Cantik Menyerupai Mama! Kenali Gerangan Anak Dara Marshanda Yang Semakin Diminati Netizen Indonesia

Share

Foto terbaru puteri kecil kepada pelakon terkenal Indonesia, Marshanda telah mencuri tumpuan rakyat di sana.

Menginjak ke usia 10 tahun, gadis bernama Sienna Kasyafani ini merupakan anak hasil perkahwinan Marshanda dan pelakon lelaki, Ben Kasyafani. Jelas, Sienna mewarisi kelebihan paras rupa kedua ibu bapanya.

Tanpa secalit solekan pun dengan rambut mengurai panjang, tidak mengejutkan apabila ramai peminat Marshanda yang menyamakan wajahnya semasa masih kecil dengan Sienna.

Sebagai seorang anak seni yang memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak di Indonesia, wajah manis Marshanda mula dikenali sejak di bangku sekolah disebabkan kelibatnya menerusi beberapa sinetron popular seperti Bidadari

.

Biarpun bakat ibunya itu diwarisi oleh Sienna, kanak-kanak itu buat masa ini belum mengikut jejak langkah ibunya itu dan lebih selesa bergelar kanak-kanak normal yang menikmati usia mudanya.

Pada tahun 2019 ketika Sienna berusia 6 tahun.
Sienna pada tahun ini sudah menginjak ke usia 10 tahun.

Rakyat Indonesia hanya sekadar mampu mengikuti perkembangan terbaru Sienna menerusi akaun Instagramnya yang kini telahpun mempunyai lebih daripada 100 hantaran foto serta video miliknya.

Akaun media sosial yang dikelolakan oleh Marshanda itu juga memuatkan momen-momen istimewa di antara anak-beranak itu.

Antara yang paling diperkatakan adalah foto yang menampakkan Sienna memakai tiara pada kepala. Foto tersebut terus diperkatakan oleh peminat yang mengharap agar Sienna dan Marshanda satu hari nanti akan sama-sama membintangi siri ‘remake’ Bidadari.

ARTIKEL BERKAITAN: Makin Mesra! Siapakah Jejaka Kacak, Arya Vasco Yang Digosipkan Dengan Cinta Laura Kiehl? – REMAJA

Sehingga kini, akaun Instagram Sienna Kasyafani ini telahpun mengumpul lebih daripada 285,000 pengikut.

BACA LAGI: Hidup Mewah Sejak Kecil, Ini 6 Selebriti Indonesia Yang Lahir Daripada Keluarga Kaya – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ