Kebanyakan keluaran kereta model terbaru kini sudah menggunakan teknologi menghidupkan enjin dengan hanya menekan push start button sahaja tanpa perlu mencucuk lubang kunci kereta.
Namun begitu, kunci kereta perlulah ada bersama pemandu dan biasanya akan disimpan di dalam poket. Kebanyakan orang masuk ke dalam kereta,tekan brek dan terus tekan button start tersebut, enjin terus dihidupkan.
Biasanya korang buat macam ni kan?
Menurut seorang pengguna yang dikenali sebagai Syam Perodua KL, sebenarnya cara itu boleh memberi kesan buruk pada jangka masa panjang.
Jadi, ada tiga langkah yang korang boleh ikut untuk mengetahui cara sebenar hidupkan enjin dengan menggunakan push start button.
Langkah pertama, korang cuma perlu tekan start stop button tu sahaja, tanpa memijak pedal brek, biarkan panel elektronik yang menyala terlebih dahulu.
Langkah kedua, tekan start stop button kali kedua untuk menghidupkan panel instrument meter kereta, meter box
akan menyala dan bersedia untuk dihidupkan secara keseluruhan.Akhir sekali, langkah ketiga biarkan dalam masa 5 hingga 7 saat, selepas itu barulah tekan pedal brek dan tekan sekali lagi untuk hidupkan enjin pula.
Computer box yang mengawal semua sistem dalam kereta akan sempat menghantar semua signal ke bahagian komponen dan sensor yang penting pada seluruh kereta tanpa dalam keadaan terkejut.
Secara logiknya sebelum kewujudan teknologi push start button ini, cara untuk hidupkan enjin dengan betul adalah masukkan kunci kereta, pulas kunci untuk lihat simbol yang keluar pada dashboard dan setelah itu barulah kunci dipulas sekali lagi untuk hidupkan enjin.
Betul tak? Jadi sama kaedahnya seperti korang start enjin menggunakan push start button ini juga.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Syam Perodua KL via Rizal Hakimm