Dalam ramai-ramai kawan di Facebook, mesti ada seorang dua yang selalu buat korang ‘rengsek’ setiap kali tengok dia update status kan?
Paling tidak pun, bila mood tak berapa nak okay memang apa saja si polan tu buat ada saja yang tak kena di mata kita. Lebih teruk lagi, kalau ada kawan-kawan yang sejenis suka meroyan.
Apa nak buat eh?
Mungkin korang rasa cara block tu kejam sangat, jadi sekarang ni tak perlu pun nak unfollow atau unfriend secara tetap kerana Facebook dah mempunyai satu feature yang membolehkan korang untuk ‘berehat’ selama 30 hari daripada sebarang posting rakan Facebook yang telah di ‘snooze’ kan.
Facebook akan memberikan notification jika tempoh snooze ini bakal berakhir dan korang juga boleh terus mengaktifkannya semula selama 30 hari jika mahu. Feature ini juga boleh di ‘undo’ pada bila-bila masa.
So, tak ada isu la kalau lepas ni rasa rimas dengan posting rakan lain di Facebook, korang boleh je cuba-cuba untuk snooze dorang dulu. Hiks!
Gara-Gara Tulis Surat Terbuka Buat Marina Mahathir Isu LGBT, Post Doktor Ini Kena Report & Terus Di Ban
Nampaknya semalam hangat di media sosial mengenai isu Lesbian, Gay, Biseksual & Trangender atau singkatannya (LGBT) apabila Datin Paduka Marina Mahathir bersuara mengenai nasib golongan ini.
Hak kesamarataan ke sekolah, mendapatkan rawatan di hospital, pekerjaan dan perlindungan keselamatan tanpa sebarang diskriminasi yang disoalnya ternyata mendapat respon yang bukan sedikit dari rakyat Malaysia yang mempersoalkan kembali kenyataan dikeluarkannya. Marina dalam satu kenyataannya berkata golongan LGBT hanya mahukan itu dan bukannya tambahan yang boleh mencabar undang-undang, misalnya seperti menghalalkan perkahwinan sejenis.
“Apa saya maksudkan hak sama rata ialah hak di bawah perlembagaan kita. Mereka (komuniti LGBT) adalah rakyat Malaysia dan manusia juga. Hak asasi manusia seperti nak pergi ke sekolah, nak pergi hospital, takkanlah itu semua tak boleh?
“Mereka ketika ini hadapi diskriminasi dari segi kehidupan seharian. Orang yang menentang sangat, apa hak yang mereka nak ambil daripada golongan ini? Soalnya. (BACA SINI).
Ternyata responnya mendapat perhatian dari Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang berkata andai golongan LGBT ini diiktiraf, ia bermaksud kumpulan ini dihalalkan.
Bukan saja Mufti bertanya tetapi isu ini mendapat respon yang bukan sedikit dari rakyat Malaysia. Ini termasuklah seorang doktor perubatan, Nur Ilyani Mohamed Nawawi yang menulis surat terbuka buat Marina mengenai isu dibangkitkannya.
Sebagai doktor, katanya dia sendiri merawat golongan ini yang merupakan penyumbang tertinggi bagi HIV yang mana penularan kuman ini hanya berlaku apabila hubungan seks dan seks songsang dilakukan oleh pasangan.
Namun mungkin kerana merasa diri mereka terancam dan terdesak dengan surat terbuka ini, post yang ditulis oleh Dr Ilyani yang mendapat 4 k likes dan 2.7 k share serta 200 komen telah ditutup oleh pihak FB selepas aduan dilakukan oleh golongan ini. Namun “perjuangan” doktor ini tidak menemui penamatnya kerana ia direpost kembali oleh rakan-rakan seperjuangannya.
Lihat juga respon-respon dilakukan oleh masyarakat yang mengutuk golongan ini. Video yang dibuat secara terbuka oleh Akmal Dahalan yang mengakui videonya sudah di delete kerana keterbukaannya bercakap mengenai isu LGBT ini.
https://www.facebook.com/bendahara.alamwarisan/videos/1868300483213052/
Baru Sehari Sampai Mesir! Pelajar Malaysia Meninggal & Dimakamkan Di Tanah Perkuburan Para Auliyak
Innalilahiwainailaihirojiun.
Baru sehari pulang ke Mesir untuk menyambung pengajian selepas enam bulan bercuti di Malaysia memberikan berita sedih buat ahli keluarga Nurul Huda binti Mohd Shulaudin.
Allahyarham dikatakan bertolak pada hari Rabu dan dan sampai ke Mesir pada keesokkan harinya namun pada hari Jumaat yang mulia, dua hari lalu pelajar ini telah menghembuskan nafas terakhirnya Hospital Rabaah, Kaherah, Mesir pada jam di jam 7.27pagi (waktu Mesir).
Dari perkongsian ramai para sahabatnya kematian Nurul Huda cukup dicemburui kerana dirinya dikebumikan di Makam para auliyak di Mesir. Malah dari video dikongsikan memperlihatkan betapa ramainya yang “menyambut”” jenazahnya, seakan dimuliakan.
Dari satu perkongsian dari sahabatnya, Siti NurSarah binti Kusnin menyaksikan allahyarham tidak pernah melupakan solat tahajud setiap malam dan lebih istimewa allahyarham seorang yang bibirnya sentiasa basah dengan zikir selain begitu mementingkan agama dalam kehidupannya.
Baca perkongsian dari sahabatnya.
Terpanggil untuk menulis. Kematian kali ini sungguh istimewa bagi semua, bagai dibaratkan sepasang ibu bapa melepaskan anak pergi menghadap Syurga. Itulah yang terpapar daripada kisahnya begitu halus Allah atur. Indah tak terkata. Terkejut pun ada, hingga kata kata terakhir adalah macam tak percaya.
Apabila baru sehari kembali berpijak langkah untuk meneruskan baki pengajiannya di Mesir. Dia disahkan meninggal dunia. Selepas mengadu sedikit sesak nafas. Mungkin itulah ajalnya. Namun bagi ibu bapa sudah pasti merelakan perpisahan itu dibaratkan melepaskan anak mereka untuk ke Syurga. Syurga ilmu. Syurga mujahadah.
Setelah hampir 6 bulan bersama cuti di Malaysia. Rindu sudah pasti sedikit terubat setelah 2 tahun tidak balik ke Malaysia. Melepaskan anaknya di airport baru ini mungkin amat mengujakan. Gembira sudah pastinya. Anak nak sambung pengajiannya. Nak jadi alimah.
Tapi itulah janji Allah saat ajal sudah tiba. Allah menjemputnya dengan sangat teliti. Ibarat menyambut kedatangan jasad arwah dengan sangat baik. Disemadikan di bumi Para Ambi’ak. Malah paling istimewa arwah dikembumikan di sekitar maqam para auliyak. Masyaallah.
Apa yang dilihat, amalan arwah sangat luar biasa. Amalan Sunatnya dia jaga rapi. Apatahlagi amalan wajib sudah semestinya lebih lagi.
Melalui pengalaman kami bermusafir ke Kelantan selepas berkaurantin di Hotel Ibis KL.
Sepanjang perjalanan itu saya diberi kesempatan berada di seat sebaris dengan arwah. Dia duduk ‘double seat’ . Saya seat single ditengah dikosongkan untuk sosial distancing. Apa yang dilihat amalannya sungguh menakjubkan.
1) Melazimi Ratib Al-Haddad.
2) Suka berqasidah sepanjang perjalanan.
3) Tasbih sentiasa di tangan.
Paling terkejut apabila tahu dari status cerita kawan kawannya, arwah merupakan seorang yang sangat suka LAZIMI TAHAJJUD. Jarang miss.
4) Suka berdamping dengan al-Quran.
5) Solat awal waktu berjemaah di Surau Wisma.
Maka tidak dinafikan pemergiannya ada satu rahmat kepada keluarganya. Mendapat sinar gembira anaknya dimasukkan ke Syurga.
Itulah yang disebutkan oleh Rasulullah
من عاش على الشيء مات عليه
Siapa yang hidup di atas sesuatu kebaikan, matinya di atas kebaikan yang dia suka lakukan.
وكفى بالموت واعظة
Cukuplah kematian itu pengajaran kepada kita.
من خرج في طالب العلم كان في سبيل الله حتى يرجع
Sesiapa yang keluar dalam menuntut ilmu maka dia berada dalam jalan Allah sehingga dia pulang.
من أحب الشيء بعث عليه
Sesiapa yang menyukai sesuatu diakan dibangkitkan dengan kesukaannya.
عليكم بقيام الليل فإنه من دأب صالحين من قبلكم
Wajib(sunat muaakad) ke atas kamu berqiamullail. Sesungguhnya Qiamullail itu jejak langkah orang soleh sebelum kamu.
Kata ulamak, siapa yang suka berkhidmat untuk agama dan apa yang kita suka itulah kita akan mati. Kita akan mati dimana kita suka berulang alik. Kalau berulang alik ke masjid ditengah tengah tu kita akan mati. Kalau ke tempat mengaji begitulah juga.
Begitulah kisah Sahabat Nabi SAW, Saidaina Umar mati dibunuh ketika solat. Saidina Othman, mati ketika membaca Al-Quran. Kerana amalan yang paling mereka suka buat itulah membentuk kematian yang mereka ukir.
Bukti kematiannya dicemburui ramai,
Meninggal di pagi Jumaat. Dikebumikan di sekitar maqam auliyak yang mana tidak pernah lagi pelajar Malaysia di kebumikan di situ. Meninggal semasa berkelana sedang bermusafir mencari ilmu di bumi Ambi’ak.
Berdasarkan hadis Nabi,
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَو لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ القَبْرِ
“Tidak ada seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan dibebaskan oleh Allah SWT daripada fitnah (azab) kubur”.
مَنْ مَاتَ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَوْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أُجِيْرَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ وَجَاءَ يَوْمَ القيامةِ وَعَلَيْهِ طَابِعُ الشُّهَدَاءِ
“Barangsiapa yang mati pada malam Jumaat atau hari Jumaat akan dibebaskan daripada azab kubur dan akan datang di hari Kiamat dan padanya tanda sebagai seorang yang syahid”.
Siapa yang menyaksikan kematian di depan mata dan mengambilnya sebagai pengajaran dalam meneruskan kehidupan dirinya dan mengamalkan kebaikan yang disebutkan merekalah golongan yang beruntung.
Namun bagi siapa yang tahu kematian itu bakal tiba,tapi hanya sekadar tahu tidak berfikir untuk berubah jadi baik. Maka dia adalah orang yang paling bodoh sekali.
Kerana disebutkan dalam Hadis,
"Orang yang cerdik adalah yang melawan nafsunya dan beramal untuk kehidupan setelah kematian, sedangkan orang bodoh adalah yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan kepada Allah dengan pelbagai angan-angan."
إنا لله وإنا إليه راجعون
Pelajar Malaysia Di Imperial College London Ditemui Meninggal Di Tasik Hyde Park
Innalillahi wa Innalillahi Rojiun.
Seorang pelajar Malaysia berusia 24 tahun telah ditemui mati dalam sebuah tasik di The Serpentine, Hyde Park United Kingdom, semalam.
Remaja yang telah dikenal pasti sebagai Muhammad Hafiz itu merupakan pelajar pintar di Imperial College London berdasarkan kad pelajar pada badan mangsa.
Setelah anggota polis menerima laporan panggilan dari tasik berkenaan pada jam 5.51 pagi semalam, mereka bergegas ke lokasi kejadian dan tiba tujuh minit kemudian bersama servis paramedik London Ambulance.
Penyiasatan masih dijalankan terhadap kes ini kerana punca kejadian masih tak dapat dikenal pasti.
Dalam pada itu, Muhammad Hafiz juga merupakan anak kepada penyunting bersekutu Malay Mail iaitu Zainal Epi.
Menurut beliau, kali terakhir dia berjumpa dengan anak bongsunya yang menuntut dalam jurusan kimia itu adalah pada bulan September tahun lalu.
“Saya menerima panggilan daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London pada 2.30 pagi tadi. Seperti pihak berkuasa di sana, saya sendiri tidak pasti apa yang telah terjadi. Hanya setelah mereka mendapatkan identiti arwah, barulah mereka membuat panggilan kepada saya.
“Saya akan terbang ke sana pada esok hari bersama ahli keluarga (isteri dan 2 anak) yang lain,” kata beliau ketika ditemui rakan sekerja di Malay Mail.
“JPA sedang melakukan persiapan untuk kami setelah tiba di sana.”