Cara Claim Kredit RM150 Program e-Pemula Di BigPay, GrabPay, ShopeePay & Touch ‘n Go eWallet

Share

Berita baik untuk belia berumur 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan program e-Pemula akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia dan terdapat banyak dana serta pembiayaan yang disediakan khas untuk golongan belia melalui Bajet 2022.

ARTIKEL BERKAITAN : Golongan Belia Bakal Terima Kredit RM150 Di Akaun E-Dompet Menerusi Program e-Pemula

Untuk pengetahuan korang, penebusan untuk kredit e-tunai ini boleh dibuat bermula semalam sehingga 1 Jun 2022. Bagaimanapun, kredit berkenaan boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

Proses untuk menebus boleh dibuat menerusi empat penyedia perkhidmatan e-tunai yang berbeza seperti BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch n’ Go.

Berikut adalah syarat-syarat untuk menebus :

  • Warganegara Malaysia yang berumur diantata 18 – 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004) ;
  • Pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi tempatan yang berdaftar;
  • Penebusan hanya boleh dibuat menerusi satu penyedia perkhidmatan sahaja untuk sekali transaksi.

Cara penebusan dan claim?

Berikut kami senarainya langkah-langkah mudah berserta ganjaran yang disediakan oleh setiap penyedia perkhidmatan tersebut :

BigPay

Penyedia perkhidmatan yang pertama adalah BigPay. Tuntutan yang dibuat menerusi aplikasi BigPay akan melayakkan anda menerima kredit e-tunai bernilai RM150. Di samping itu, BigPay turut menawarkan sejumlah ganjaran eksklusif lain berupa baucar atas talian bernilai sehingga RM1,500 dan pulangan tunai daripada sejumlah jenama terkemuka. Ini termasuklah AirAsia Academy, Zalora, Sephora, Lululemon dan sebagainya.

Proses pembayaran boleh dibuat menerusi beberapa cara; antaranya seperti DuitNow QR dan kad fizikal BigPay. Dalam masa sama, ia turut boleh digunakan untuk transaksi pembelian secara luar talian menerusi kedai fizikal terpilih di seluruh Malaysia. Lebih menariknya, anda juga berpeluang untuk memenangi seunit iPhone 13 apabila mendaftar masuk dengan kod promo ‘PCEPEMULA’.

Cara penebusan adalah seperti berikut :

  • Langkah 1: Buka aplikasi BigPay → Pergi ke ‘PAYMENT’ → Ketik pada butang ePemula;
  • Langkah 2: Tandakan kotak pengesahan, kemudian mulakan proses penebusan;
  • Langkah 3: Masukkan butiran peribadi & hantar;
  • Langkah 4: Anda akan dimaklumkan mengenai status penyerahan.
  • Terma & syarat penuh : BigPay Malaysia

GrabPay

Perkhidmatan penyedia yang kedua adalah GrabPay. Sebelum membuat penebusan dengan GrabPay, sila pastikan anda telah mengemaskini aplikasi kepada versi terkini terlebih dahulu. Kemudian, anda perlu untuk menaik-taraf GrabPay Wallet, kemudian teruskan membuat penebusan untuk kredit e-tunai RM150. Melalui aplikasi GrabPay, anda berpeluang menerima baucar menarik bernilai sehingga RM360 dengan pecahan seperti berikut :

RM150 – kredit e-pemula + RM150 (GrabFood) + RM60 (rakan-rakan niaga)

Baucar-baucar berkenaan boleh dibelanjakan di GrabFood, barangan elektronik, produk kesihatan dan banyak lagi! Antara rakan-rakan kongsi yang terlibat termasuklah KFC, McDonald, GSC, Kyochon dan sebagainya. Berikut merupakan beberapa ganjaran yang boleh anda nikmati dengan penebusan ePemula menerusi GrabPay (tertakluk kepada terma & syarat) :

Diskaun sehingga RM30 untuk bayaran dalam kedai GrabPay
Diskaun 30% untuk Tawaran Panas GrabFood
Diskaun RM5 Starbucks di kedai melalui GrabPay
Diskaun RM5 Watsons di kedai melalui GrabPay
Diskaun RM3 untuk Family Mart di kedai melalui GrabPay
Diskaun RM5 Baskin Robbins di kedai melalui GrabPay
Diskaun RM10 di kedai Harvey Norman melalui GrabPay
Diskaun RM10 untuk Harvey Norman dalam talian melalui GrabPay
Diskaun RM10 untuk Bottoms Lab dalam talian melalui GrabPay
Diskaun RM2 di kedai myNEWS melalui GrabPay
Diskaun RM10 untuk Pembelian Baucar UniPin
Cara penebusan adalah seperti berikut :

  • Langkah 1: Buka aplikasi Grab → Pergi ke ‘BAYARAN’ → Ketik pada butang ePemula;
  • Langkah 2: Bergantung pada status sedia ada profil anda, sila sahkan identiti / tuntut pemula
  • Langkah 3: Masukkan butiran peribadi & hantar;
  • Langkah 4: Anda akan dimaklumkan mengenai status penyerahan;
  • Langkah 5: Setelah lulus, baucar-baucar ePemula akan diberikan menerusi ruangan ‘Simpanan Ganjaran’.
    (Terma & syarat penuh : Grab Malaysia)

ShopeePay

Penyedia perkhidmatan yang seterusnya adalah ShopeePay. Proses penebusan menerusi ShopeePay pula memerlukan anda untuk mengaktifkan dan membuat pengesahan menggunakan kad pengenalan. Penebusan menerusi ShopeePay boleh digunakan menerusi beberapa rakan kongsi seperti KFC, Starbucks, Pizza Hut, Family Mart, Mydin, Lotus dan banyak lagi. Selain daripada kredit e-tunai RM150, penebusan yang dibuat turut membolehkan anda menerima baucar ekstra bernilai sehingga RM500. Ini termasuklah :

Baucar sehingga RM310 untuk servis penghantaran percuma & diskaun untuk pembelian makanan;
Baucar sehingga RM90 untuk pulangan tunai ShopeePay;
Baucar lebih RM50 untuk pembelian di mana-mana rakan kongsi Shopee;
Baucar RM50 untuk kadSIM YES bersama kuota data sehingga 40GB secara percuma;
Baucar RM200 untuk pembelian menerusi Siswa Mall.

Dalam pada itu, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM25,000 menerusi peraduan ‘Kongsi & Menang’. Kemudian diikuti dengan pemberian pulangan syiling Shopee sehingga 3% dengan pembayaran yang dibuat menggunakan DuitNow QR (sama ada Shopee Pay / mana-mana e-dompet dan bank terpilih).

Cara penebusan adalah seperti berikut :

  • Langkah 1: Buka aplikasi → Aktifkan akaun ShopeePay → Pastikan anda telah membuat pengesahan akaun dengan kad pengenalan;
  • Langkah 2: Klik pada kotak ‘’Claim Now’ → Lengkapkan butiran yang diperlukan untuk pengesahan selanjutnya;
  • Langkah 3: Permohonan anda akan disahkan dalam masa 3 hari bekerja & RM150 akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun ShopeePay;
  • Langkah 4: Pihak Shopee akan menghantar baucar bernilai RM500 dalam masa 24 jam selepas proses tuntutan berjaya dibuat.
    (Terma & syarat penuh : Shopee Malaysia)

Touch ‘n Go eWallet

Sebagai pilihan lain, anda juga boleh membuat penebusan menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Melaluinya, ia bukan sahaja membolehkan anda menikmati pemberian kredit e-tunai RM150 sahaja. Sebaliknya, TNG turut menawarkan ganjaran berupa baucar pulangan tunai terkumpul bernilai sehingga RM200. Di samping itu, baucar terkumpul rakan kongsi bernilai sehingga RM100 turut sama boleh diterima. Antara rakan kongsi yang terlibat termasuklah 7-Eleven, Tealive, FireFly, Starbucks dan banyak lagi!

Untuk makluman, kredit ini bagaimanapun tidak boleh digunakan untuk sejumlah perkara seperti pemindahan kredit e-dompet, pembayaran sebarang bil termasuk telefon, pembayaran laluan RFID dan pembelian secara atas talian. Lebih menarik, ia boleh digunakan untuk pembayaran menerusi kedai fizikal terpilih.

Cara penebusan adalah seperti berikut :

  • Langkah 1: Buka aplikasi → Buka pada tab ePemula → Klik setuju pada terma & syarat → klik ‘Claim Now’;
  • Langkah 2 : Pastikan butiran peribadi anda adalah betul, kemudian bersetuju dengan klausa privasi dan klik teruskan;
  • Langkah 3: Lengkapkan butiran yang diperlukan untuk pengesahan selanjutnya;
  • Langkah 4: Akui tuntutan & klik “OK, got it”.
  • (Terma & syarat penuh : Touch n’ Go eWallet)

Korang sudahkah menebusnya? Jika belum, tunggu apa lagi? Tebus sekarang dan gunakan kredit ini sebaiknya!

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : (1)

Published by
Nana