Pasangan selebriti popular, Harris Annuar dan Asha Merican telah mencuri perhatian warganet apabila memuat naik sebuah video di media sosial yang memperlihat puteri sulungnya itu yang diberi nama Auraa Medina.
Menjengah di hantaran Tiktok Hero remaja 20172018 itu, dia berkongsi satu klip video yang sempat menggelar bayinya itu sebagai mak cik Turki dek kerana raut wajahnya persis seperti orang sana, sekaligus menerima pujian rata-rata pengguna.
“Mak cik Turki nak keluar berjalan. Ini dia mak cik Turki, mak cik jual karipap ke? Comelnya,” katanya.
Ads
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen tersebut dibanjiri pelbagai reaksi. Majoriti memuji akan kecomelan bayi pasangan berkenaan.
“Macam kak Ton lah muka dia. Comel dooh (loghat pantai timur),” komen seorang pengguna.
“MasyaAllah, cantiknya mak cik Turki,” komen lagi pengguna lain.
Ads
“Muka awek turki,” tulis seorang warganet.
“Alahai, comelnya mak cik ini,” komen yang lain.
Ads
Sekadar informasi, selepas empat tahun menjalin kasih, Harris dan juga isteri tercintanya yang juga pelakon jelita, Asha Merican telah mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022. Pada hujung Mac lalu, pasangan dua sejoli itu dikurniakan cahaya mata perempuan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Awak fikir saya akan senyap dan biar orang berkata apa-apa mengenai saya? Ini bukan fasal jadi ‘bitter’ (negatif) atau kekal dalam kelas tersendiri.
“Saya adalah seorang wanita dan seorang ibu, tiada sesiapa yang patut melalui apa yang saya hadapi sekarang,” kata Intan dalam InstaStorynya.
Pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu turut menegaskan bahawa walaupun dirinya menjadi perhatian umum, ia tidak bermakna dia perlu bertoleransi dengan sikap biadab segelintir individu.
“Orang-orang ini perlu berhenti tidak menghormati individu lain. Meskipun saya tumpuan umum tidak bermakna saya perlu bertoleransi dengan sikap biadab.
“Jika ini terjadi 13 tahun lalu, saya akan kekal senyap tetapi sekarang saya sudah dewasa dan perlu mempertahankan harga diri,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Intan turut menasihati wanita lain untuk menghadapi perkara negatif dengan lebih tenang.
“Sekiranya awak melalui perkara sama dengan saya, jangan tertekan. Orang akan tetap bergosip dan cakap perkara negatif kerana mereka tidak gembira tetapi jangan risau.
“Jom pergi studio pilates, ambil kopi serta bergembira dengan kehidupan bersama orang tersayang. Sebarkan cinta dan perkara positif sahaja, tiada tempat untuk benda negatif di sini,” katanya lagi.
Kenyataan Intan itu dibuat selepas seorang individu mendakwa dirinya ‘bitter’ kerana sering membalas komen-komen jahat netizen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Intan Najuwa
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkongsian tersebut sekali gusmendapat perhatian ramai di kalangan pengikutnya yang teruja melihat wajah Imane Lunara yang comel.
Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan-rakan artis turut memberikan doa agar Imane Lunara membesar menjadi anak yang solehah buatIntan dan suami.
“Cantik sangat ini, muka daddy mata mummy. selamat membesar dengan baik,” komen seorang peminat.
“MasyaAllah pretty like her Mommy,” komen seorang lagi.
“Masha-Allah comelnya Lunara sayang,” tulis seorang lagi pengguna.
Sebelum ini, Intan sempat berkongsi bahawa wajah anaknya itu mirip dengan suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman.
Sekadar info, Intan dan Asraf telah mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Intan Najuwa
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi peminat setia drama Korea, mesti korang menyimpan angan-angan untuk pergi melancong ke Pulau Jeju.
Keindahan pulau tersebut dengan hamparan bunga Canola menarik perhatian masyarakat kita untuk berkunjung ke sana. Sudah tentu lokasi ini menjadi port terbaik untuk korang ber ‘OOTD’.
Kalau dah berada di Seoul, rugi pula jika tidak mengambil peluang untuk melawat Pulau Jeju. Percaya atau tidak, korang boleh travel ke sana selama 8 hari dengan bajet tidak lebih dari RM1,500.
Nah, kami berikan senarai itinerary yang dibuat oleh Zairul Najmi sepanjang tripnya ke Korea dan Pulau Jeju baru-baru ini.
Rate tukaran mata wang
10,000 krw = rm 36.07
Ground cost
Flight AirAsia KLIA – Jeju – KLIA rm337 (promo)
Inflight meal RM30 (15+15) untuk return flight
Return flight Jeju Air Jeju – Gimpo (Seoul) -Jeju rm180
Sewa kereta
Tasio Car rental 30 jam kia morning (36800 won) 8am 17/2/2019-2pm 18/2/2018 including insurance
Bolehlah korang menabung siap-siap dan sentiasa alert dengan promo tiket tambang murah. Memang berbaloi-baloi wey kalau dapat! Nak travel selalu kena la ikut cara macam ni kan? Barulah tak rabak sangat poket tu. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sekali lagi mencuri perhatian ramai di media sosial selepas tampil dengan imej berhijab.
Menerusi...