Kadang-kadang pelik juga bila tengok kucing yang gebu ni. Apa tuan dia bagi makan sampai boleh gemuk macam tu?
Ini dia rahsia yang dikongsi oleh OvaPet Premium Pet Spray tentang bagaimana untuk menyediakan homemade wetfood yang super lazat dan confirm kucing korang akan suka. Paling penting tanpa bahan pengawet, garam dan pewarna.!
Okay jom kita lihat apa sebenarnya secret recipe yang boleh dilakukan oleh pemilik kucing untuk menyediakan wet food untuk si bulus mereka.
– Ikan/daging/ayam (direbus) – protein
– Labu rebus – mineral
– Lobak rebus – vitamin
– Agar-agar (optional) – untuk tekstur
– Rebus kosong tanpa garam
– Air rebusan ayam/ikan/daging jangan dibuang
– Guna ayam/ikan/daging yang fresh sebab sesetengah kucing memilih tak nak makan kalau tak fresh
– Elakkan ayam/ikan/daging/telur mentah yang tak dimasak kerana mengandungi bakteria berbahaya kepada haiwan
1. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar
2. Masukkan sekali air rebusan ikan/ayam tadi dan blend halus
3. Ini tekstur selepas dikisar. Kalau puas hati dengan kepekatan wet food tersebut, tak perlu tambah agar-agar ya.
Kalau terlalu cair boleh guna agar-agar. Hanya perlu masak sedikit agar-agar bersama air sehingga larut. Kemudian, masukkan bahan blend tadi, kacau sebati dan biarkan sejuk.
Kalau terlalu pekat, boleh tambah air rebusan ayam/ikan dan gaul sebati.
4. Untuk hasil yang lebih menarik, boleh letak isi ayam/ikan dalam wet food tadi.
5. Gaul sebati
6. Siap! Boleh dihidang terus atau simpan dalam bekas. Kalau nak tahan lama, boleh simpan dalam petis ais.
Harapnya lepas ni boleh la kucing korang gemok dan sihat sebab dapat makanan yang sedap macam ni. Hiks!
Sumber: OvaPet Premium Pet Spray