Cantik & Menakjubkan, Lelaki Ini Kongsi Tempat Percutian Memukau Di Amerika Syarikat

Share

Amerika Syarikat (AS) merupakan antara negara terbesar dunia dan sudah tentu banyak tempat menarik yang boleh dilawati oleh para pelancong. Namun, agak jarang untuk kita melihat perkongsian tentang percutian di negara AS ini kan?

Amerika Syarikat terkenal sebagai bandar bertaraf dunia, dimana kecanggihan teknologi dan kepesatan pelbagai sektor industri dipelopori oleh negara itu. Maka, tidak hairanlah sekiranya korang bakal jatuh cinta setelah menjejakkan kaki di bumi AS.

Bagi yang ingin melancong ke sana, berikut kami senaraikan antara lima tempat menarik yang boleh dikunjungi, hasil perkongsian daripada rakyat Malaysia yang menetap di AS dikenali sebagai Saif Suhairi

.

1. Yosemite

Sumber: Saif Suhairi

Yosemite mendapat status taman negara pada tahun 1890 dan terletak di bahagian California. Keunikan di taman negara ini adalah bentuk muka buminya yang cantik dipenuhi hutan, air terjun dan gunung berbatu yang indah. Pasti cantik jika korang mahu merakamkan foto kenangan di sini.

2. Grand Canyon

Sumber: Saif Suhairi

Antara lokasi popular di AS dan kami pasti ramai yang sudah tahu tentang kewujudan dan keindahan gua batu semula jadi ini. Pemandangan indah dengan liku sungai Colorado dan berada di utara Arizona menjadikan taman nasional ini sering mendapat perhatian pelancong.

3. Yellowstone

Sumber: Saif Suhairi

Kira-kira dua jam dari San Francisco, Yellowstone merupakan taman negara yang mempunyai keunikan air mata pelangi. Korang pasti terpukau dengan keindahan ciptaan Tuhan yang menakjubkan ini.

4. New Hampshire

Sumber: Saif Suhairi

Waktu paling cantik adalah paling musim luruh, sehinggakan boleh dikatakan pada setiap minggu pasti akan ke lokasi ini. Lihat sahaja gambar yang telah dikongsikan oleh Saif ini, cantik bukan? Rugi kalau tak singgah ke sini sekiranya korang berada di AS.

5. Alaska

Sumber: Saif Suhairi

Kalau korang nak lihat glaciers, beruang kutub utara, bison dan haiwan lain yang tidak ada di tempat biasa, disinilah tempat untuk melihat kesemuanya. Memang menakjubkan!

Jika ada rezeki dan peluang untuk ke Amerika Syarikat, mungkin korang boleh pertimbangkan lokasi-lokasi ini dalam senarai percutian. Selamat bercuti!

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Noor Ain Norman