Masalah ketuat bukan lagi perkara baru kerana ramai yang pernah mengalaminya. Ada yang tumbuh di kaki dan ada juga di bahagian tangan. Senang cerita, kalau ketuat ni tumbuh memang kita akan rasa tak selesa dan seboleh-boleh nak hilangkannya.
Menurut portal myhealth, ketuat adalah pertumbuhan kecil pada kulit yang disebabkan oleh virus jenis human papilomavirus. Virus ini merebak ke seluruh anggota badan dan kepada orang yang ada kaitan dengan ketuat.
Jenis jenis ketuat
1. Biasa – Kecil, keras, kasar dan biasanya terjadi pada jari-jari.
2. Plantar – Tumbuh pada tapak kaki. Ia lebih berbentuk kalus atau kun tetapi menghalang lapisan kulit biasa.
3. Flat – Terjadi pada muka dan tangan.
Jadi, apa perlu korang buat kalau nak hilangkan ketuat ni? Kalau nak tahu caranya, ini perkongsian yang telah dibuat oleh Hanis Samsuddin dan yang paling best, korang boleh lakukannya sendiri di rumah.
Bagaimana nak hapuskan ketuat?
Ketuat mempunyai “akar” yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghilangkan ketuat:
Apple Cider Vinegar – Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tiada Apple Cider Vinegar, korang juga boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi harganya mahal.
Kapas – Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Boleh juga guna Facial cotton.
Plaster atau Duck Tape – Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.
Vaseline – Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung daripada tindak balas cuka.
Sapu vaseline di sekeliling ketuat (jangan terkena pada ketuat tersebut).
Basahkan kapas dengan cuka, letak atas ketuat dan plaster.
Biarkan semalaman.
Ketuat yang tidak disapu vaseline, kulit yang sihat akan turut mengecut apabila terkena cuka. Jadi pastikan korang menyapu vaseline dikeliling kulit ketuat sebelum meletakkan cuka.
Hari ketiga:
Cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar. Pada hari pertama dan kedua tidak akan rasa apa-apa sebab cuka memakan sel kulit mati. Pada hari ketiga, bila akar sudah ditembusi akan rasa sedikit pedih.
Kelihatan akar ketuat menjadi hitam. ini bermaksud sel-sel ketuat mula mati dimakan asid.
Ketuat dah pun mati.
Apabila ketuat dah jadi macam ni, boleh korek sikit demi sedikit.
Ketuat yang telah berjaya dikorek.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Hanis Samsuddin