Cara Mudah Masuk Singapura Tanpa Beratur Panjang, Korang Download Je Apps Ni

Share

Zaman sekarang ni boleh dikatakan teknologi di 'hujung jari' kerana semua urusan dapat dilaksanakan dengan mudah dan cepat.

Sebagai contoh, jika sebelum ini rakyat Malaysia yang ingin ke Singapura perlu menunggu lama untuk urusan masuk ke negara tersebut, kini korang tak perlu bersusah-payah lagi kerana proses ini boleh dilakukan menerusi aplikasi telefon pintar sahaja.

Caranya adalah seperti berikut:

1. Download di playstore atau App Store: SG Arrival Card

2. Isi profile korang

3. Semasa isi profile, mereka akan minta scan barcode passport

4. Selepas itu, korang dah boleh isi form dengan memilih individual atau group. Info yang diminta simple saja

5. Selepas submit korang akan dapat bar code untuk ditunjukkan sewaktu masuk ke Singapura nanti

6. Selesai. Mudah dah tak perlu nak fikir cari pen, lupa isi itu ini sebab korang boleh isi siap-siap sebelum berlepas lagi

Cuma ada beberapa perkara yang korang kena take note

dan antaranya adalah isi form putih manual masih boleh digunakan, passport korang masih kena cop dan barcode yang mereka bagi ada kalanya pihak imigresen tak tengok pun mungkin sebab dah ada dalam sistem bila kita scan passport tu.

Sumber: Krik Alfie

Published by
Noor Ain Norman