Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan kematian mengejut Cheslie Kryst yang terjun dari bangunan kediaman 60 tingkat yang didiaminya. Pemenang pertandingan Miss USA 2019 itu merupakan seorang peguam, pengacara dan juga wartawan.
Tindakannya yang membunuh diri memberi tamparan hebat kepada keluarga, sahabat terdekat dan juga pencinta dunia ratu cantik. Siapa sangka, sosok wanita yang begitu petah berbicara dan ikhlas dalam membantu orang di sekelilingnya bertindak sedemikian rupa.
Kematian Cheslie mengejutkan ramai pihak
Namun begitu, bukan hak kita untuk menilai dan menghakimi tindakan ini. Tahukah anda, Cheslie bukanlah ratu cantik pertama yang membunuh diri. Terdapat beberapa lagi kes bunuh diri akibat tekanan mental yang menyerupai kes ini melibatkan peserta pertandingan ratu cantik.
Merupakan antara figura ratu cantik yang popular, Nafisa Joseph mewakili India dalam pertandingan Miss Universe 1997. Dia berjaya menempatkan diri sebagai 10 peserta terbaik dalam pertandingan tersebut. Pada tahun 2004 dia menggantung diri sehingga mati di kediamannya di Mumbai, India. Menurut sumber, dia membunuh diri ekoran perkahwinannya dibatalkan kerana sang kekasih masih lagi berstatus suami orang dan tidak bercerai seperti yang dikatakan kepada Nafisa.
Ads
VIVEKA BABAJEE
Mewakili negaranya dalam pertandingan Miss World 1993 dan Miss Universe 1994, ratu cantik asal Mauritus ini membunuh diri pada 2010 ekoran tekanan perasaan apabila berpisah dengan kekasihnya, Vautam Gohra. Dia dijumpai menggantung diri pada kipas siling di kediamannya yang terletak di Bandra Residence, Mumbai. Penulisan terakhir di dalam diari yang ditemui di sebelah mayatnya tertera mesej, ‘you killed me, Gautam Vohra’. Berbulan sebelum kematiannya, dia ada menyatakan kepada ibunya yang dia akan pergi jauh.
Ads
AMBER LEE FRIIS
Amber (dua dari kiri) bersama finalis Miss Universe NZ 2018 yang lain
Amber antara individu yang tewas akibat tekanan kehidupan dan kemurungan saat mengharungi pandemik Covid-19. Dia ditemui mati pada 18 Mei 2020. Menurut sumber, finalis pertandingan Miss Universe New Zealand 2018 ini dikatakan tertekan kerana perniagaan yang baru dimulakan gagal gara-gara pandemik dan dalam tempoh itu juga dia kehilangan orang tersayang yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri.
Csilla saat menjadi juara Miss Hungary 1985. Kredit foto: Archyworldys
CSILLA MOLNAR
Csilla Molnar antara pemenang ratu cantik termuda di dunia, ketika dia donobatkan sebagai Miss Hungary 1985 ketika itu usianya baru sahaja menginjak 16 tahun. Pada tahun 1986 dia mewakili negaranya dalam pertandingan Miss Europe dan dia berjaya menduduki tempat ketiga. Dia membunuh dirinya pada 10 Julai 1986 dengan cara mengambil lidocaine secara melebihi dos dibenarkan. Gadis muda ini dikatakan tertekan apabila banyak pihak menganggunya dengan pertanyaan-pertanyaan yang menyakitkan hati.
Kematian mereka menjadi simbol bahawa kesihatan mental bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng. Masalah tekanan mental yang dihadapi menjadikan seseorang tidak boleh berfikir dengan waras.
Jika anda mengalami masalah tekanan berkaitan kesihatan mental, hubungi Befrienders di talian 03-76272929 untuk mendapatkan pertolongan.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sesi persekolahan dijangka akan dibuka secara berperingkat mulai September ini dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memberi jaminan semua guru akan mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin sebelum sekolah dibuka.
Guru terbabit termasuklah pendidik yang berkhidmat di sekolah-sekolah vokasional di seluruh negara. Hal ini dijelaskan ketika menjawab soalan ahli Dewan Rakyat pada sesi sidang khas parlimen semalam.
Selain itu, jelas beliau lagi sehingga 27 Julai 2021, seramai 303,682 orang atau 73.5 peratus guru, 45,197 anggota kumpulan pelaksana (AKP) atau 67 peratus dan 33,033 pekerja sokongan kontrak (38 peratus) sudah terima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi proses vaksinasi guru tingkatan lima dan enam, status kemajuan adalah menggalakkan dengan 80,717 orang (90 peratus) telah divaksin, manakala di sekolah swasta seramai 12, 894 guru (66.8 peratus) sudah divaksin.
Bagi guru yang mengajar pelajar dalam peperiksaan utama pula, seramai 4,367 orang (58 peratus) menerima vaksin masing-masing, selain 3,026 kakitangan sokongan (54 peratus) juga terbabit.
Namun begitu, Khairy juga mengakui ada sebilangan guru yang menolak untuk divaksinkan dan belia menyeru pihak pentadbir sekolah supaya membuat capaian kepada golongan tersebut supaya tidak tercetus jangkitan selepas sekolah dibuka.
Sebelum ini ramai juga masyarakat yang menyarankan agar suntikan vaksin ini diberi keutamaan kepada para pendidik kerana mereka juga merupakan barisan petugas hadapan yang bertanggungjawab terhadap masyarakat.
Semoga apa yang dikatakan oleh YB Khairy ini dapat dilaksanakan dengan sempurna untuk kebaikan bersama.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sedang kita sibuk terikut dengan lagu-lagu Bollywood dan K-Pop mungkin sampai terlupa tarian zapin, wayang kulit, dikir barat yang suatu masa dahulu menjadi kebanggaan nenek moyang kita.
Viral satu video yang menunjukkan sekumpulan penyanyi koir dari negara barat mendendangkan lagu ‘Ewa Bule’ dengan persembahan dikir barat ternyata mencuri perhatian.
Yang kagumnya, persembahan dikir barat itu bukanlah daripada rakyat Malaysia, sebaliknya dinyanyikan oleh kumpulan koir daripada luar negara bernama Vocal Ansemble Caloroso. Siap dengan dialek kelate dan gerak tari dikir barat. Kagum penulis!
Dikenali sebagai Wau Bulan, lagu rakyat dari negeri Kelantan ini merupakan sejenis kesenian hiburan rakyat dan merupakan salah satu permainan tradisional yang amat unik, terkenal dan diminati oleh masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang, atau Kelantan
Netizen Kagum & Bangga
Meremang ke tidak uollls. So daripada kita sibuk agungkan budaya luar, apa kata kita lebih hargai budaya sendiri. Kalau kita tak hargai siapa lagi yang nak hargai budaya warisan kita kan.
Apa-apa pun, cayalah Malaysia di mata dunia!
Sumber : Facebook Maafsebut
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat rakyat Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengumumkan bahawa pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal boleh dilakukan secara online melalui sistem myEG bermula 9 Oktober ini.
Sementara itu, bagi Lesen Memandu Kompeten (CDL) pula akan dilaksanakan secara online bermula 16 Oktober 2020. Ini tidak termasuk bagi Lesen Belajar Memandu (LDL) dan Lesen Memandu Percubaan (PDL).
Pelaksanaan ini merupakan suatu inisiatif kerajaan untuk mendigitalisasikan perkhidmatan sedia ada kepada orang ramai selaras dengan amalan norma baharu yang praktikal.
Walau bagaimanapun, perkhidmatan secara online melalui sistem myEG ini adalah bagi urusan pembaharuan LKM bagi kereta persendirian sahaja. Langkah ini dibuat kerana pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu, beberapa perkhidmatan JPJ telah diganggu disebabkan penutupan kaunter JPJ akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara.
Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1, 2, 3, 4, dan 5 tahun sahaja bagi nama yang tidak disenaraihitam. Bayaran yang dikenakan adalah RM20 setahun bagi kelas B2 B & C (Kelas A/A1 RM2.00) dan bayaran RM30 setahun bagi kelas D $ ke atas (bagi warganegara Malaysia).
Mudahlah lepas ni kalau nak renew lesen boleh buat secara online saja. Selain memudahkan, car aini juga dapat menjimatkan masa kita. Betul tak?
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.