Isi Kandungan
ToggleMusim-musim sejuk ni memang tekak asyik rasa nak makan je. Dapat Maggie panas-panas ni memang boleh terangkat beb.
Untuk student yang duduk hostel atau pun akak-akak yang di ofis tapi tak ada dapur, ni kami nak kongsi kan cara masak mi segera menggunakan rice cooker. Mudah lagi menjimatkan. Rasa masakannya pun boleh tahan sedap.
Tak tipu, korang boleh try sendiri. Hiks!
Bahan-bahan:
1. Seulas bawang putih
2. Satu biji bawang kecil
3. Tiga biji cili padi dihiris
4. Sebiji elur
5. Sosej/ayam (Ikut selera sendiri)
6. Mi segera (Perisa kari)
7. Mentega
8. Dua cawan kecil air putih
Cara memasak:
1. Panaskan rice cooker, kemudian masukkan satu sudu mentega.
2. Tumiskan bahan-bahan seperti cili, bawang putih dan bawang kecil.
3. Selepas naik bau, masukkan sosej dan gaul hingga rata. Tumis sehingga bahan-bahan menjadi kuning keemasan.
4. Kemudian, masukkan air putih.
5. Tutup sebentar dan didihkan.
6. Selepas itu, masukkan mi segera dan tutupkan semula.
7. Bila mi sudah sedikit kembang, masukkan perencah. Kacau hingga rata.
8. Masukkan telur dan tutup kan sekejap.
9. Siap. Dah boleh makan guys. Senang je kan?
So, lepas ni tak perlu susah-susah nak cari dapur gas bagai, bawa je rice cooker settle masalah. Perut pun kenyang, hati jadi senang.
Selamat mencuba!
Sumber: Norfazlin Moktar
Plan Nak Travel Dan Bercuti, Ini Senarai Penuh Cuti Umum Malaysia Bagi Tahun 2020
Dah ada ke yang mula merancang untuk bercuti tahun 2020 ni?
Untuk info korang tahun 2020, cuti umum yang diwartakan di Malaysia adalah sebanyak 59 hari termasuk yang jatuh pada hari Sabtu dan Ahad.
So dah boleh menabung dan plan la cuti korang tu k!
JANUARI
1 Jan (Rabu) – Tahun Baru (semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu)
14 Jan (Selasa) – Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Negeri Sembilan)
25 Jan (Sabtu) – Tahun Baru Cina (semua negeri)
26 Jan (Ahad) – Tahun Baru Cina Hari Ke-2 (semua negeri)
27 Jan (Isnin) – Cuti Tahun Baru Cina (semua negeri kecuali Johor dan Kedah)
FEBRUARI
1 Feb (Sabtu) – Hari Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya)
8 Feb (Sabtu) – Hari Thaipusam (Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya dan Selangor)
MAC
4 Mac (Rabu) – Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu)
22 Mac (Ahad) – Israk dan Mikraj (Kedah, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu)
23 Mac (Isnin) – Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor)
23 Mac (Isnin) – Cuti Israk dan Mikraj (Negeri Sembilan dan Perlis)
APRIL
10 Apr (Jumaat) – Good Friday (Sabah dan Sarawak)
15 Apr (Rabu) – Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah (Melaka)
24 Apr (Jumaat) – Awal Ramadan (Johor, Kedah dan Melaka)
26 Apr (Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu)
26 Apr (Ahad) – Cuti Awal Ramadan (Johor dan Kedah)
MEI
1 Mei (Jumaat) – Hari Pekerja (semua negeri)
3 Mei (Ahad) – Cuti Hari Pekerja (Johor dan Kedah)
7 Mei (Khamis) – Hari Hol Pahang (Pahang)
7 Mei (Khamis) – Hari Wesak (semua negeri)
10 Mei (Ahad) – Hari Nuzul Al-Quran (semua negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak)
11 Mei (Isnin) – Cuti Nuzul Al-Quran (Kuala Lumpur, Labuan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Putrajaya
dan Selangor)
24 Mei (Ahad) – Hari Raya Aidilfitri (semua negeri)
25 Mei (Isnin) – Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua (semua negeri)
26 Mei (Selasa) – Cuti Hari Raya Aidilfitri (semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu)
30 Mei (Sabtu) – Pesta Kaamatan (Labuan dan Sabah)
31 Mei (Ahad) – Pesta Kaamatan Hari Kedua (Labuan & Sabah)
JUN
1 Jun (Isnin) – Hari Gawai (Sarawak)
1 Jun (Isnin) – Pesta Kaamatan Hari Kedua (Labuan dan Sabah)
2 Jun (Selasa) – Hari Gawai Hari Kedua (Sarawak)
6 Jun (Sabtu) – Hari Keputeraan YDP Agong (semua negeri)
7 Jun (Ahad) – Cuti Hari Keputeraan YDP Agong (Kelantan dan Terengganu)
21 Jun (Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah)
Cuti Umum Malaysia 2020
JULAI
7 Jul (Selasa) – Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang)
11 Jul (Sabtu) – Hari Jadi Yang di-Pertuan Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang)
17 Jul (Jumaat) – Hari Keputeraan Raja Perlis (Perlis)
22 Jul (Rabu) – Hari Sarawak (Sarawak)
30 Jul (Khamis) – Hari Keputeraan Sultan Pahang (Pahang)
30 Jul (Khamis) – Hari Arafah (Terengganu)
31 Jul (Jumaat) – Hari Raya Haji (semua negeri)
OGOS
1 Ogos (Sabtu) – Hari Raya Haji Hari Kedua (Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu)
2 Ogos (Ahad) – Cuti Hari Raya Haji (Kelantan dan Terengganu)
20 Ogos (Khamis) – Awal Muharram (semua negeri)
31 Ogos (Isnin) – Hari Kebangsaan (semua negeri)
SEPTEMBER
16 Sep (Rabu) – Hari Malaysia (semua negeri)
24 Sep (Khamis) – Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar (Johor)
OKTOBER
3 Okt (Sabtu) – Hari Jadi Yang di-Pertuan Negeri Sabah (Sabah)
9 Okt (Jumaat) – Hari Jadi Yang di-Pertuan Negeri Melaka (Melaka)
10 Okt (Sabtu) – Hari Jadi Yang di-Pertuan Negeri Sarawak (Sarawak)
29 Okt (Khamis) – Maulidur Rasul (semua negeri)
NOVEMBER
6 Nov (Jumaat) – Hari Keputeraan Sultan Perak (Perak)
11 Nov (Rabu) – Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan)
12 Nov (Khamis) – Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Kedua (Kelantan)
14 Nov (Sabtu) – Hari Deepavali (semua negeri kecuali Sarawak)
15 Nov (Ahad) – Cuti Hari Deepavali (Kelantan dan Terengganu)
DISEMBER
11 Dis (Jumaat) – Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor)
25 Dis (Jumaat) – Hari Krismas (semua negeri)
27 Dis (Ahad) – Cuti Hari Krismas (Johor dan Kedah)
Sumber: Kabinet Malaysia
GVF 2023: ALIFE Kesal Aksi Biadap The 1975, Bakal Cari Mekanisme Terbaik Untuk ‘Refund’ Tiket Pembeli
Susulan kontroversi hangat yang membabitkan band pop rock The 1975 baru-baru ini, Pengarah Hiburan Future Sound Asia, Wan Alman Ariffin tampil menjelaskan, pihaknya telah pun berusaha untuk menghentikan persembahan tersebut lebih awal semasa insiden berkenaan berlaku.
Bagaimanapun kedegilan pengurus jelajah kumpulan sensasi itu mengakibatkan keadaan pada ketika itu menjadi lebih buruk.
“Keputusan menghentikan persembahan bukanlah satu perkara yang mudah. Kami tidak mahu ambil keputusan sembarangan.
“Banyak perkara perlu diteliti kerana acara berkenaan membabitkan ramai artis dan peminat.
“Kami minta pengurus jelajah The 1975 untuk hentikan persembahan, namun seperti keberatan untuk berbuat demikian.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Acara Dibatalkan Hanya Kerana Anda!’ -Sheila Majid Selar Sikap Biadap The 1975
“Disebabkan itu, kami terus minta bantuan pihak berkuasa dan mengambil masa beberapa minit untuk menghentikan persembahan berkenaan,” katanya pada sidang media pembatalan Good Vibes Festival 2023.
Pada masa sama, Wan Alman turut memaklumkan bahawa pihaknya masih lagi dalam usaha mencari mekanisme yang sesuai bagi membuat pembayaran semula tiket pembeli.
Mengulas lanjut, Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa (ALIFE), Para Rajagopal mengakui, insiden berkenaan mengejutkan ramai pihak, namun ia tidak menghalang industri muzik tanah air untuk terus berjalan seperti biasa.
Selain itu, beliau juga berharap tiada lagi aksi dan kenyataan biadap oleh artis antarabangsa berulang seperti dilakukan oleh kumpulan The 1975, pada malam Good Vibe Festival 2023, pada minggu lalu.
“Saya rasa apa yang dilakukan The 1975 ketika Good Vibes Festival 2023 adalah satu kes atau isu terpencil. Kita semua bersetuju bahawa perkara itu salah. Sepanjang 30 tahun saya terbabit dalam industri ini, saya tidak pernah lihat hal seperti itu berlaku.
“Kalau kita lihat, beberapa bulan lalu ramai artis antarabangsa yang datang, tetapi tiada siapa yang berperilaku buruk seperti itu. Boleh dikatakan, semuanya berjalan dalam keadaan baik.
“Jadi, untuk isu ini kita semua perlu terus melangkah ke hadapan dan industri hiburan perlu terus berjalan seperti biasa. Kita perlu beralih daripada 1975 ke 2023,” jelasnya.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengarahkan pembatalan serta merta penganjuran Festival Good Vibes 2023 dengan serta merta.
Ini susulan tindakan vokalis The 1975, Matty Healy berkucupan dengan pemain gitar bes, Ross MacDonalds selepas melontarkan ucapan mempertikaikan undang-undang lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Minat Masakan Pedas, MK K-Clique Suka Perempuan Pandai Masak Lemak Cili Api
Muhammad Hairi Amin bin Hamdan atau lebih dikenali sebagai MK adalah antara penyanyi yang kini menjadi sebutan para peminat terutamanya kaum wanita. Berasal dari Tawau Sabah, anak muda berusia 24 tahun ini juga merupakan ahli kumpulan rap K-Clique.
Baru-baru ini, Remaja berkesempatan bertemu dengan penyanyi kegilaan ramai ini dan jelas sekali seperti yang pernah tular sebelumnya, MK sememangnya seorang personaliti yang mudah didekati. Tidak lokek berkongsi cerita, MK turut memberitahu satu rahsia tentang wanita idamannya.
View this post on InstagramYeah, I’m single, baby girl, but how ‘bout you though?
A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut) on
Kalau korang nak tahu, MK sebenarnya seorang yang suka makan makanan pedas. Jadi tidak hairanlah jika dia ingin mencari seorang wanita yang pandai memasak lauk Masak Lemak Cili Api.
Ha, bolehlah korang cepat-cepat tanya mak macam mana nak masak lauk Masak Lemak Cili Api kan? Hiks!
Bagi yang sememangnya mengikuti perkembangan personaliti rap ini, MK juga sering dilabel sebagai ‘bad boys’ dikalangan masyarakat. Tidak melatah dengan tohmahan tersebut, anak kelahiran Sabah ini punya pendapatnya tersendiri.
“Oh yang tahu, tahulah (gelak). Saya sebenarnya tak kisah tentang pendapat orang tetapi untuk yang mengenali saya, yang tahu saya macam mana, bila mereka yang beri pendapat itu baru saya peduli. Tapi bagi saya kalau first impression orang itu tidak penting, kerana selepas mengenali saya baru mereka akan tahu siapa diri saya yang sebenarnya,” jelas MK.
Ditanya adakah perempuan memang suka kepada ‘bad boys’, MK berseloroh menjawab, “Terpulang. Saya bukannya bad boys tapi kalau dia mahu bad boys boleh, kalau nak jadi ‘baik’ boys pun boleh.”
MK juga turut meluahkan rasa kesyukuran apabila kumpulan K-Clique menerima pencalonan dalam kategori Best Southest Asia Act di MTV EMA 2020.
“Sejujurnya kami terkejut dengan pencalonan ini, so sama ada menang atau kalah bukan lagi isu kerana apa yang penting kami sudah mewakili Malaysia dalam acara anugerah tersebut,” katanya.
Undian boleh dibuat di laman web mtvema.com sekarang sehingga 3 November ini.
Good luck kami ucapkan kepada MK dan K-Clique dan teruskan menghasilkan karya-karya segar dari anak muda untuk industri muzik tanah air.
View this post on InstagramA post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on