Aiskrim yogurt merupakan antara pemanis mulut yang menjadi kegemaran ramai. Walau bagaimanapun, harganya boleh tahan mahal sehingga mencecah puluhan ringgit.
Antara jenama aiskrim yogurt yang menjadi pilihan masyarakat di Malaysia adalah llaollao. Korang boleh lihat sendiri jika di shopping mall, kedai aiskrim ini sering dipenuhi pelanggan dan adakalanya mereka terpaksa beratur panjang.
Mungkin ada yang tidak pernah cuba dan tidak tahu bagaimana untuk memilih aiskrim yogurt tersebut. Nah, jangan risau guys. Jom kita ikuti thread yang telah dibuat oleh seorang pengguna Twitter, Sitijamil92
untuk pelanggan yang baru pertama kali ingin mencuba aiskrim yogurt tersebut.Terdapat 5 saiz yang korang boleh pilih. Setiap saiz berbeza jumlah topping yang boleh diambil. Topping merangkumi:
• Sauce
• Crunch
• Fruit
Selalunya, ambil saiz medium, boleh ambil tiga topping, jadi korang boleh la letak satu sauce dan dua crunch.
Terdapat pelbagai pilihan sauce. Pilih sahaja mana yang korang suka. Antara yang menarik adalah Chococrock Sauce, iaitu gabungan coklat dan hazelnut. Bila makan, rasa hazelnut yang tidak dihancurkan sepenuhnya. Memang sedap!
Terdapat pelbagai jenis Crunch yang sedap. Boleh pilih ikut pilihan masing-masing. Recommended: Chips Ahoy dan Almond Crocanti
Siapa nak makanan yang berkhasiat boleh pilih buah-buahan. Bagi Sitijamil92, dia tidak berapa suka gabungan buah dengan aiskrim yogurt tapi terpulang kepada selera masing-masing
Kali pertama nak beli mesti keliru macam mana nak tengok nama setiap sauce dan crunch kerana susunan depan dan belakang. Nampak macam sebaris tapi sebenarnya tidak. Setiap nama disusun depan dan belakang. Nama di depan bermaksud nama sauce atau crunch di depan.
Petitllao
Bagi yang pertama kali baru nak rasa aiskrim yogurt boleh ambil Petitllao. Takut tak sedap nak ambil yang besar kan rugi. Kalau nak tambah satu topping caj RM1.50
Sanum
Kalau nak rasa semua sekali dalam satu pembelian, boleh ambil Sanum. Boleh kongsi ramai-ramai. Sanum ni boleh ambil 3 fruit, 2 cruch dan 1 sauce
Ha, mudah sahaja kan? Lepas ni korang boleh beli dengan yakin. Hiks!
Selamat mencuba!
Sumber: (1)