Cara Kesan Kamera Tersembunyi Di Bilik Penginapan Korang Ketika Bercuti

Share

Sekarang ni macam-macam cerita yang kita dengar daripada perkongsian netizen tentang isu kamera tersembunyi yang terdapat di dalam bilik-bilik penginapan ketika pergi bercuti.

Rasa macam dah tak selamat dan timbul pula ragu-ragu setiap kali nak bermalam di hotel mahu pun homestay.

Walau bagaimanapun, sebenarnya korang boleh mengesan ‘kehadiran’ kamera tersembunyi ini sekiranya risau gerak-geri korang dirakam secara rahsia oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Memandangkan kebanyakan kamera tersembunyi ini menggunakan sistem wireless, maka secara tidak langsung ianya dapat dikesan oleh fungsi wireless yang sedia ada di mobile device

korang.

Berikut merupakan salah satu alternative yang dikongsi oleh wiser.my untuk mengesan kehadiran kamera tersembunyi tersebut.

Aplikasi Fing

Firstly, korang kena ada aplikasi Fing yang boleh dimuat turun daripada Playstore ataupun Appstore.

Seterusnya, buka aplikasi tersebut dan akan terpapar peranti yang berkemungkinan beropersi menggunakan wireless. Kenalpasti barang sambungan yang melibatkan kamera seperti Arlo

, Wyze ataupun Nest dan juga yang disenaraikan dengan nama IP Camera.

Copy IP address pada sambungan yang mencurigakan tadi, kemudian masuk ke menu Network

Pilih menu Open Ports, masukkan alamat IP yang korang copy tadi dan klik pada tombol Find open ports

Jika berjaya, maka akan muncul paparan ports yang terbuka dan perkhidmatan yang digunakan. Korang boleh lihat sama ada terdapat port RTSP dan RTMP kerana ianya digunakan untuk video streaming.

Apa saja dengan HTTP dan HTTPS, korang boleh membukanya dengan Chrome

. Taip alamatnya di bahagian ruangan alamat di Chrome seperti berikut, (192.168.0.15:80).

Jadi, selepas ini korang dah tak perlu risau kalau-kalau ada kamera tersembunyi di bilik hotel ataupun tidak. Check mengikut cara-cara yang telah dikongsi tadi, sekiranya tidak ada apa-apa yang mencurigakan, maka bolehlah korang bercuti dengan tenang.

Published by
Noor Ain Norman