Cara Nak Mohon Lesen Memandu Antarabangsa Untuk Korang Yang Nak Drive Sendiri Bila Melancong

Share

Biasanya, kalau melancong ke luar negara mesti kita akan gunakan khidmat tourist guide yang mana mereka akan menyediakan segala pengangkutan untuk memudahkan perjalanan sepanjang berada di sana.

Bagi mereka yang inginkan kelainan dan nak cuba benda baru, ada yang memilih untuk mengambil kereta sewa dan memandu sendiri. Cara ini dilihat lebih mudah dan ada kalanya lebih murah jika pergi bercuti secara beramai-ramai.

Namun begitu, tak semua negara menerima lesen memandu Malaysia. Jadi korang perlu mendapatkan International Driving Permit (IDP) terlebih dahulu sebelum berhasrat untuk memandu di negara orang.

Macam mana nak memohon IDP ini? Jom kita semak step by step yang telah dikongsi oleh page Nota Perempuan Backpacker di laman Facebook.

1. Pergi JPJ/UTC, bawa:

– Lesen memandu yang masih valid setahun penuh.

– MyKad

– Duit RM150 (Lesen sah setahun)

– Gambar sekeping

2. Beritahu di kaunter informasi nak buat IDP. Serahkan semua dokumen di atas, kemudian korang akan diberikan nombor giliran.

3. Tunggu giliran dan berurusanlah di kaunter.

4. Dalam jangka masa 15-20 minit. Siap. 

5. Pandu berhati-hati. Patuhi undang-undang jalan raya di negara orang dan negara sendiri (patutnya). 

Maklumat tambahan

Sewaktu korang nak ambil kereta sewa di sana, perlu tunjuk lessen memandu Malaysia juga. So, sila bawa lesen sekali.

Mengikut perkongsian yang diterima, ketika ingin memandu sendiri di Jeju, Korea Selatan pada tahun 2013 masih memerlukan IDP. Tapi, ketika di Perth pada sekitar tahun 2015, tidak memerlukan IDP untuk memandu di sana.

Kesimpulannya, sebelum korang nak plan drive sendiri ketika melancong ke negara orang, rajin-rajinlah google terlebih dahulu sama ada negara yang korang nak pergi tu memerlukan IDP atau tidak.

Published by
Noor Ain Norman