Cara-Cara Upload Gambar Di IG Guna Dekstop

Share

Selalunya apa yang korang buat sebaik saja terjaga daripada tidur? Mesti check handphone kan? Selain whatsapp, perkara pertama yang kebanyakan orang selalu buat lepas bangun tidur adalah check Instagram.

Betul tak?

Selama ni kita update IG di handphone saja. Tapi kalau korang nak jimatkan bateri telefon, boleh juga kalau nak upload gambar di IG guna desktop.

Biasanya kalau tengah bekerja di ofis atau student yang sedang nak siapkan assignment tu, korang boleh terus menggunakan PC atau laptop untuk main IG.

Di sini kami nak kongsikan step by step untuk upload gambar di Instagram menggunakan desktop.

1. Log in akaun korang di www.instagram.com

2. Klik pada butang titik tiga bertindih di sebelah kanan

3. Pilih More tools, dan seterusnya klik Developer tools

4. Kemudian, klik pada bahagian seperti yang bertanda di bawah

5. Seterusnya, refresh page

6. Klik button + di bawah

7. Pilih gambar yang nak diupload

8. Seterusnya, klik next..

9. Akhir sekali letak la caption

apa yang korang nak, dan klik share

Kalau nak lebih jelas, korang boleh tonton video tutorial yang dikongsi oleh Ashraf Bakar ini.

Senang je kan? Harapnya cara ini dapatlah jimatkan bateri handphone korang sikit. Hiks!

 

Published by
Noor Ain Norman