Ha ini lah waktu yang ditunggu-tungu korang kan…
Beberapa syarikat telekomunikasi tempatan mengambil inisiatif untuk membantu rakyat sepanjang tempuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menawarkan data Internet percuma dan lain-lain kemudahan.
Menariknya, semua pelanggan pascabayar dan prabayar telco Malaysia akan menerima Internet berkelajuan tinggi percuma dengan kapasiti 1GB percuma. Tapi ia hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang bermula 1 April dan dikuatkuasakan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.
Tapi awas ye, setiap syarikat telekomunikasi ada cara tersendiri untuk pelanggan menebusnya. Berikut merupakan cara menebus data percuma mengikut telco masing-masing.
1. Maxis – Perlu tebus data percuma setiap hari
Tebus Data Percuma 1GB PKP
Bagi pengguna Maxis dan Hotlink, perlu menebus data percuma 1GB setiap hari bermula hari ini hingga tamat PKP. Data ini hanya boleh digunakan dari pukul 8 pagi hingga 6 petang sahaja. Penggunaan di luar waktu ini akan diambil dari kuota data sedia ada.
Maxis Postpaid
Aplikasi MyMaxis – Klik pada “Get More Data” dan pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
Maxis Biz Postpaid
Aplikasi MyMaxis Biz – Klik pada “Get More Data” dan pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
Hotlink Flex Postpaid
Aplikasi Hotlink Flex – Klik pada “Get More Data” dan pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
Hotlink Prepaid
Aplikasi Hotlink RED – Klik pada banner di muka utama dan pilih “FREE 1GB / Day Pass” atau aktifkan pas di bawah tab ‘Shop’
2. Celcom – terima secara automatik
Tebus Data Percuma 1GB PKP
Semua pengguna pascabayar dan prabayar Celcom (dan Xpax) akan diberikan 1GB data percuma secara automatik, bermula dari 1 April sehingga tamat PKP. Tidak perlu sebarang pendaftaran atau penebusan. Data ini juga boleh digunakan untuk hotspot.
3. UMobile – Tebus sekali untuk guna sepanjang PKP
Tebus Data Percuma 1GB PKP
1GB data percuma ini diberikan kepada semua pelanggan pascabayar, prabayar dan broadband. Kecuali pelanggan pelan WeChat Go. Tiada sekatan kelajuan untuk data percuma ini dan ia juga boleh digunakan untuk hotspot.
Tetapi talian pengguna mestilah aktif untuk menerima data percuma. Selepas menghabiskan kuota 1GB percuma, penggunaan akan kembali kepada kuota asal pengguna.
Untuk menerima tawaran ini, pengguna perlu membuat satu kali penebusan. Hanya satu penebusan dibenarkan untuk seorang pelanggan
Prabayar: Dail *118*6# dan pilih Special Offer
Pascabayar: Dail *118*7# dan pilih Special Offer
4. Digi – Tebus sekali untuk guna sepanjang PKP
Tebus Data Percuma 1GB PKP
Sama seperti Umobile, pelanggan perlu tebus sekali sahaja dan 1GB akan diberikan setiap hari secara automatik.
Pelanggan pascabayar boleh menebusnya di dalam aplikasi MyDigi di ruangan Rewards. Manakala pelanggan prabayar pula, menerusi ruangan “Box of Surprise” di dalam aplikasi MyDigi, atau menggunakan kod ringkas UMB di *128#.
Tawaran sebelum ini diteruskan lagi sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti data dan panggilan percuma apabila membuat tambah nilai prabayar, akses percuma ke platform pendidikan Jomstudi dan membayar RM1 untuk akses ke kurikulum UPSR dan SPM di Classruum.
5. TuneTalk – Daftar sekali dan terima setiap hari
Tebus Data Percuma 1GB PKP
Pengguna TuneTalk perlu membuat pendaftaran satu kali untuk menerimanya dengan syarat pastikan talian anda aktif.
Hantar SMS “STAYHOME” ke 2222. Perkara ini hanya perlu dibuat sekali sahaja. Anda akan menerima SMS yang menyatakan pendaftaran berjaya jika sistem menerimanya.
Data yang tidak habis digunakan akan dibuang dan tidak dibawa ke hadapan.
6. Yoodo – tiada had penggunaan
Tebus Data Percuma 1GB PKP
Yoodo menyahut seruan kerajaan ini dengan memberi lebih dari yang dicadangkan. Yoodo memberikan 1GB data setiap hari hingga 14 April. Sebagai komitmen mereka dengan inisiatif sebelum ini, Yoodo juga akan memberikan 1GB percuma pada hari Isnin, 20 dan 27 April 2020.
Data yang diberikan tiada has masa penggunaan malah data yang tidak habis digunakan boleh dibawa ke depan sehingga kitaran pelan yang seterusnya.
7. Unifi Mobile – pas LTE hotspot percuma
Tebus Data Percuma 1GB PKP
TM memberi penawaran pas LTE hotspot secara percuma bagi pengguna pelan unifi Mobile pasca bayar. TM juga turut menawarkan 7 hari data tanpa had kepada pelanggan unifi Mobile #BEBAS pra bayar serta pas percuma LTE hotspot unifiMobile Biz bagi pelanggan unifi SME.
Tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ia telah diaktifkan secara automatik.
Harapnya korang dapat la memanfaatkan internet free ini sepanjang PKP, so tak ada la bosan sangat duduk dirumah ni dah ada internet percuma kan!