Baru-baru ini, viral kisah seorang rider FoodPanda yang kehilangan motor ketika membuat penghantaran makanan di sebuah pasar raya di Batu Caves.
Lebih malang, motosikal yang digunakan untuk mencari rezeki ini khabarnya baru sahaja dibeli tiga bulan yang lalu. Rata-rata warganet simpati akan nasib yang diterima wanita tersebut.
Rupa-rupanya ada hikmah disebalik kejadian yang melanda, hari ini Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan menyampaikan sumbangan peribadi iaitu sebuah motosikal kepada Nur Athirah Abdul Latiff.
Menerusi sebuah posting di laman Facebook Selangor Royal Official, baginda menzahirkan rasa sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular di media sosial mengenai nasib malang gadis berusia 23 tahun itu.
Ads
Baginda juga berharap dengan sumbangan itu, Nur Athirah akan kembali meneruskan kerja harian sekali gus dapat menyara keluarga termasuk ibu serta dua adik beradiknya.
Tengku Permaisuri Norashikin bertitah, baginda berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat perikemanusiaan dan bertimbang rasa selain turut mendoakan agar rakyat terus dimurahkan rezeki serta sentiasa dalam perlindungan Allah SWT.
Ads
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan menyampaikan sumbangan peribadi iaitu sebuah motosikal kepada Nur Athirah Abdul Latiff yang disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.
Rata-rata warganet mengucapkan terima kasih kepada Tengku Permaisuri Selangor dan memuji sikapnya yang berjiwa rakyat.
Ads
Cantik Rupa, Cantik Bahasa
. Terima Kasih Tuanku
Untungnya dapat hadiah dari Tengku Permaisuri Selangor, moga Tuanku dikurniakan kesihatan yang sihat dan usia yang panjang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekarang ni kalau korang perasan, banyak sangat sindiket peminta sedekah di negara kita. Kadang-kadang sampai rasa ragu-ragu nak menderma atau pun tidak kerana bimbang mereka hanya ‘berlakon’ menjadi orang susah.
Lebih biadap lagi apabila ada di antara peminta sedekah ini berani berlagak samseng dan memarahi penguna jalan raya kerana tidak memberikan mereka wang.
Terkini, tular beberapa rakaman video di media sosial yang menyaksikan seorang kanak-kanak dipercayai berbangsa Rohingya meminta sedekah di sebatang jalan raya di Kuala Lumpur.
📍Cheras.
Anyone boleh SAH-kan budak2 Rohingya memang berkeliaran kat atas jalan ke? Hentak / ketuk kereta cmtu? pic.twitter.com/TyVcFi2zHC
Seperti yang berlaku di luar negara pula, video berkenaan menimbulkan kemarahan orang ramai apabila kanak-kanak terbabit dilihat memarahi perakam video yang juga pengguna jalan raya di situ.
Orang ramau yang melihat klip video berkenaan beranggapan kanak-kanak berbangsa Rohingya itu sudah keterlaluan lagak samseng.
Foto : Twitter
Melihat pada ruangan komen, netizen turut berkongsi kegiatan kanak-kanak ini bukan sahaja berlaku di sekitar jalan raya Cheras, malahan turut berlaku di Selayang, Ampang Point dan KLCC.
Apa-apa pun selepas ini diharap korang lebih berhati-hati dan diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan keras agar mereka berani bertindak kurang ajar sebegitu.
Kecik-kecik dah berani kurang ajar macam ni ye!huhu
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dana untuk kutipan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan masih lagi dijalankan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk meneruskan kehidupan.
Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tidak terkecuali untuk menghulurkan bantuan dan mencari inisiatif, dimana beliau akan melakukan YouTube Live untuk kutipan dana PKP.
Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. (SNP) mengambil inisiatif untuk membantu para pejuang barisan hadapan dan orang ramai yang terkesan dengan situasi ini melalui pengumpulan Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Secara ringkasnya, dana ini dinamakan sebagai Dana P.K.P Siti Nurhaliza.
Objektif misi ini dibahagikan mengikut kategori iaitu:
1. PEDULI: Membantu menyediakan keperluan dan peralatan di pusat-pusat perubatan yang terlibat menangani Covid19. Bantuan ini akan disalurkan seberapa segera apabila dana mencukupi bagi penyediaan PPE, topeng muka, sarung tangan dan peralatan-peralatan lain.
2. KEMANUSIAAN- Membantu individu dan keluarga yang terjejas pendapatan. Bantuan kepada keluarga yang terjejas pendapatan di samping itu mempunyai anggota keluarga OKU atau penyakit kronik.
3. PRIHATIN- Bantuan khusus sempena bulan Ramadan dan Syawal kepada golongan yang tidak berkemampuan serta badan-badan kebajikan.
Pihak SNP mensasarkan pengumpulan dana untuk keperluan segera dalam kategori Peduli sebanyak RM50,000. Jumlah sasaran ini akan dinaikkan dan berterusan memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan serta banyak jenis bantuan akan disalurkan.
Bagaimana misi ini akan dilakukan?
Datuk Seri Siti Nurhaliza juga akan menjayakan Youtube Live P.K.P Siti Nurhaliza di saluran youtube Siti Official Video pada 19 April 2020, bermula jam 2.30 petang.
Korang boleh menderma dengan cara membuat imbasan QR Code dan Dato’ Siti akan menghiburkan korang dengan nyanyian lagu-lagu pilihannya.
Platform Kitafund dibina bagi memupuk nilai murni untuk menderma disamping memudahkan orang ramai untuk menyumbang di atas talian (online) tanpa ragu-ragu. Orang ramai yang ingin menyumbang boleh klik link di BIO dan pilih kempen ‘Dana P. K. P Siti Nurhaliza’.
Seterusnya, klik butang Sumbang dan pilih cara pembayaran samada menggunakan Perbankan Atas Talian (Online Banking), Kad Kredit/Debit/PayPal, ataupun E-Wallet (Boost/GrabPay/Touch ’n Go). Bagi yang berhasrat untuk menyumbang tetapi menetap diluar Malaysia, anda boleh memilih PayPal sebagai mod pembayaran.
Okay la tu, sambil berhibur korang boleh beramal kan? Diharap usaha ini dapat memberi peluang juga kepada masyarakat Malaysia yang berkemampuan untuk memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
Bukan apa, kadang-kadang niat membantu tu memang ada tapi kita tak tahu nak salurkan ke mana. Jadi, usaha yang dilakukan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza ini boleh menjadi platform untuk kita sama-sama berkhidmat pada masyarakat.
Jangan lupa saksikan YouTube Live Datuk Seri Siti Nurhaliza pada Ahad ini, 19 April 2020 jam 2.30 hingga 4 petang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Benar, keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukanlah kayu pengukur kepada kecemerlangan hidup seseorang selepas menamatkan zaman persekolahan.
Ada sahaja insan yang berjaya melanjutkan pelajaran biarpun keputusan SPM tidaklah begitu memberansangkan. Malah ada juga yang membuka lembaran baharu setelah memasuki alam pekerjaan.
Namun, bagaimana pula dengan nasib pelajar pintar yang telah berusaha untuk mencapai keputusan SPM cemerlang namun akhirnya terpaksa akur tidak layak mendapatkan slip keputusan masing-masing disebabkan kesalahan sendiri sewaktu menduduki peperiksaan SPM?
Itulah yang berlaku kepada 15 calon SPM 2021 dari Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya (SAS) setelah dua rayuan yang dihantar kepada Jawatankuasa Khas Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan gara-gara tindakan membawa masuk telefon bimbit ke dalam dewan peperiksaan SPM telah ditolak, baru-baru ini.
Kes tersebut dibawa ke dalam sesi perbincangan Jawatankuasa Khas Rayuan Kes Salah Laku Calon Peperiksaan SPM 2021 Lembaga Peperiksaan bagi meneliti rayuan kali kedua daripada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru SAS.
Menurut laporan, kesemua bukti telah diteliti semula dan diperhalusi demi memberikan keputusan yang adil kepada semua pihak. Malah, 15 calon berkenaan juga telah membuat pengakuan membawa masuk telefon bimbit ke dalam dewan peperiksaan.
Walau bagaimanapun, jawatankuasa memutuskan untuk mengekalkan status BATAL ke atas kesemua 15 calon yang pada waktu itu menduduki peperiksaan mata pelajaran Sejarah.
Ini demi mempertahankan prinsip keadilan kepada calon-calon SPM 2021 dan kepada calon-calon SPM pada tahun-tahun berikutnya.
Kes ini bertukar tular setelah seorang guru yang dikenali sebagai Mohd Fadli Salleh memuat naik surat keputusan yang dikeluarkan oleh LP menerusi Facebook dan mempersoalkan nasib 15 calon berkenaan.
Menurutnya, kesalahan tersebut dilakukan secara tidak sengaja susulan waktu peperiksaan kertas Sejarah 2 yang dimulakan secara lewat di sekolah itu. Lalu, Ketua Pengawas peperiksaan telah memulakan sesi peperiksaan secara kelam-kabut sehingga mengakibatkan calon juga masuk dalam keadaan tidak teratur dan kurang bersedia.
Tambah Mohd Fadli, Ketua Pengawas yang bertugas di SAS juga gagal membuat pengumuman berkenaan larangan membawa barang terlarang ke dalam dewan peperiksaan. Ini menyebabkan 15 calon tersebut terlupa mengeluarkan telefon bimbit yang dibawa masuk.
Hanya sewaktu peperiksaan berjalan, Ketua Pengawas mengumumkan supaya pelajar menyerahkan telefon bimbit masing-masing sambil berjanji untuk tidak mengambil tindakan terhadap mereka. Lalu, calon bertindak jujur dan menyerahkan telefon bimbit mereka.
Malangnya, tindakan serius tetap diambil.
Akibat tindakan membawa masuk telefon bimbit ke dalam dewan peperiksan SPM ini; 15 calon berkenaan tidak layak mendapat sijil SPM, perlu menduduki peperiksaan ulangan, tidak layak memohon UPU, tidak layak memohon kemasukan ke mana-mana universiti dan tidak layak memohon biasiswa setelah kertas sejarah mereka dibatalkan.
Untuk pengetahuan, bagi melayakkan calon-calon SPM mendapatkan sijil peperiksaan, mereka perlu lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
*
Adakah korang merasakan kes ini berlaku disebabkan kecuaian calon dan pengawas bertugas sewaktu sidang peperiksaan dilangsungkan? Ataupun ia berlaku disebabkan sikap tidak ambil peduli atau ignorant oleh pihak calon itu sendiri terhadap peraturan yang perlu dipatuhi?
Apa jua pendapat yang dikeutarakan, sewajarnya kita mengambil iktibar daripada kes ini agar kesalahan atau kecuaian yang sama tidak diulangi pada masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...