Sesetengah individu, mereka tidak pasti jenis kulit sendiri sama ada normal, kering, berminyak atau mempunyai kombinasi kulit.
Dah jadi masalah pula bila nak pilih skincare yang sesuai untuk kulit. Bila beautician tanya jenis kulit, mula la terpinga-pinga.
Jangan terkejut sebab memang ada perempuan yang memang tidak peka tentang kulit mereka.
Nah, kalau korang pun masih confused, berikut ada satu cara mudah yang diajar oleh Herry Rozular untuk mengenali jenis kulit dengan hanya menggunakan tisu.
Cuci muka bersih-bersih, 3 atau 4 jam, selepas tu ambil tisu dan koyakkan kepada 4 bahagian. Kemudian, tepek pada dahi, hidung dan dagu.
Ads
Senang je kan?
So, macam mana nak tahu sama ada kulit korang tu normal, kering, berminyak atau combination skin, rujuk kenyataan di bawah:
1. Kulit normal
Ads
Keempat-empat tisu tadi tak melekat sekejap saja, lepas tu jatuh dan tak melekat dah. Tak pun, kalau kulit nampak biasa tak ada menggelupas, tak bersinar apa semua, pori tak nampak, tu tandanya kulit korang normal.
2. Kulit kering
Tisu-tisu tadi tak melekat langsung. Baru je nak letak, terus jatuh. Kulit pun nampak menggelupas, kasar dan kusam.
Ads
3. Kulit berminyak
Keempat-empat tisu tersebut melekat dan tak jatuh. Selepas 3 atau 4 jam cuci muka, nampak berkilat sebab minyak. Kalau sentuh memang dekat jari tu terasa ada minyak. Pori pun nampak jelas terbuka.
4. Combination skin
Tisu hanya melekat di dahi, hidung dan sesetengah kes ada juga melekat pada dagu tapi tak di pipi. Boleh tengok pada hidung berkilat ada minyak dan kering sangat-sangat. Itu maknanya combination skin.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah lebam pada bawah mata atau lebih popular dikenali sebagai eyebag sering mendatangkan kegusaran terutamanya kepada golongan perempuan. Dengan penampilan mata seakan ‘bengkak’ sudah tentu menjadikan wajah tampak lebih kusam.
Eyebag sering berlaku kerana tidak cukup tidur dan rehat. Namun masalah ini boleh dikurangkan dengan melakukan beberapa cara, termasuklah secara alami atau menggunakan produk penjagaan wajah.
Biasanya, ramai yang menggunakan petua secara alami seperti meletakkan timun atau uncang the pada bahagian mata, namun kali ini kami nak kongsikan cara hilangkan eyebag menggunakan vaseline.
Mesti ramai yang tidak tahu bahawa jeli petroleum juga boleh mengurangkan masalah eyebag kan? Petua ini pernah dikongsi oleh dieyaamolek dan jom kita lihat bagaimana dia melakukannya.
Fesyen dan Anugerah Juara Lagu sememangnya berpisah tiada.
Sepanjang penganjuran Anugerah Juara Lagu (AJL) selama 38 edisi, pelbagai jenis fesyen dan gaya solekan pernah mewarnai pentas berprestij industri muzik tempatan itu. Rata-rata edisi pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu dua gaya ikonik yang akan kekal diingati dan disebut-sebut biarpun bertahun-tahun telah berlalu. (Hello gaun hati berlampu Ramlah Ram dari Juara Lagu 1988!).
Edisi ke-38 yang baru sahaja melabuhkan tirainya 3 Mac lalu tidak terkecuali apabila beberapa fesyen unik yang digayakan oleh para pesertanya berjaya mencuri perhatian sehingga menjadi topik perbualan tular di media sosial.
Antara yang diperkatakan tentulah gaya menyerlah pelantun lagu Astana, Ernie Zakri yang juga merupakan persembahan penutup penuh gemilang.
Seperti tahun-tahun sudah, Ernie kekal setia dengan pereka fesyen duo, AMAZE bagi melunaskan gayanya di pentas AJL. Namun kali ini, Ernie tampil sedikit berbeza apabila persalinan serba merahnya dengan perincian lipatan fabrik (pleats) bukan hanya tampak elegan lagi menyelesakan.
Bahkan, gaya Ernie juga disebut-sebut dek aksesori berbentuk ‘hijab helmet’ dengan perincian manik kemas bagi melengkapi konsep sebagai pahlawan wanita yang bersedia untuk berjuang.
Ketika dihubungi REMAJA, penata gaya hijabnya, Nazrul Anas yang lebih mesra dengan pena media sosialnya, @nazlivingastyle berkongsi bahawa persalinan kali ini adalah buah minda Ernie sendiri baik dari segi baju, solekan hinggalah ke gaya hijabnya.
Utus pemenang kategori Vokal Terbaik AJL ke-32 dan AJL ke-35 itu, beliau ingin tampil ibarat pahlawan feminis dan seorang goddess di atas pentas. Ia bersesuaian dengan mesej Astana yang mengajak wanita agar bangkit semula, ibarat burung phoenix yang mengepakkan sayapnya dari celahan abu yang membukit.
“Input yang diberikan Ernie cukup mudah, beliau ingin tampil seperti pejuang. Busana oleh AMAZE sendiri sudah sarat dengan elemen warrior seperti perincian tali di bahagian hadapan. Jadi saya gabungkan pula dengan hijab ala topi gladiator. Begitulah idea wanita yang bersedia untuk berjuang untuk nasib kehidupannya.
“Ia merupakan intepretasi visual agar Ernie kelihatan gagah namun masih memberikan keselesaan maksimum untuknya beraksi,” kata Naz.
Nazrul Anas a.k.a @nazlivingastyle.
Menariknya, gaya hijab ini merupakan prototaip kedua yang diusulkan Naz bersama pasukannya selepas prototaip hijab pertama ditolak Ernie demi tidak menjentik sensitiviti masyarakat.
“Glam team Ernie menolak prototaip pertama secara baik kerana tidak mahu mengundang cemuhan. Prototaip untuk menampilkan hair extension dari bahagian atas helmet.
“Memandangkan Ernie merupakan seorang selebriti berhijab, elemen rambut palsu ini dilihat tidak bersesuaian dengannya. Seperkara lagi, ia sedikit over-the-top lalu menganggu gerak-gerinya nanti. Oleh itu, kami usulkan prototaip kedua dan ia merupakan padanan sempurna buatnya,” ujar Naz lagi.
Fun fact! ‘Hijab helmet’ tersebut disiapkan sehingga ke detik-detik terakhir sebelum Ernie melangkah naik ke pentas demi mendapatkan ukuran terbaik dari segi diameter kepalanya dan bahagian ‘inner ninja’ yang menutupi lehernya.
“Nasib baiklah Ernie menutupi AJL tempoh hari. Oleh itu, kami mendapat kelebihan masa yang lebih panjang untuk menyiapkannya for last touch ups.”
Menyentuh mengenai hubungan profesionalnya dengan Ernie Zakri sebagai penata gaya hijab, Naz bersyukur Ernie sentiasa memudahkan proses dari A-Z apabila mendapatkan perkhidmatannya.
“Kita rasa appreciated bila bersama Ernie dan pasukannya.”
“Tidak kiralah apa juga keputusan AJL yang diterimanya, seluruh pasukan Ernie akan selalu merasa puas kerana setiap individu telah memberikan kudrat sehabis baik.
“Beliau selalu memesan kepada kami to always do what you love and spread positivity. It is always fun to be a part of her team,” simpulnya.
Dalam perkembangan lain, Naz kini bersiap sedia untuk dua buah projek berskala besar yang bakal menjelang iaitu konsert Aina Abdul Bersama MPO (11 Mei) dan Ziana Zain Konsert 2024 (25 Mei).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jenama solek tempatan BeauTyra baru-baru ini mengumumkan dalam mesej ringkas di media sosial bahawa mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada pembeli selepas lima tahun dalam perniagaan kosmetik dan wangian.
Pagi ini, pengasasnya, Tyra Kamaruzzaman, mengumumkan di Twitter bahawa ia akan memulakan perjalanan transformasi dan tidak akan lagi menjual produk solek ikoniknya.
Walaupun BeauTyra tidak mengesahkan sebab keputusan mendadak itu diambil, jenama itu mengakui bahawa ia memainkan peranan penting dalam kehidupan ramai wanita muda yang ingin kelihatan cantik dan manis.
“BeauTyra bukan sekadar jenama solekan. Ia memegang nilai sentimental yang kuat bukan sahaja kepada saya, tetapi kepada ramai orang lain di luar sana. Produk kami bukan sahaja kelihatan cantik di atas meja solek, ia memegang banyak kisah ramai orang yang suka membuat diri mereka kelihatan lebih cantik daripada yang sedia ada.
“Dengan berat hati kami mengucapkan selamat tinggal kepada produk solek yang menentukan diri anda dan kehidupan anda dengan cara tertentu,” tulis pengasasnya dalam satu kenyataan.
Tyra juga mengakui bahawa jenama itu telah dipuji ramai pihak kerana memperjuangkan ‘inclusivity’ sejak penubuhannya
“Saya berbangga untuk mengatakan bahawa selama bertahun-tahun, kami kekal dengan apa yang kami percaya dan kami semakin gemar meletakkan nilai ‘inclusivity’ tersebut dalam perkara yang kami cipta,” kata Tyra.
Sejak diperkenalkan pada 2018, BeauTyra telah mengeluarkan beberapa barangan solekan yang terbukti popular di kalangan pelanggannya, termasuk body mist, gincu dan pemerah pipi, yang kesemuanya tidak akan dijual lagi.
Jenama itu juga menjadi tajuk utama tahun lepas apabila mengumumkan kerjasama rasmi dengan Disney dalam mengeluarkan barisan produk kosmetik mereka sendiri.
Aloooo….min dahlah suka sangat produk Beautyra! Agak-agaknya kenapa eh mereka tutup perniagaan? Kalian rasa sebab apa?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Beautyra
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...