Wabak koronovirus masih lagi membimbangkan kerana hari demi hari ada sahaja peningkatan kes yang dilaporkan. Ramai yang mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan hand sanitizer dan disebabkan itu produk tersebut begitu laku keras di pasaran.
Permintaan yang tinggi kadangkala tidak dapat dipenuhi kerana kekurangan stok yang ada, jadi apa yang korang boleh lakukan adalah dengan membuat sendiri home made sanitizer seperti yang dikongsi oleh Ir Abdul Rahman Bahasa di laman Facebooknya.
Selain mudah dan cepat untuk disediakan, ia juga tidak menggunakan kos yang tinggi. Jom kita lihat bagaimana cara untuk menyediakannya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Dettol
2. Sterile Water (boleh didapatkan di farmasi)
Cara menyediakan:
1. Campurkan 20%n Dettol dan 80% sterile water.
• Kalau korang buat 100ml hand sanitizer guna sukatan ini. 20ml Dettol dan 80ml sterile water
• Kalau nak buat 50ml hand sanitizer guna 10ml Dettol dan 40ml sterile water
(Korang boleh sukat guna picagari atau lain-lain alat sukatan yang bersesuaian)
2. Kemudian, letak dalam botol spray. Gunakan sahaja botol-botol spray korang yang ada
Namun begitu, nak diingatkan bahawa formula ini hanya sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke atas, ini disebabkan atas faktor ketebalan kulit.
Kesan Dettol agak kuat dan takut jika ada effect pada kulit kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke bawah.
Jika nak dikira tentang kos, sudah tentu ia jauh lebih murah berbanding membeli hand sanitizer yang sedia ada di pasaran.
Kos pembuatan hand made sanitizer ini adalah seperti berikut:
500ml sterile water: RM6.90
50ml Dettol: RM4.80
Total: RM11.70
engan kos RM11.70 ini, korang boleh buat 5 botol 50ml hand sanitizer. Kalau dengan harga semasa RM8.00 sebotol 50ml hand sanitizer. Jumlah kos 5 botol adalah RM40. Tapi kalau buat sendiri pakai formula yang dikongsi ini, Dettol+Sterile Water
, korang boleh jimat RM28.30.Apa-apa pun ini adalah ikhtiar dan salah satu usaha yang korang boleh lakukan. Selain daripada menggunakan hand sanitizer, korang boleh juga menerapkan budaya kerap basuh tangan dan elakkan berada di tempat awam.
Sekiranya memang perlu, gunakan mask jika keluar rumah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua dan diharap agak kita dijauhi daripada sebarang perkara yang tidak baik.