Tanpa kita sedari, industri ‘sugar-dating’ yang melibatkan gadis Malaysia muda semakin berkembang walaupun ia dilakukan secara senyap.
Laporan oleh rakan media di News Straits Times baru-baru ini telah mendedahkan kehidupan seorang gadis Malaysia berusia 28 tahun yang terlibat dalam industri sugar-dating demi menjana pendapatan lumayan.
Jenni (bukan nama sebenar) berkongsi bahawa pendapatannya boleh mencecah sehingga SGD14,000 atau kira-kira RM42,800 sebulan dengan bergiat sebagai seorang sugar baby. Pada masa yang sama, dia masih mengekalkan kerjaya hariannya sebagai seorang pegawai pemasaran.
Dalam tempoh 2 tahun bergelar sugar baby, Jenni mengenakan caj SGD500 (RM1,530) untuk bertemu lelaki (aka pelanggan) tetapnya di Singapura. Dia hanya berlagak sekadar seorang ‘peneman’ dan bukannya sebagai ‘pelacur’ seperti yang ramai di antara kita sangkakan selama ini.
“Saya lebih sukakan sugar dating berbanding temu janji biasa. Selalunya temu janji dengan mana-mana lelaki akan berakhir tanpa sebarang jaminan. Jika berjaya sekalipun, kemungkinan hubungan itu tidak akan ke mana.
“Cara lama itu membazir masa. Dengan sugar dating, sekurang-kurangnya saya boleh memperolehi pendapatan untuk masa yang saya ‘laburkan’,” kata Jenni.
Dia, bagaimanapun meletakkan batas untuk tidak melayan lelaki yang sudah berkahwin atau yang berusia lebih daripada 45 tahun.
*
Dalam tempoh 5 bulan yang lepas, Jenni telah bersama dengan seorang usahawan 30-an yang mampu memberikan elaun bulanan dari RM25,000 sehingga RM31,000. Itu baru seorang guys, belum lagi hasil daripada sugar daddy lain.
Daripada pendapatan total Jenni bernilai RM42,800 sebulan, Jenni mengasingkan satu pertiga sebagai simpanan dan selebihnya dibelanjakan untuk rawatan muka, kuku dan melancong ke benua Eropah dan ke Amerika Syarikat.
Namun, Jenni tidak sesekali melupakan keluarganya dan masih mengirimkan wang kepada mereka.
Satu perkara yang penulis rasakan menarik mengenai kehidupan Jenni sebagai seorang sugar baby adalah bagaimana dia mampu membezakan statusnya itu dengan – well – kerjaya sebagai pelacur. Katanya, sugar baby sama sekali berbeza dengan pelacur.
“Pelacur dibayar untuk melakukan tugas mereka, mereka tidak boleh menolak atau mengatakan tidak. Manakala dalam situasi saya, jika saya tidak selesa, saya sentiasa boleh katakan tidak.”
Dia juga mengatakan bahawa pertemuan yang dilakukan tidak melibatkan hubungan seks dan bukan mudah untuk sugar daddy dan dirinya terlibat dalam hubungan sedemikian.
Kehidupan sebagai pelacur (or sugar baby – in this case) di kalangan perempuan bawah 30 tahun sebenarnya bukan lagi satu perkara baru. Apa yang dipertontonkan dalam beberapa drama Melayu sebenarnya ada kebenarannya.
Ingat – walaupun mereka dikaburi dengan wang dan harta lumayan, sekali tersilap langkah, sukar untuk mereka mendapat kehidupan normal semula. Seperkara lagi tentulah faktor larangan agama yang tidak boleh dipermainkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Kongsi Pengalaman Wakilkan Kes Pelacur Yang Ditangkap
Sebelum ini, kontroversi yang melanda pelakon dan pempengaruh berhijab, Alya Iman kononnya dirinya dikaitkan dengan seorang sugar daddy meletus.
Namun, Alya mendakwa dia telah menghentikan hubungan tersebut setelah mendapati lelaki ittu masih belum memberitahu mengenai hubungan mereka kepada isteri pertama.