Cara Mudah Kurangkan Storan Data Sistem (Others) Untuk Pengguna iPhone

Share

Masalah penstoran memori di telefon pintar sering dialami oleh kebanyakan daripada kita kerana walaupun menggunakan storage yang agak besar, namun ia masih tidak mencukupi dan sering kali penuh.

Berilah telefon pintar yang mempunyai memori 512GB sekali pun, pastinya banyak gambar dan video yang kita nak simpan dan akhirnya memori penuh juga kan?

Foto: Bagus Hernawan

BACA: Lelaki Ini Ajar Cara Simpan Gambar Dalam Google Photos, Free Unlimited Storage Tak Perlu Risau

Untuk pengguna iPhone, korang boleh check storage dan jika dilihat, penggunaan ‘Others’ yang dipaparkan itu memakan jumlah memori juga. Ramai juga yang pelik kenapa data ‘Others’ tiba-tiba tinggi sedangkan mereka tidak menyimpan data sebanyak itu.

Sumber: Xavier Naxa

Apa yang korang perlu tahu, setiap aplikasi yang dipasang akan menyimpan fail Cache yang bertujuan untuk mempercepatkan prestasi saat membuka atau menggunakan aplikasi. Selain itu, fail ‘tugasan’ yang korang simpan dalam satu-satu aplikasi itu juga dianggap sebagai data ‘Others’.

Jadi, bagaimana korang boleh mengurangkan sedikit penggunaan tersebut?

Jom kita lihat perkongsian daripada Xavier Naxa yang menunjukkan cara-cara untuk membuang perkara tidak penting yang hanya memenuhkan storage telefon korang.

1. Pergi Settings-Umum-Storan iPhone

Pilih aplikasi yang banyak menggunakan data. Contohnya Facebook yang menggunakan Dokumen dan Data sebanyak 202.9MB

Sila buang aplikasi Facebook dan mula semula (restart) dan pasang kembali aplikasi tersebut. Kemudian, semak semula di Settings-Genaral-iPhone Storage.

Sumber: Xavier Naxa
Sumber: Xavier Naxa

2. Korang boleh lihat Dokumen dan Data telah berkurangan dari 202.9MB kepada 37.2MB. Ulang langkah ini pada aplikasi yang banyak menggunakan storan.

Sumber: Xavier Naxa

3. Pastikan korang turut kosongkan History dan Website Data di pelayar web Safari

Settings-Safari-Clear History and Website Data

Sumber: Xavier Naxa

Selamat mencuba!

BACA: Kenapa Kabel iPhone Mudah Rosak? Ini Antara Sebab-Sebabnya..

BACA: Apple Lancar iPhone SE 2022, Dilengkapi Rangkaian 5G Dengan Harga Bermula RM2,099

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman