Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan program Jaringan Prihatin bagi memastikan ramai masyarakat Malaysia dapat menerima akses internet, sekali gus merapatkan jurang digital dan menyokong agenda pendigitalan negara.
Melalui program ini, golongan yang layak berhak menerima bantuan RM180 untuk pembelian telefon atau kredit telco.
Terbaharu, skim ini telah ditambahbaik kepada RM300 khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah.
Berikut merupakan jenis bantuan yang disalurkan menerusi program Jaringan Prihatin:
• Kategori 1: Isi rumah yang mempunyai anak dibawah umur 18 tahun dapat RM300 untuk pakej peranti dan RM180 untuk pelan data bulanan 12 bulan
• Kategori 2: B40 yang tiada anak bawah umur 18 tahun ditawarkan RM180 untuk pakej peranti dan RM180 bagi data bulanan
Maklumat lanjut mengenai pelbagai pelan yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi dibawah Program Jaringan Prihatin boleh didapati di pautan berikut:
Tunetalk/halo telco: https://www.tunetalk.com/my/ms/jaringanprihatin
Celcom: https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin
Digi: https://www.digi.com.my/jaringan-prihatin-bm
Maxis: https://www.maxis.com.my/ms/campaigns/jaringan-prihatin/
Umobile: https://www.u.com.my/extras/promotions/jaringan-prihatin/bm
Pendaftaran untuk program ini akan dibuka daripada 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021. Apa lagi guys, cuba la daftar mana tahu ada rezeki korang kan?