‘Cantik Rupa,Cantik Bahasa’, Netizen Puji Tengku Permaisuri Selangor Hadiah Motor Buat Gadis Penghantar Makanan

Share

Baru-baru ini, viral kisah seorang rider FoodPanda yang kehilangan motor ketika membuat penghantaran makanan di sebuah pasar raya di Batu Caves.

Lebih malang, motosikal yang digunakan untuk mencari rezeki ini khabarnya baru sahaja dibeli tiga bulan yang lalu. Rata-rata warganet simpati akan nasib yang diterima wanita tersebut.

Rupa-rupanya ada hikmah disebalik kejadian yang melanda,  hari ini Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan menyampaikan sumbangan peribadi iaitu sebuah motosikal kepada Nur Athirah Abdul Latiff.

Menerusi sebuah posting di laman Facebook Selangor Royal Official, baginda menzahirkan rasa sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular di media sosial mengenai nasib malang gadis berusia 23 tahun itu.

Baginda juga berharap dengan sumbangan itu, Nur Athirah akan kembali meneruskan kerja harian sekali gus dapat menyara keluarga termasuk ibu serta dua adik beradiknya.

Tengku Permaisuri Norashikin bertitah, baginda berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat perikemanusiaan dan bertimbang rasa selain turut mendoakan agar rakyat terus dimurahkan rezeki serta sentiasa dalam perlindungan Allah SWT.

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan menyampaikan sumbangan peribadi iaitu sebuah motosikal kepada Nur Athirah Abdul Latiff yang disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.

Rata-rata warganet mengucapkan terima kasih kepada Tengku Permaisuri Selangor dan memuji sikapnya yang berjiwa rakyat.

Cantik Rupa, Cantik Bahasa


.
Terima Kasih Tuanku

Untungnya dapat hadiah dari Tengku Permaisuri Selangor, moga Tuanku dikurniakan kesihatan yang sihat dan usia yang panjang.

Published by
Ruziana Zainal