Dua logo yang dicipta untuk sambutan pada tahun ini mudah diterima oleh orang ramai

Bulan-bulan patriotrik semakin dekat kan gaiss..

Apabila negara dilanda ujian pandemik wabak Covid-19, sedikit sebanyak semangat nasionalisma di kalangan rakyat Malaysia turut disemai. Ini jelas dapat dilihat apabila kita sebagai satu negara bersama-sama berdepan dengan wabak tersebut dengan penuh berdisplin dan mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Lantas apabila 2 logo patriotik diperkenalkan baru-baru ini, ramai yang berharap agar logo pada tahun ini menyampaikan mesej dan imej yang kena dengan situasi semasa.

Iyalah, isu logo dan bulan Patriotik di Malaysia ini memang selalu mencetuskan kontroversi. Hehe, bukan apa. Bukan semua orang boleh menerima suatu logo yang dicipta dan dipilih..

ARTIKEL BERKAITAN: 9 Logo Disenarai Pendek Tahun Melawat Malaysia, Jom Pilih

Guess what guys, ramai yang memuji rekaan yang diperkenalkan!

Ads

Logo pertama untuk sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kelak memilih tema Malaysia Prihatin. Rekaan logo ini berbentuk hati dengan elemen Jalur Gemilang dan bunga kebangsaan kita iaitu Bunga Raya.Cantik Walaupun Simple, 2 Logo Patriotik Tahun Ini Dipuji. Cer Tengok!

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Datuk Saifuddin Abdullah, tema Malaysia prihatin khas menunjukkan semangat rakyat Malaysia dalam memerangi ujian Covid-19.

“Prihatin juga mewakili keprihatinan kerajajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat,” jelas beliau.

Cantik Walaupun Simple, 2 Logo Patriotik Tahun Ini Dipuji. Cer Tengok!

Ads

 

Logo 50 Tahun Rukun Negara

Sementara itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun melancarkan satu lagi rekaan logo. Kali ini ia adalah sempena sambutan 50 tahun Rukun Negara.Cantik Walaupun Simple, 2 Logo Patriotik Tahun Ini Dipuji. Cer Tengok!

Logo yang dihasilkan dengan kerjasama BERNAMA, Jabatan penerangan dan Kumpulan Media Karangkraf itu mempunyai angka 50 sempena tahun ulag tahun manakala elemen Jalur Gemilag melambangkan prinsip yang kita sudah sedia tahu.

Ads

Paling menarik perhatian penulis adalah reka bentuk seakan tengkolok yang menunjukkan keunikan warisan dan budaya Melayu.

Cantik Walaupun Simple, 2 Logo Patriotik Tahun Ini Dipuji. Cer Tengok!
Sumbe foto: BERNAMA

Cantik kan?!

Psst, bercakap tentang logo, korang ingat lagi kontroversi yang pernah dihadapi semasa logo Tahun Melawat Malaysia 2020 diperkenalkan?

Logo Visit Malaysia 2020 Dikecam Teruk, Lelaki Ini Kongsi Pendapat ‘Our Amateurs Can Do Better’

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI