Cantik & Petah Berbicara, Wakil Jepun Dinobatkan Sebagai Juara Miss Tourism World 2022

Share

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu…

Erina Hanawa dari Jepun dinobatkan sebagai Miss Tourism World 2022 pada peringkat akhir pertandingan pertandingan tersebut yang diadakan di bandar Vinh Yen, wilayah utara Vinh Phuc, pada tanggal 10 Disember.

Justine Beatrice Felizarta dari Filipina dan Le Thi Huong Ly dari Vietnam dinobatkan sebagai naib juara dan pemenang tempat kedua. Sementara itu, melengkapkan kedudukan di peringkat top 5 adalah wakil dari Rusia dan Nigeria, mereka masing-masing berada tempat keempat dan kelima.

Menjalankan perniagaannya sendiri sebagai pereka perhiasan & aksesori, Erina yang merupakan  anak kacukan Jepun-Filipina ternyata berjaya memenangi hati para juri dengan personalitinya yang memukau, pesona luar biasa & kecantikan asli yang terserlah.

Sebelum malam finale, 35 peserta dari selurh dunia telah terlibat dalam lawatan selama 20 hari ke Hanoi dan wilayah utara Ninh Binh, Phu Tho, Son La dan Vinh Phuc untuk meneroka warisan budaya Vietnam sekaligus mempromosikan industri pelancongan di situ.

ARTIKEL BERKAITAN: Cantik Berkebaya Di Majlis Konvokesyen. Ratu Cantik Malaysia Kini Bergelar Doktor Pergigian

Sedikit informasi mengenai wanita berusia 29 tahun ini, Erina bukanlah wajah baharu dalam dunia ratu cantik di negaranya, dia sebelum ini pernah menyertai pertandingan Miss Earth Jepun 2021 dan mendapat tempat kedua.

Kemudiannya dia menyertai Miss Supranational Jepun 2022 namun hanya berada du kedudukan top 8 sahaja. Apa yang menarik, adiknya Mayuko Hanawa yang turut bertanding dinobatkan sebagai Miss Supranational Jepun 2022.

Erina bersama adiknya Mayuko.

Selepas itu, dia memutuskan untuk bersara daripada pertandingan ratu cantik, tetapi direktor kebangsaan mencadangkan kepadanya jika dia berminat untuk menyertai Miss Tourism World selepas mengetahui had umur dinaikkan. Ternyata pertaruhannya menjadi dan kini bergelar seorang ratu bertaraf antarabangsa.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen