Cantiknya Motif Baharu Batik Singapore Airlines. Inspirasi Dari 10 Bunga Asli Singapura

Share

Sebagai salah satu syarikat penerbangan terbaik dunia, Singapore Airlines sentiasa berevolusi dalam menghasilkan sesuatu perubahan yang akan mempesonakan penumpang mereka.

Terbaharu lebih kurang seminggu yang lalu, syarikat penerbangan nasional Singapura itu telah melancarkan motif baharu batik yang akan digunakan di dalam semua konsep rekaan baharu bagi sebarang kempen penjenamaan dan juga cenderamata syarikat itu yang sudah mula dijual di KrisShop.

Diinspirasikan dari corak batik asal kebaya ikonik Singapore Girls yang popular, corak ini diberikan sentuhan yang lebih moden agar senang untuk disesuaikan dengan sebarang rekaan digital.

Selain itu suntikan 10 jenis bunga asli Singapura menjadi tunjang asas kepada perubahan yang dilakukan ini. 10 bunga yang tumbuh meliar di Singapura ini melambangkan kekayaan alam semulajadi negara itu.

Walaubagaimana pun, kebaya ikonik pramugari syarikat penerbangan itu tidak akan digantikan dengan corak baharu dan akan terus kekal dengan rekaan asal yang telah dicipta lebih 47 tahun lalu iaitu pada tahun 1974 oleh pereka feyen antara bangsa, Pierre Balmain.

*** P/S- Singapore Girls merupakan gelaran bagi pramugari Singapore Airlines.

Sumber & Gambar: The Design Air

Published by
Fiezreen