
Isi Kandungan
ToggleBila beli handphone secara online, kadang timbul rasa was-was sama ada handphone tu original atau refurbished. Iye la, jual harga ori takkan dapat phone yang pernah orang guna. Siapa tak tension kan?
Fyi, refurbished ni bukan bermakna handphone tu tak original dan ia juga bukanlah handphone secondhand. Untuk lebih mudah faham, set handphone refurbished adalah telefon bimbit yang telah digunakan tetapi mempunyai minor problem yang tak melibatkan motherboard atau handphone yang digunakan hanya untuk sementara waktu.
Jadi, Remaja nak kongsi kan cara macam mana nak tahu sama ada iPhone yang korang beli tu original (retail) atau refurbished.
1. Setting
2. General
3. About
4. Serial number
5. Lihat pada model number
Panduan:
Jika huruf pertama adalah ‘M”, maka iPhone korang original (retail) model, tapi kalau huruf pertama adalah “N”, maka ia adalah refurbished set.
Ok boleh try sekarang.
5 Pulau Cantik Kurang Popular, Jom!

Isi Kandungan
ToggleTak popular tak bermakna tak cantik uols!
Bagi kaki travel yang masih belum tahu akan kewujudan lima buah pulau cantik ni, apa kata korang plan awal-awal untuk mengunjunginya pada masa terdekat.
Mesti tak menyesal punya.
1.Pulau Bohey Dulang, Semporna
Merupakan pulau terbesar daripada lapan pulau di Taman Marin Tun Sakaran. Pulau Bohey Dulang terbentuk daripada letusan gunung berapi jutaan tahun dahulu.
Korang juga akan mendapati yang Pulau Bohey Dulang mempunyai spesis batu karang dan ikan terbanyak di dunia lalu menjadikan ia sebuah pulau yang penuh pesona dan mengagumkan.
Aktiviti yang wajib dilakukan sewaktu berada di pulau ini adalah snorkelling, selam skuba dan mandi-manda bersama pelbagai jenis ikan.
TIP: Sewa snorkelling sekitar RM10 tetapi makanan tak disediakan. Lebih baik kalau korang prepare makanan ringan dari awal.
2.Pulau Tenggol, Dungun
Mungkin pulau ini tidak sepopular Pulau Redang atau Pulau Perhentian tetapi ia merupakan pulau tumpuan bagi peminat skuba di seluruh dunia.
Lebar Pulau Tenggol ini lebih kurang dua hingga tiga kilometer sahaja. Pantainya juga pendek dan sangat landai. Apa yang menarik di sini adalah persisiran pantai yang cantik serta keindahan dasar lautnya yang cukup mengagumkan.
Kalau boleh, kunjungi pulau ini antara bulan Julai dan September kerana korang berpeluang untuk melihat kehadiran ikan yu dan pari besar yang sedang makan plankton dan udang kecil.
TIP: Kadar sewa bot untuk 6 hingga 10 orang penumpang adalah lebih kurang RM600 – RM650 sehari. Jadi lebih baik jika satu bot dikongsi beramai-ramai.
3.Pulau Kapalai, Semporna
Sebuah lagi pulau dari Sabah! Pulau Kapalai tersembunyi di antara Pulau Sipadan dan Pulau Mabul. Ia terletak di atas batu-batu karang yang dikenali sebagai Ligitan dan merupakan syurga bagi penggemar sukan skuba dan snorkeling.
Bagi pasangan yang baru berkahwin, Pulau Kapalai adalah destinasi yang sesuai untuk berbulan madu dek kerana kecantikannya.
TIP: Perhatikan kepada kadar caj tiket penerbangan. Jika bertuah, korang boleh mendapatkan tiket serendah RM196 termasuk tax dan fuel surcharge untuk dua orang ke Tawau.
4.Pulau Aur, Mersing
Terletak kira-kira 76 kilometer dari bandar Mersing, Pulau Aur merupakan pulau yang paling jauh daripada tanah besar. Keindahan pantai serta pasirnya yang halus memutih sudah cukup membuatkan hati terpaut.
Bagi penggemar aktiviti snorkeling, pasti kamu tidak akan jemu menyaksikan keindahan dasar laut yang dihuni pelbagai spesis ikan dan terumbu karang.
TIP: Bagi korang yang sukakan cabaran ekstrem, bolehlah cuba mendaki ke Batu Cina yang memakan masa kurang sejam pendakian. View dia, terbaik!
5.Pulau Mataking, Semporna
Pulau Mataking terletak 40 minit dari Semporna dan 45 minit dari Sipadan. Kawasan menyelam yang paling terkenal di sini adalah Magic Rick, Alice Wall dan Mantis Ree.
Malah, kamu juga boleh melihat hidupan laut dengan lebih dekat seperti barracuda, tuna, pari dan banyak lagi. Pantainya yang cantik menjadi tarikan pengunjung yang ingin berjemur di bawah sinaran matahari.
TIP: Dari bulan Mei ke Ogos (sempat lagi ni!), antara keunikan yang ada di Pulau Mataking adalah kehadiran penyu hijau dan penyu karah (Hawksbill) yang menetas di pantai.
Kisah Upin Ipin Sekali Lagi Trending, Kali Ini Kerana Arwah Ibu Bapa Kembar

Kejayaan produksi Les’ Copaque menduduki tangga ketiga video paling popular di kalangan penonton YouTube Malaysia pada saat ini adalah kerana plot cerita musim ke-14 itu yang semakin menarik.
Sekiranya di awal musim, Upin Ipin menjadi tular disebabkan mulut salah satu karakternya, Fizi yang ‘tidak ada insurans’. Kali ini, ramai pula yang bertukar sedih dengan episod yang diberi judul ‘Kain Merah’ ini.
Sehingga kini, video tersebut telahpun mencecah lebih 13 juta tontonan.
ARTIKEL BERKAITAN : “Tak Makan Saman..” Fizi Buat Hal Lagi, Kali Ini Body Shaming Pula – REMAJA
Rata-rata komen di media sosial Les’ Copaque dibanjiri dengan perasaan menyayat hati sehinggakan ada penontonnya yang menitiskan air mata. Ini jelas adalah sesuatu yang membanggakan kerana tidak selalu animasi tempatan berjaya membuahkan impak sebegini.
*
‘Kain Merah’ mengisahkan fabrik berwarna merah milik Ipin yang diterbangkan oleh angin.
Ia merupakan fabrik yang diwariskan oleh arwah ibunya dan disebabkan itulah, Ipin menjadi sedih. Demi mengelakkan kesedihan Ipin berterusan, kembarnya Upin memberikan kain merah miliknya.
Ketika di bahagian akhir episod tersebut, team Upin Ipin mengambil peluang memaparkan bahagian ‘flashback’ ibu bapa mereka tanpa menunjukkan wajah. Kelihatan ibunya sedang menjahit kain merah yang kini menjadi milik Upin dan Ipin.
Hanya suara yang menjadi ingatan kepada pasangan kembar itu akan arwah ibu bapa mereka.
Untuk pengetahuan, episod kali ini bukan sekadar trending di YouTube di Malaysia saja. Malah di Indonesia, ia menjadi tular di stesen televisyen Indonesia, MNCTV yang menayangkannya. Pergh, hebat!
Jika korang belum menontonnya, klik pautan video di bawah okay.
Tidak Sampai 3 Bulan Umum Bercinta, Jisoo BLACKPINK ‘Officially Single’ Setelah Putus Dengan Pelakon Ahn Bo Hyun

Beberapa bulan selepas mereka diumumkan bercinta, bintang pop Korea Jisoo dan pelakon Ahn Bo-hyun telah memutuskan untuk menamatkan hubungan mereka. Hal ini telah disahkan oleh agensi ahli BLACPINK tersebut, YG Entertainment.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Plot Twist Habis…..” – Jisoo BLACKPINK Rasmi Bercinta Dengan Pelakon Terkenal, Ahn Bo Hyun
“Memang benar bahawa Jisoo dan Ahn Bo Hyun sudah berpisah,” kata agensi BLACKPINK.
“Hubungan Jisoo dan Ahn Bo Hyun secara semula jadi menjadi renggang kerana jadual mereka yang padat, dan baru-baru ini mereka telah berpisah,” menurut sumber dalaman kepada JTBC Entertainment News.
Sebelum ini, seisi dunia dikejutkan dengan berita mereka bercinta yang turut disahkan oleh YG Entertainment pada bulan Ogos lepas.
“Mereka sedang mengenali satu sama lain dengan niat yang baik. Kami amat menghargai jika anda sentiasa memerhatikan mereka,” jelas YG Entertainment dalam kenyataan mereka terdahulu.
“Ahn Bo Hyun dan Jisoo sedang dalam peringkat untuk mengenali satu sama lain dengan perasaan yang baik. Kami harap anda melihat mereka dengan mesra,” menurut kenyataan dari FN Entertainment pada bulan Ogos lepas.
Menjenguk ke reaksi para peminat pula, majoriti terkejut dengan berita tersebut dek kerana tempoh percintaan yang terlalu singkat.
“Terlalu awal? Bukan mereka sahaja baru bercinta ke?” komen peminat.
“Apa punca perpisahan ini? Terlalu drastik sekali…..” komen warganet lain.
“Jisoo berhak dapatkan lelaki yang lebih baik,” jelas peminat lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: DISPATCH