Sesat dalam hutan adalah situasi paling ditakuti oleh individu yang sering melakukan aktiviti-aktiviti seperti hiking, mahupun jungle trekking. Paling tragis bila situasi ini berakhir dengan kematian (harap-harap dijauhkan).
Ada beberapa faktor yang mendorong individu tersesat dalam hutan, antaranya adalah faktor kepenatan, jurupandu yang tidak bertanggungjawab meninggalkan ahli kumpulannya dan gangguan makhluk halus.
Kali ini kami nak kongsikan tip yang boleh korang buat sekiranya tersesat dalam hutan yang telah dikongsi oleh Media Hutan ini.
Kalau korang selalu masuk hutan, mesti korang pernah nampak batang pokok yang besar kan? Ia dipanggil sebagai banir. Banir ini mempunyai kegunaan yang sangat banyak terutamanya bagi individu yang sesat dan memerlukan pertolongan.
Macam mana cara nak hantar isyarat kecemasan/minta bantuan guna banir ini? korang boleh ikut langkah-langkah seperti berikut:
1. Pegang parang/batang kayu sederhana besar di tangan
2. Ketuk bahagian atas banir menggunakan belakang parang/batang kayu sederhana besar dengan kuat
3. Ulangi ketukan sebanyak 2 kali untuk memberikan isyarat kepada pasukan penyelamat ataupun pendaki lain
4. Pastikan korang menjarakkan 2-3 saat diantara setiap ketukan untuk memberikan masa dan isyarat yang betul kepada orang lain yang mendengar
Selama ni nampak di hutan ingatkan hanya sebatang pokok yang besar, tetapi rupanya ternyata banir ini ada kegunaannya. Kalau korang nak tahu, bunyi yang terhasil daripada ketukan banir ini boleh didengari sejauh beberapa kilometer bergantung pada lokasi korang ketika itu.
Hebat kan? Walaupun mungkin kita jarang sekali masuk ke hutan, namun kami percaya informasi ini sangat berguna untuk pengetahuan bersama.