Cara Apply UPU Secara Online

Share

Semalam, keputusan SPM 2017 telah pun diumumkan dan mencatatkan indeks Gred Purata Nasional (GPN) yang lebih baik berbanding tahun lepas.

Syabas kami ucapkan kepada semua calon SPM 2017.

Korang masih sempat lagi nak apply UPU ni. Tak sure macam mana nak buat? Meh sini kami share kan apa yang telah dikongsi oleh Farah Amira di laman twitternya.

Cara apply UPU online

1. Pergi website upu.mohe.gov.my

2. Tekan ‘Permohonan UPU Online’

3. Klik daftar akaun baru untuk apply UPU. Kalau tak ada akaun tak boleh apply. Isi maklumat korang seperti yang diminta.

4. Baca terlebih dahulu instruction yang diberikan dan tekan “Seterusnya”.

5. Isi nombor IC dan nombor PIN yang korang dah beli dan pilih jenis permohonan “SPM/Setaraf”.

6. Isi maklumat peribadi seperti yang diminta.

7. Isi maklumat ibu bapa. Jika ada tanda (**), korang tak wajib isi. Kalau nak isi juga silakan. Kalau tak nak, tinggalkan saja.

8. Pilih jenis sekolah korang pada tahun lepas.

9. Pilih bidang yang korang mahu dan pilih program UA (Universiti awam). Hanya bidang dan universiti saja akan keluar, tiada lokasi dan sebagainya. Sebelum memilih bidang yang diingini, pastikan korang kenal pasti kelayakan yang mereka perlukan. Jika memilih bidang yang mempunyai temu duga, pilih di mana tempat yang korang ingin ditemu duga.

10. Program TVET adalah tidak wajib diisi. Sekiranya ingin mengambil sijil sebelum menyambung diploma, korang boleh mengisinya. Sebelum memilih TVET, sila semak kelayakan dahulu.

11. Sila jawab soalan yang diberikan. Pilih sama ada “ya” atau “tidak”.

12. Sila simpan semua maklumat yang telah diisi dan semak semula semua maklumat korang.

Untuk pengetahuan korang, UPU online akan ditutup pada 10 April 2018. Pastikan korang dah pilih bidang apa yang diingini dan semak semula permohonan sebelum tarikh terakhir UPU.

Good luck korang!

Published by
Noor Ain Norman