Meskipun kini sudah berusia 29 tahun, namun penampilan jelitawan bertuit ini langsung tidak melambangkan usia sebenarnya. Malah, bella masih terlihat persis gadis belasan tahun!
Menerusi temubual bersama Hijabista sebelum ini, Bella sempat berkongsi ‘rahsia” kecantikkan asli yang dimilikinya, selain mewarisi kecantikkan semulajadi secara genetik keluarga. Ini petua yang dikongsikan Bella khas buat Hijabi bertubuh genit sepertinya.
5 Tip Kecantikan Yang Dikongsikan Bella Untuk Cantik ‘Luaran Dan Dalaman’
Kurangkan Tekanan
“Pertama sekali kita kena stress free atau kurangkan tekanan dalam diri. Kena jaga diri kita, sebab nak ‘pakai’ badan kita ni lama. Jadi jangan stres-stres.
Jaga Pemakanan
“Kedua, jaga pemakanan. Pilih makanan-makanan yang menyihatkan. Kalau nak cheat day pun sekali sekala saja.
Ads
Luangkan Masa Bersama Keluarga
“Ketiga, rancang masa berkualiti kita bersama keluarga. Lakukan aktiviti riadah bersama-sama.
Air Kosong
“Keempat, minum air kosong secukupnya. Kurangkan air yang bergula atau bersoda.”
Elakkan Diri Dari Menjejaskan Kesihatan Mental
Namun apa yang penting bagi Bella Astillah, untuk tenang dan bahagia kita berhak untuk mengelakkan diri daripada mereka yang boleh menjejaskan kesihatan mental.
Ads
“Kelima, kita berhak merehatkan diri dari apa-apa yang membuat sakit. Kita berhak menghindari diri dari orang-orang yang membuat mental down. Itu adalah kebahagiaan dan ketenangan kita.”
Untuk rekod, Bella Astillah dan Aliff Aziz berkahwin pada tahun 2016. Hasil perkongsian hidup bersama mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean (5 tahun) dan Ara Adreanna (3 tahun).
Ads
Jadi, kalau anda rasa nak kekal tubuh badan yang cantik, boleh lah amalkan tip daripada Bella Astillah ini. Ada anak pun, tidak langsung menjadi halangan untuk jaga badan. Bukan untuk orang lain tetapi lebih kepada diri sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkahwinan di antara Puteri Beatrice dan Edoardo Mapelli Mozzi mungkin sudah berlangsung lebih setahun lalu. Namun momen cucu kepada Ratu Elizabeth II muncul di khalayak ramai menggayakan busana milik nendanya itu menarik perhatian, tidak kurang ramai tersentuh hati melihat busana tersebut ‘dihidupkan’ kembali.
Berkahwin pada 17 Julai 2020, pekahwinan pasangan ini sebelum itu pernah terpaksa ditunda disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Majlis yang dilangsungkan di The Royal Chapel of All Saints di Royal Lodge Windsor itu hanya diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat sahaja.
.
.
Berbicara mengenai gaun kembang ikonik tersebut, gaun rekaan pereka fesyen Norman Hartnell itu dipakai oleh Ratu Elizabeth II pada tahun 1962 ketika menghadiri majlis tayangan perdana filem Lawrence of Arabia di Odeon, Leicester Square, London.
Gaun yang direka dengan tali halus dibahagian bahu ini diserikan dengan perincian pada bahagian badan bagi memberikan sentuhan yang regal dan mewah. Menariknya khas untuk majlis perkahwinan tersebut, Angella Kelly dan Stewart Parvin yang selalu bekerja untuk Ratu Elizabeth II telah ditugaskan untuk memberi sentuhan khas dan juga menyedang busana tersebut agar terletak cantik pada tubuh Puteri Beatrice.
.
.
Busana asal digayakan oleh Ratu Elizabeth II tanpa tekaan lengan yang menutup bahu, namun untuk perkahwinan ini elemen tersebut ditambah agar nampak lebih sopan bagi sebuah majlis perkahwinan di gereja. Menambah lagi keserian Puteri Beatrice, dia turut mengenakan tiara dipakai nendanya ketika perkahwinannya pada tahun 1947.
Dalam perkembangan terbaharu, Puteri Beatrice sedang mengandung anak sulung dan dijangka bakal melahirkan pada musim luruh yang akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut saja mengenai jenama LILIT., ramai yang mudah membayangkan koleksi pakaian dan aksesorinya kontemporari yang mudah untuk digayakan oleh fesyenista hijabi yang mementingkan gaya serta pemakaian sopan.
Masuk saja laman web dan butiknya, mata terus jadi rambang untuk memilih yang masa satu untuk dibawa ke rumah dan digayakan pada hari keesokan. Cuma bila sudah terlalu popular dan diminati ramai, kami ada mengalami sedikit kesukaran untuk mendapatkan pakaian atau aksesori yang menjadi rebutan ramai pembeli setia LILIT.
Jangan risau, kongsi team LILIT. mereka akan mempercepatkan penyediaan stok bagi koleksi tular yang mudah ‘sold-out’ dari semasa ke semasa agar korang tidaklah ‘terkilan’ untuk mendapatkannya. Pada waktu yang sama, kini mereka baru saja membuka butik LILIT. ketiga di Malaysia agar pembeli di tengah ibu negara lebih mudah untuk mendapatkan apa saja yang korang hajati daripada LILIT.
Butik yang bertempat di Bangsar Villang II ini berkeluasan 1,960 kaki persegi dan memperlihatkan barangan asas seperti pakaian dalam, pelbagai jenis pakaian, skaf hijab, aksesori dan juga koleksi kolaborasi khas LILIT. bersama personaliti mahupun jenama lain. Paling terbaru, mereka ada menyediakan koleksi LILIT. x Mira Filzah dan tidak lama lagi, koleksi LILIT. x Fizi Woo pula akan menyusul di butik ini.
Lebih menarik apabila LILIT. turut menyediakan sesuatu yang menarik bagi ibu mengandung dan hijabi yang sedang mencari pakaian athleisure dan pakaian renang yang ‘modest’ serta membuatkan pemakainya selesa bergiat aktif (dan terasa fashionable) biarpun menutup bahagian tubuh.
Oleh itu, bagi mereka yang tidak sempat untuk membeli menerusi laman web LILIT., korang kini mempunyai alternatif untuk ke butik mereka di Bangsar Village II ini.
Jangan lupa untuk mengambil foto OOTD #instaworthy di sekitar butik terutamanya di bahagian bilik persalinannya tau! Selain itu, team LILIT. turut berkongsi berita gembira apabila aplikasi khas LILIT. bakal dilancarkan tidak lama lagi!
*
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Demam pertandingan ratu cantik Miss Universe 2022 semakin hangat apabila satu-persatu negara telah memahkotakan wakil masing-masing untuk bertanding pada tahun ini.
Tidak kurang juga masih ada negara yang sedang melangsungkan pertandingan di peringkat kebangsaan termasuklah di Malaysia dan negara jiran, Thailand.
Bercakap mengenai pertandingan Miss Universe Thailand (MUT) 2022, mereka baharu sahaja melangsungkan pusingan uji bakat pada hujung minggu lalu untuk memilih hanya 30 daripada 45 orang peserta sebagai finalis akhir. Pusingan uji bakat tersebut memerlukan setiap peserta memberikan pandangan bernas mereka terhadap satu kata kunci yang dipilih secara rawak.
Menariknya mengenai pusingan ini, para juri secara sepakat boleh memberi gelaran ‘Golden Tiara’ kepada peserta yang berjaya menawan hati mereka dengan tiga kriteria ini iaitu Keyakinan (Confidence), Kebijaksanaan (Intelligence) dan Minat (Passion).
Daripada 45 orang peserta pada tahun ini, nampaknya hanya DUA orang sahaja yang berjaya mendapatkan ‘Golden Tiara’ itu.
Mereka dikenali sebagai Nicolene Limsnukan dan Nita Aksornwan. Kedua-dua gadis tersebut menambat hati juri yang tergolong daripada golongan profesional dan bekas juara Miss Universe Thailand sebelum ini.
(Dari Kiri) : Nita Aksornwan dan Nicolene Limsnukan.
Nicolene Limsnukan memperolehi kata kunci ‘Media Literacy’ atau kecelikan media dan ujarnya, kecelikan media adalah amat penting.
Nicolene Limsnukan.
“Bukan sahaja kita perlu berhati-hati terhadap bahan bacaan kita, kita juga harus tahu bagaimana untuk menganalisa semua media secara kritikal. Oleh itu, apabila kita membaca akhbar atau artikel, kita perlu faham apa yang sedang dibaca dan tahu sumber informasinya. Penting untuk kita mendapatkan maklumat tepat agar kita boleh belajar perkara baharu dan mampu menyampaikannya kepada orang lain,” katanya.
Nicolene kini menghitung hari sebelum bergelar graduan daripada University of the Thai Chamber of Commerce dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan. Nicolene juga bakal menyambung pelajaran di peringkat sarjana (masters) dalam bidang pemasaran.
Beralih kepada Nita Aksornwan pula, gadis yang kini bergelar seorang content creator ini sememangnya bijak menawan hati penonton dengan personaliti dan skil komunikasinya.
Mendapat kata kunci ‘Equility’ atau kesamarataan, Nita berpendapat Thailand masih kurang akses kesamarataan dalam komunitinya.
Nita Aksornwan
“Berdirinya saya di sini adalah untuk meminta kesamarataan perkahwinan sesama jenis, pendidikan dan kebajikan kesihatan untuk semua orang. Saya percaya komuniti kita boleh ditambah baik jika semuanya ada kesamarataan. Terima kasih,” jelasnya.
Apabila Nita ditanya mengenai kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan rakyatnya, dia menggalakkan rakyat Thailand terus mempraktikkan pengucapan Bahasa Inggeris kerana ia boleh menambah baik perkembangan diri sendiri selain membuatkan seseorang sebagai penduduk dunia yang lebih baik.
“Anda perlu seronok mempelajarinya. Masalahnya di Thailand, kita terlalu fokus kepada peperiksaan (Bahasa Inggeris) dan melupakan komunikasi harian. Saya mulakannya kerana minat saya terhadap Taylor Swift, anda pula mungkin mempunyai inspirasi lain,” kata Nita.
Menyusuri sejarah penganjuran Miss Universe Thailand beberapa tahun kebelakangan ini, tiga juara terbarunya telah berjaya memenangi gelaran ‘Golden Tiara’ ini sewaktu mereka bertanding dahulu. Mereka terdiri daripada Anchilee Scott-Kemmis (MUT 2021), Amanda Obdam (MUT 2020) dan Paweensuda Drouin (MUT 2019).
Adakah Nicolene dan Nita bakal mengulangi sejarah di mana salah seorang daripada mereka pula bakal bergelar Miss Universe Thailand? Sama-sama kita nantikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Insiden kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights Puchong pada hari ini tidak dianggap sekadar isu tempatan semata-mata tetapi...