Siapa saja yang ingin terlibat dalam situasi cemas sewaktu berada di tengah-tengah penerbangan.
Namun itulah yang terpaksa dihadapi oleh 185 orang penumpang dan enam orang anak kapal pesawat Boeing 737 SpiceJet dalam perjalanan dari Patna ke Delhi setelah salah satu enjin pesawatnya terbakar di tengah-tengah penerbangan akibat hentakan burung.
Menurut laporan media di India, dalam keadaan tersebut, juruterbang pesawat iaitu Kapten Monica Khanna terpaksa melakukan pendaratan cemas. Dia bertindak pantas dengan mematikan enjin penerbangan yang terjejas tadi dan mendarat semula di Lapangan Terbang Patna.
Jelas penumpang, biarpun mereka berada dalam ketakutan, Kapten Monica telahpun memastikan semua penumpang dan anak kapal selamat dengan melakukan pendaratan secara tenang bersama Pegawai Pertamanya, Balpreet Singh Bhatia.
Sehingga ke saat akhir pendaratan, hanya satu enjin saja berfungsi manakala api dalam enjin satu lagi telah padam ketika ia menghampiri landasan.
Lihat pautan video di bawah yang sempat merakam waktu selepas pesawat berlepas dari landasan.
Sebaik selamat mendarat, wakil syarikat penerbangan dan pegawai lapangan terbang hadir menyambut Kapten Monica dengan tepukan!
Ternyata, tugas sebagai seorang juruterbang juga mampu digalas oleh seorang wanita. Cantik, bijak dan pantas bertindak, REMAJA pasti ramai pelajar perempuan di luar sana kini lebih yakin untuk menceburi bidang yang sinonim dengan dominasi kaum Adam ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Berbakat! Peserta Dewi Remaja 2022 Ini Juga Miliki Lesen Penerbangan Komersil – REMAJA
BACA LAGI : Rupanya Pilot Pesawat MAS Mendarat Masa Taufan Eunice Abang Kepada Hero Remaja – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.