Dengan sekali lafaz sahaja, naib juara program Big Stage 2020; Muhammad Saiful Naim bin Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Usop telah menamatkan zaman bujangnya hari ini bersama pasangan pilihan, Nur Fatihah Md Hashim, 25 pada hari ini.
Majlis akad nikah yang dilangsungkan secara ringkas di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam di Penaga, Pulau Pinang telah berwalikan bapa pengantin perempuan, Md Hashim Nordin dan dilangsungkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Butterworth iaitu Ustaz Haji Harun Idris.
Pihak pengantin lelaki telah menghulurkan mas kahwin sebanyak RM3,000 dan seutas gelang tangan serta tujuh dulang hantaran yang dibalas dengan sembilan dulang dari pihak pengantin perempuan.
Khabarnya juga, majlis resepsi pihak Nur Fatihah bakal diadakan pada malam ini. Manakala majlis resepsi pihak Usop pula dijadualkan berlangsung pada 13 Februari ini di Kulim Kedah.
Tidak ketinggalan juga ada yang terkejut apabila mendapat tahu Nur Fatihah berasal dari Malaysia. Disebabkan rupa parasnya yang menyerupai wanita berdarah kacukan, ada yang menyangka Usop telah memilih pasangan warga asing.
Untuk pengetahuan, Nur Fatihah yang mesra dengan panggilan Teha berkhidmat sebagai seorang kakitangan bahagian pentadbiran di sebuah syarikat di Pulau Pinang. Sambil itu, Teha turut menjalankan pekerjaan sampingan iaitu dengan meniaga barangan kosmetik.
Usop dalam pada itu memohon agar peminat dan orang ramai dapat mendoakan segala kebaikan kepada mereka sebagai pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga.
“Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini sebaik mungkin.
Ads
“Saya ingin menjadi suami yang terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan,” ujarnya.
Tahniah sekali lagi REMAJA ucapkan kepada pasangan ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mesti korang pernah dengar perkataan ‘langkah bendul’, gelaran yang selalu diberikan kepada adik yang berkahwin dulu sebelum kakaknya.
Adat dan kepercayaan ini lazimnya diamalkan oleh masyarakat Melayu zaman dulu-dulu, tetapi ada juga yang masih mengamalkannya sehingga kini. Oleh sebab itu, si adik perlu memberi hadiah kepada si kakak kerana sudah ‘langkah bendul’.
Gambar hiasan
Pada mulanya, ia tidaklah menyalahi syarak atas nama hadiah, tapi kalau dah berlebihan dan menjadi kewajipan serta mengundang beban kepada pasangan yang nak kahwin tu, maka ia sudah menyalahi syarak Islam yang memudahkan perkahwinan.
So gaiss, kalau adik korang dah maklumkan kepada keluarga yang dia nak berkahwin, korang kena la positif walaupun diri sendiri pun belum berpunya.
Berikut merupakan tip-tip yang korang boleh lakukan sekiranya mengalami situasi seperti ini:
1. Sokong niat mereka
Walaupun korang masih single, tapi sokonglah niat mereka untuk berkahwin awal kerana lebih baik daripada membiarkan mereka keluar berdua-duaan tanpa ikatan yang sah.
2. Jangan susahkan mereka
Janganlah pula minta hadiah macam-macam sebagai syarat untuk berkahwin sebelum korang. Ini sebenarnya akan menyusahkan mereka sebab bayangkanlah berapa banyak wang yang mereka kena belanjakan untuk majlis kahwin, then nak tambah lagi perbelanjaan untuk tunaikan permintaan korang.
Sebaliknya, korang mintalah doa yang baik-baik kepada bakal pengantin. Jangan kecil hati pula bila si adik tu dah nak kahwin. Suruh mereka doakan agar korang cepat-cepat dapat jodoh kan lebih baik. InsyaAllah!
Dah nama satu keluarga, buat apalah nak simpan hasad dengki. Be positive. Mungkin lepas adik kahwin, giliran korang pula nanti. Kalau kita mudahkan urusan orang, insyaAllah Allah mudahkan urusan kita juga.
Doakan yang baik-baik semoga mereka bahagia hingga ke akhir hayat. Kalau adik korang happy, korang pun tumpang happy sekali kan?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Satu-persatu bekas peserta pertandingan nyanyian Big Stage telahpun berganjak dari alam bujang ke perkahwinan biarpun masih berada di usia muda.
Terbaru, penyanyi Sakit Hati iaitu Syafiq Farhain telah mendedahkan bahawa dirinya kini telahpun bergelar seorang suami selepas desas-desus bertiup kencang dalam kalangan peminatnya yang percaya dirinya sudah berpunya.
Syafiq, 28 yang ditemui di majlis berbuka puasa ajurag syarikat pengurusannya, MVM dan Rusa Music berkata dirinya tiada niat pun untuk merahsiakan pernikahan mereka. Namun atas dasar selesa untuk tidak berbicara secara berlebihan mengenai perihal peribadi, Syafiq memilih untuk berdiam diri selama ini dan enggan mendedahkan tarikh pernikahannya.
Syafiq bersama ibunya, Puan Napisah sewaktu rakaman program Rasa Nostalgia Ramadan, tahun lalu.
“Saya tidak mahu merahsiakan dan tidak juga menghebahkan. Bila saya mendirikan rumah tangga dan sebagainya, tidak perlu diperbesarkan.
“Jika ada datang berjumpa dan bertanya sama ada saya sudah berkahwin saya pasti menjawab (sudah berkahwin) dengan jujur.
“Saya berkahwin dengan gadis pilihan yang juga sekampung dengan saya iaitu Terengganu. Senang hendak pulang beraya nanti. Kami berkenalan pun sudah lama sebelum saya bergelar artis lagi. InsyaAllah, majlis resepsi juga dalam perancangan,” ulas anak kepada penyanyi lagenda, Saleem itu.
Syafiq, 28 dalam pada itu menidakkan tindakan tidak menghebahkan berita pernikahan adalah disebabkan enggan ‘saham’-nya jatuh selepas ini. Namun, Syafiq sudah bersedia sekiranya ia akan sedikit-sebanyak memberikan impak terhadap kerjaya.
“Awalnya, saya merancang hendak umumkan berita pernikahan dalam satu majlis. Tetapi nampaknya ia terlebih dahulu berjaya dihidu media. Saya berharap agar semua pihak mendoakan yang baik-baik buat kami sekeluarga,” pinta Syafiq.
Tahniah kami ucapkan kepada Syafiq Fahain dan isteri!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika di Hollywood kita mempunyai kisah cinta remaja Zac Efron & Vanessa Hudgens (High School Musical), Adam Brody & Rachel Bilson (The O.C) dan Chad Michael Murray & Sophia Bush (One Tree Hill), di Malaysia kita mempunyai kisah cinta “Elly & Epit”.
Popular dengan siri kanak-kanak popular Elly & Epit di saluran Astro Ceria sekitar tahun 2011 hingga 2014, pelakon utamanya iaitu Hadi Mazlan dan Siti Amirah Dayana sebenarnya telah mengenali diri masing-masing sebelum memasuki set Elly & Epit lagi.
Hadi dan Dayana merupakan alumni daripada program Idola Kecil di saluran TV9. Dayana merupakan juara Idola Kecil 2 manakala Hadi ialah peserta Idola Kecil 3.
Kiranya mereka berasal daripada dunia nyanyian sebelum memasuki ke dalam set penggambaran drama.
Masing-masing sekarang berusia 20 tahun dan mereka baru saja melangsungkan pernikahan! Perghh, ramai pasangan high school sweethearts tak bertahan pun selepas tamat belajar tetapi Hadi & Dayana selamat sampai ke jinjang pelamin.
Menariknya, mereka berdua yang telah berundur daripada dunia hiburan menyatakan bahawa mereka tidak akan bercinta sebelum bernikah. Sepanjang tempoh bertunang pada tahun lalu, mereka enggan keluar dating ke sana-sini seperti pasangan remaja lain.
Seperti yang pernah ditulis Dayana di Twitter, “Kami tak bercinta dan tak akan bercinta sehingga selepas sahnya akad, InsyaAllah.”
Menurut ibu Hadi di akaun Facebook-nya, perubahan ke arah keagamaan pada usia muda itu bertitik-tolak daripada diri sendiri.
“Hadi merupakan pelajar jurusan Syariah Islam di Kolej Islam As Sofa Ampang. Selepas pulang daripada menunaikan umrah pada tahun 2004, dia mula mendalami agama.
“Dayana pula berdepan momen sukar ketika ayahnya menderita sakit kanser dan menghembuskan nafas terakhir ketika Dayana dan adik-adiknya masih remaja.
“Sebagai anak sulung, Dayana memikul tanggungjawab untuk membantu ibu menguruskan rumah tangga dan adik-adiknya ketika ibu keluar mencari nafkah,” tulis beliau lagi.
Nampaknya semalam, Hadi dan Dayana telahpun selamat diijab kabulkan dan netizen memberikan ucapan tahniah kepada mereka berdua.
Baru-baru ini, skuad Sepak Takraw negara mencuri perhatian apabila berjaya muncul sebagai juara dan menundukkan cabaran sengit Thailand dengan kemenangan straight set di Stadium...