Cara Nak Tahu Jenis Kulit Muka Dengan Hanya Guna Tisu

Share

Sesetengah individu, mereka tidak pasti jenis kulit sendiri sama ada normal, kering, berminyak atau mempunyai kombinasi kulit.

Dah jadi masalah pula bila nak pilih skincare yang sesuai untuk kulit. Bila beautician tanya jenis kulit, mula la terpinga-pinga.

Jangan terkejut sebab memang ada perempuan yang memang tidak peka tentang kulit mereka.

Nah, kalau korang pun masih confused

, berikut ada satu cara mudah yang diajar oleh Herry Rozular untuk mengenali jenis kulit dengan hanya menggunakan tisu.

Cuci muka bersih-bersih, 3 atau 4 jam, selepas tu ambil tisu dan koyakkan kepada 4 bahagian. Kemudian, tepek pada dahi, hidung dan dagu.

Senang je kan?

So, macam mana nak tahu sama ada kulit korang tu normal, kering, berminyak atau combination skin, rujuk kenyataan di bawah:

1. Kulit normal

Keempat-empat tisu tadi tak melekat sekejap saja, lepas tu jatuh dan tak melekat dah. Tak pun, kalau kulit nampak biasa tak ada menggelupas, tak bersinar apa semua, pori tak nampak, tu tandanya kulit korang normal.

2. Kulit kering

Tisu-tisu tadi tak melekat langsung. Baru je nak letak, terus jatuh. Kulit pun nampak menggelupas, kasar dan kusam.

3. Kulit berminyak

Keempat-empat tisu tersebut melekat dan tak jatuh. Selepas 3 atau 4 jam cuci muka, nampak berkilat sebab minyak. Kalau sentuh memang dekat jari tu terasa ada minyak. Pori pun nampak jelas terbuka.

4. Combination skin

Tisu hanya melekat di dahi, hidung dan sesetengah kes ada juga melekat pada dagu tapi tak di pipi. Boleh tengok pada hidung berkilat ada minyak dan kering sangat-sangat. Itu maknanya combination skin.

Published by
Noor Ain Norman