Makin berusia makin cantik bintang filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC) ini.
Mengamalkan gaya hidup sihat menjadikan Dian Sastrowardoyo kelihatan cergas dan sihat pada usia 40-an. Selain itu, gaya hidup sihat juga salah satu kunci kepada berat badan ideal yang dimilikinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Genap Usia 41 Tahun Ini! Heroin Filem AADC, Dian Sastrowardoyo Masih Anggun Persis ‘Anak Dara’
Bukan sahaja bersenam, Dian Sastrowardoyo juga selektif dalam pengambilan makanan demi mengekalkan berat badan ideal.
Kebanyakan menu sihat pilihan Dian Sastrowardoyo mengandungi pelbagai khasiat. Beliau juga rajin memasak menu sihatnya sendiri.
Berikut senarai menu sihat ala isteri Maulana Indraguna Sutowo ini seperti dikongsi oleh BrilioFood.
Untuk sarapan pagi yang ringkas, Dian Sastrowardoyo selalunya bergantung kepada roti gandum jika terlalu sibuk dan tidak sempat bersarapan di rumah.
Tambahan mentega kacang dan hirisan pisang melazatkan lagi menu serta lebih berkhasiat.
Dian Sastrowardoyo sering memilih makanan berasaskan tumbuhan. Salah satunya ialah mee goreng vegan yang menjadi menu sihatnya. Mee vegan ini dihidang bersama lobak merah dan brokoli sebagai sumber serat serta tempe sebagai sumber protein.
Dian Sastrowardoyo juga adakalanya makan ayam panggang dan dua biji telur sebagai sarapan. Kedua-dua makanan ini boleh menjadi sumber protein yang mengenyangkan dalam tempoh yang lama.
Dian Sastrowardoyo juga pernah menghasilkan menu sihatnya sendiri. Salah satunya sup ayam dengan pelbagai jenis sayur. Dian Sastrowardoyo mengolahnya dengan perasa yang minimum bagi mengekalkan khasiatnya.
Dian Sastrowardoyo sentiasa memastikan dietnya mengandungi nutrisi yang lengkap. Oleh itu, dia turut menambah makanan dari jenis berbeza yang terdiri daripada baby potato, salad dan daging.
Untuk makan tengah hari, Dian Sastrowardoyo biasanya makan makanan yang agak banyak. Dia memilih nasi yang dihidangkan bersama tauhu dan tempe serta sayur berkuah. Dian Sastrowardoyo cenderung memilih nasi yang lebih sihat dan kaya serat seperti beras perang.
Dian Sastrowardoyo juga memakan brokoli jagung sebagai sajian sihat di rumah. Menu ini dimasak dengan bahan-bahan yang sihat tanpa menggunakan santan.
Selalunya selepas bersukan, Dian Sastrowardoyo memilih menu sarapan yang sihat bagi memulihkan tubuh. Dia biasanya memakan croissant dengan taburan keju.
Selain mengambil mee yang diperbuat daripada sayur-sayuran, Dian Sastrowardoyo juga kadang kala makan mee bersama udang yang diperbuat daripada sayuran. Dan juga menambah sayur-sayuran hijau dalam menu ini.
Nasi merah sering menjadi santapan Dian Sastrowardoyo jika dia teringin nak makan nasi. Ia dimakan bersama sayur tumis dan ayam vegan yang diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan.
Namun Dian memang lebih memilih makanan yang diperbuat daripada sayur-sayuran berbanding daging. Jadi jika anda nak tubuh badan yang cantik dan sihat, anda pun kena amalkan gaya hidup yang sihat seperti Dian Sastrow.
BACA LAGI : Dian Sastrowardoyo Tidak Segan Pakai Kebaya Seharian, Inginkannya Diiktiraf UNESCO
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.