga 3d dan juga tatahan jemeki menyempurnakan keseluruhan rekaan. Paling menarik, penghujung labuh gaun tersebut diberi kelainan dengan fabrik diolah menggunakan teknik lisu yang memberi satu keunikan.

Ads
Cantik & Elegan, Ainul Aishah Tampil Bagaikan Puteri Dalam Busana Hatta Dolmat & DPLKL
Kredit foto: Instagram DPLKL

Untuk melangkapkan lagi gayanya, Ainul mengenakan layah paras pinggang dan diserikan dengan rekaan tiara yang minimal.

ARTIKEL BERKAITAN: Cantiknya Baju-Baju Perkahwinan Mira Filzah. Hasil Idea Pereka Ternama Tanah Air

Beralih pula ke busana resepsi, pereka fesyen terkenal Malaysia, Hatta Dolmat menjadi pilihan si ratu sehari. Seperti yang semua tahu, Hatta memang cukup terkenal dengan sentuhannya yang magikal tatkala mereka busana yang grandeur.

Ads
Cantik & Elegan, Ainul Aishah Tampil Bagaikan Puteri Dalam Busana Hatta Dolmat & DPLKL
Kredit foto: Instagram Ainul Aishah

Memenuhi impian Ainul, pereka fesyen ini telah menghasilkan rekaan gaun kembang siap dengan riben besar di bahagian belakang bagi menambahkan lagi ‘drama’ kepada rekaannya. Jika dilihat dari dekat, peletakan perincian kepada busana ini cukup dramatik, bukan sekadar disulam begitu sahaja, bahkan ia disusun secara kreatif bagi memberi efek penuh mewah.

Gaya keseluruhan Ainul yang tampil bagaikan puteri dilengkapkan dengan pemakaian mahkota besar dan juga pemilihan layah meleret panjang.

Ads
Cantik & Elegan, Ainul Aishah Tampil Bagaikan Puteri Dalam Busana Hatta Dolmat & DPLKL
Kredit foto: Instagram Ainul Aishah

Tidak lengkap seri keseluruhan tanpa pemilihan solekan dan juga dandanan yang sempurna. Untuk pernikahannya, Ainul telah mendapatkan khidmat Ady Razak untuk merias wajahnya dan CKay Liow untuk mendandan rambutnya. Ketika majlis resepsi pula, dia memillih jurusolek Gabriel Padan untuk merias wajah dan juga menyiapkan dandanan rambutnya.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI