
Isi Kandungan
ToggleMasalah jerawat bukan saja menjadi mimpi buruk buat golongan wanita, malah lelaki pun boleh jadi stres kalau satu muka penuh ditumbuhi jerawat. Jadi, apa yang boleh kita buat? Ikhtiar.
Macam mana nak buat?
Ini adalah antara salah satu kaedah yang dikongsi oleh Nauf Safuan untuk kecutkan jerawat dengan hanya menggunakan toner timun.
Toner timun mampu mengelakkan jerawat merebak di bahagian muka dan jika dipakai pada waktu malam, keesokan paginya insyaAllah jerawat tersebut segera mengecut.
Bagi mereka yang mempunyai masalah pori besar, toner ini membantu untuk mengecilkan pori dengan penggunaan secara konsisten. Untuk kulit berminyak pula, boleh perahkan sedikit lemon dan lemon tersebut akan menyerap minyak pada wajah.
Berikut merupakan bahan dan cara penyediaan toner timun yang boleh korang buat sendiri di rumah.
Bahan-bahan:
½ timun
½ lemon
Penapis air
Penyagat
Cara penyediaan:
1. Sagat timun dan asingkan air timun tersebut dengan hampasnya.
2. Ambil air timun, campurkan dengan perahan lemon. Khas untuk kulit berminyak saja. Kalau tak berminyak, tak perlu guna lemon.
3. Masukkan dalam botol. Simpan dalam peti ais sebelum guna. Toner timun ini boleh bertahan sehingga dua minggu kalau simpan di dalam peti ais.
4. Pakai sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada sebelah malam sebelum tidur.
Lakukan secara konsisten, insyaAllah selepas ini tak perlu lagi risau tentang masalah kulit berjerawat.
Selamat mencuba guys!
Nadia Brian Jaga Kecantikan Seawal Remaja, Akui Guna Kiub Ais Pada Wajah

Isi Kandungan
ToggleMenurutnya, rahsia di sebalik kecantikannya adalah hasil daripada penjagaan rapi sejak usia remaja. Nadia akui sudah mula menjaga kecantikan pada awal usia 16 tahun, terutamanya kerana ibunya sendiri merupakan seorang pakar kecantikan yang berpengalaman.
ARTIKEL BERKAITAN : Rahsia Cantik Han So Hee: Tak Minum Kopi & 50 Kali Kunyah Makanan
Pengaruh Ibu Dalam Penjagaan Kecantikan
“Ibu saya telah mengajar saya dari kecil bagaimana memilih produk yang sesuai untuk kulit saya. Ini sangat membantu dalam memastikan kulit saya sentiasa dalam keadaan terbaik,” kata Nadia.
Amalan Kiub Ais
Salah satu rahsia kecantikan Nadia yang sering dipraktikkannya ialah menggunakan kiub ais pada wajah. Nadia menjelaskan bahawa menggunakan kiub ais pada wajah sebelum menjalani penggambaran memberikan kesegaran pada kulit.
Kepentingan Rutin Kecantikan
Nadia juga menekankan kepentingan menjaga rutin kecantikan yang baik dari awal. Bagi Nadia, penjagaan kulit yang konsisten dan pemilihan produk yang sesuai adalah kunci untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.
Pilihan Kerjaya
Melihat kepada pengetahuan dan pengalaman Nadia dalam bidang kecantikan, tidak hairanlah jika dia mengakui bahawa jika dia tidak menjadi artis, dia mungkin akan menjadi seorang pakar kecantikan.
“Kalau saya tak jadi artis, mungkin saya akan jadi seorang pakar kecantikan,” kata Nadia sambil tersenyum.
Inspirasi Kepada Wanita
Nadia Brian bukan sahaja menjadi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana, tetapi juga membuktikan bahawa kecantikan bukan sahaja tentang apa yang kita lihat di luar, tetapi juga tentang bagaimana kita menjaga diri kita dari dalam.
Patut cantik luar biasa Nadia Brian ni!
BACA LAGI : Jarang Mekap Tebal Tapi ‘Onz’ Sentiasa, Ini Rahsia Cantik Daiyan Trisha
Sneakers Kegemaran Park Seo Joon Adalah Skechers D’Lites 4.0! Korang Juga Boleh Menanginya

Para peminat pelakon dari Korea Selatan, Park Seo Joon pastinya mengetahui mengenai perlantikannya sebagai wajah jenama Skechers pada tahun ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Park Seo Joon Kini Duta Skechers! Ini 5 Kasut Yang Dipakainya – REMAJA
Terbaru, REMAJA telah berpeluang untuk menemubual Seo Joon mengenai pembabitan dalam pelancaran sneakers terbaru daripada Skechers iaitu koleksi D’Lites 4.0.
J
Jom lihat mengapa sneakers ini menjadi item wajib ada dalam gerobok Seo Joon dan mengapa korang juga harus mencubanya.
Kamu kini mewakili beberapa koleksi Skechers. Kasut atau koleksi manakah yang menjadi kegemaran kamu untuk kegunaan harian dan mengapa. Ke mana kamu akan pergi memakainya.
Park Seo Joon (PSJ) : Tentunya ia adalah koleksi D’Lites daripada Skechers! Saya mula mengenali koleksi D’Lites pada tahun 2007 dan menyukai sehingga kini. Sebagaimana koleksi ini terus disukai ramai, saya berharap agar saya juga akan terus diterima sebagai seorang pelakon untuk jangka masa yang lama.

Kamu adalah seorang yang amat aktif dan mempunyai jadual yang sibuk. Kasut Skechers manakah yang kamu cadangkan kepada seseorang yang mempunyai gaya hidup aktif seperti kamu?
(PSJ) : Buat masa ini, saya akan syorkan koleksi D’Lites 4.0 dari Skechers. Jika korang mempunyai jadual yang padat, kamu akan mudah letih dan kasut adalah item yang amat penting untuk membantu kamu bekerja seharian. Saya memakai D’Lites 4.0 untuk kali pertama sewaktu penggambaran dan kaki saya benar-benar terasa selesa biarpun memakainya untuk tempoh yang lama!
Apakah stail peribadi kamu? Dalam drama besiri Itaewon Class, kamu dilihat suka memakai persalinan gaya sukan atau ‘athleisure’ seperti hoodies dan kasut. Adakah itu menggambarkan gaya peribadi kamu dalam kehidupan sebenar?
(PSJ) : Saya rasa kamu merasakan stail saya sebegitu disebabkan watak saya, Sae Ro Yi dalam drama Itaewon Class (ketawa). Saya sebenarnya lebih cendurung menggayakan diri saya dengan item ‘basic’ dalam pelbagai cara, dan tidak meniru gaya orang lain.
Pada saya, seseorang itu akan kelihatan menarik apabila dia memakai stail yang menyelesakan dirinya dan sesuai dengan karakternya.

Kongsikan dengan REMAJA momen paling menarik sepanjang penggambaran kempen bersama Skechers.
(PSJ) : Semasa penggambaran bersama Skechers, saya ingat saya perlu melakukan pelbagai jenis ‘posing’ dinamik. Dan saya berpuas hati dengan hasil foto dan videonya kerana karakteristik Skechers dapat saya sampaikan dengan baik.
Akhir sekali, apakah yang ingin kamu sampaikan kepada peminat Skechers remaja di Malaysia?
(PSJ) : Saya teringin sekali untuk mengadakan perjumpaan bersama peminat (fan meeting) di Malaysia. Sebelum pandemik COVID-19 melanda, peminat saya di Malaysia pernah hadir ke beberapa fan meeting di Seoul, Korea Selatan dan Singapura.
Jadi pada waktu akan datang, saya rasakan akan tiba masa untuk saya ke (Malaysia) pula dan sama-sama kita bergembira dengan kenangan indah.
GIVEAWAY Skechers x Remaja
Okay guys! REMAJA bersama-sama Skechers Malaysia ingin mencari seorang pemenang yang akan membawa pulang sepasang kasut Skechers daripada koleksi D’Lites 4.0. Lihat cara penyertaan yang mudah di bawah, mana tahu koranglah pemenang yang kami cari:
CARA PENYERTAAN
- Follow akaun Facebook @SKECHERS & @MajalahRemaja serta akaun Instagram @skechersmalaysia @majalahremaja
- Like post mengenai artikel ini di Instagram dan kongsikannya di Instagram Story. Jangan lupa untuk tag akaun @skechersmalaysia dan @majalahremaja.
- Pada post tersebut pula, komen mengapa korang ingin memenangi kasut daripada koleksi Skechers D’Lites 4.0 yang juga dipakai oleh Park Seo Joon ini. Tag 2 rakan korang.
- Pertandingan ini dibuka khas untuk warganegara Malaysia sahaja dari 15 Disember 2021 hingga 21 Disember 2021.
- Terma dan syarat pertandingan adalah muktamad.
- Pemenang akan diumumkan pada 22 Disember 2021 menerusi Instagram @majalahremaja.
All the best!
ARTIKEL BERKAITAN : Sambutan Hangat! Skechers Kembali Dengan Koleksi Khas Bersama ONE PIECE – REMAJA
Jennie & Jackson Wang Terajui Senarai Artis Korea Di Met Gala 2023, Tapi Mana Jimin BTS?

Minggu pertama dalam bulan Mei kembali lagi bagi tahun ini and that can only mean one thing and one thing ONLY..
Acara MET GALA!
Perhimpunan fesyenista yang terdiri daripada warga majalah Vogue Amerika Syarikat, selebriti paling berstail dan berpengaruh serta pereka-pereka fesyen terkemuka ini amatlah dinanti-nantikan pada setiap tahun. Ia berikutan tema fesyen berbeza yang memberikan cabaran menarik untuk pereka fesyen menampilkan busana-busana menarik rekaan mereka dan tahun ini juga tidak jauh bezanya.
Tema pada acara 2023 adalah ‘Karl Lagerfeld: A Line of Beauty” yang mendedikasikan penghormatan kepada mendiang Karl Lagerfeld yang merupakan bekas pengarah kreatif jenama Chanel, Fendi, Karl Lagerfeld dan seorang ikon fesyen secara amnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Ikon Fesyen Karl Lagerfeld Meninggal Pada Usia 85, Dunia Beri Penghormatan – REMAJA

Menariknya bagi edisi kali ini, semakin ramai barisan selebriti dari Korea Selatan yang menerima jemputan. Jika pada tahun 2021, Rose Blackpink dan CL telah menerima penghormatan untuk berjalan di karpet merah Muzium Metropolitan New York itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Wajah Asia : Rosé & CL Catat Sejarah Hadir Ke MET Gala 2021 – REMAJA
Tahun ini, tiba giliran beberapa lagi nama-nama besar dunia hiburan K-pop. Menerajui barisan selebriti berkenaan ialah ahli kumpulan Blackpink, Kim Jennie.
Kemunculan pempengaruh rasmi jenama Chanel ini telahpun dijangkakan sejak tema pameran pada tahun ini diumumkan beberapa bulan lalu. Ini kerana Jennie ialah segelintir daripada pempengaruh generasi terakhir yang sempat bekerjasama dengan Karl Lagerfeld sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

Jennie menyarungkan gaun pendek vintaj yang dipilih daripada koleksi arkib tahun 1990 dan dirinya kelihatan cukup chic dengan dandanan rambut retro ke belakang dan tata rias minimal persis gadis Perancis.
Turut berjalan di karpet merah MET Gala pada tahun ini ialah Jackson Wang daripada kumpulan Got7 dalam persalinan serba hitam lengkap dengan kaca mata serta sarung tangan kulit hitam.

Selain mereka berdua, pelakon Song Hye Kyo yang baharu memperolehi anugerah Pelakon Wanita Terbaik bagi peranan beliau dalam drama The Glory juga telah menerima jemputan.
Namun, beliau memilih untuk menggayakan set blaus dan skirt labuh rona ‘blush’ jenama Fendi dan ia telah ditata gayakan oleh Kim Jones.

ARTIKEL BERKAITAN: Single? Tak Ada Masalah! Song Hye-kyo Kini Pelakon Wanita Dengan Bayaran Paling Lumayan – REMAJA
Antara tiga paduan gaya ini, mana satu yang paling korang rasa memberikan impak menakjubkan di acara MET Gala 2023?
Kena scammed ke ARMY?
Cuma yang tak enaknya adalah mengenai khabar angin yang mengatakan bahawa ahli BTS, Jimin juga bakal menghadirkan diri pada hari ini.
Tunggu punya tunggu, tidak muncul jua empunya badannya!
Rata-rata ARMY tidak berpuas hati terhadap mereka yang memulakan khabar angin tersebut dan memberikan harapan palsu. Hehe..
jimin waking up to news that hes at the met gala pic.twitter.com/1aXA3Le8qH
— seeing yoongi (@kkugimin) May 1, 2023
Armys waiting for Jimin’s arrival at the #MetGala pic.twitter.com/6Y6zMVTCpH
— K⁷ (@tksovers) May 1, 2023
WOW OMG JIMIN AT THE #MetGala
MET GALA JIMIN
JIMIN AT THE MET GALA #JIMIN #JiminNo1Hot100 #Jimin_FACE #JiminXTiffanyAndCo #JIMINATMETGALA #MetGala #MetGala2023 #JiminxTiffanyLandmark #BTSJIMIN #metgala #Jimin_LikeCrazy pic.twitter.com/NRrgypvKwp— Ayat🎓JK⁹⁷ D_DAY 🥢❤️🔥 (@7btskook) May 1, 2023
Sabarlah ya ARMY, tunggu sahajalah tahun hadapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.