Di Malaysia, terdapat pelbagai restoran dan makanan Korea yang berada di pasaran, mungkin kerana permintaan yang tinggi di kalangan masyarakat kita. Pengaruh Korea memberi impak yang besar, bukan hanya filem dan drama, malah makanan negara tersebut juga turut menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Namun begitu, dalam keghairahan mencuba segala makanan Korea yang ada di Malaysia, sebagai umat Islam kita wajib untuk memastikan sama ada makanan yang dijual itu halal atau tidak. Antara makanan popular Korea yang menjadi kegemaran ramai adalah ramen.
Walaupun hanya mi segera, kita perlu tahu sama ada kandungan yang terdapat pada ramen itu boleh dimakan atau tidak oleh umat Islam.
Sehubungan dengan itu, personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim telah berkongsi satu informasi berguna yang boleh dijadikan panduan sebelum membeli ramen di pasar raya.
Ramai yang bertanya kepadanya sama ada produk ramen di Korea itu halal atau tidak, macam mana nak tengok bahan mengandungi ‘pork’ atau tidak.
Perkataan ini bermaksud ‘Pork Meat’. Lihat di belakang packaging mesti korang tak faham bahasa Korea kan? Di mana pula label bahan-bahan? Kalau ada bahasa Inggeris okay lagi la kan.
Ok apa yang korang boleh buat, di belakang packaging ada satu label dalam kotak iaitu bahan-bahan dan setiap produk Korea dalam label bahan itu ada perkataan “돼지고기”, maksudnya jangan lah beli kecuali korang non-muslim.
Manakala 쇠고기 (Sogogi) pula maksudnya Daging Lembu. Tapi macam mana pula kalau “돼지고기” (Pork Meat) tu ada di bahagian lain, bukan dalam label bahan-bahan?
Jawapannya mudah, produk itu tiada pork tetapi kilang yang memproses produk itu juga memproses makanan lain yang mengandungi pork.
So boleh ke makan produk yang dihasilkan oleh kilang proses pork itu? Formula mudah, peralatan memproses di kilang itu kita tidak tahu sama ada mereka campurkan atau tidak dan bila ada rasa was-was, tinggalkan. Kalau nak makan juga, itu tanggungjawab sendiri.
Ryzal juga menegaskan bahawa kaedah ini bukan hanya itu ramen sahaja, produk-produk lain seperti coklat, chewing gum, kerepek, sos dan banyak lagi pun turut guna kaedah yang sama untuk melihat kandungan dalam produk-produk tersebut.
Tambahnya lagi, produk yang ada tanda Halal sama ada KMF (Korea Muslims Federation) atau JAKIM tidak perlu diragui kerana selalunya bahan-bahan disediakan dalam bahasa Inggeris. Namun, pastikan juga kilangnya itu tidak memproses makanan tidak halal.
Informasi yang dikongsi oleh Ryzal ini sangat berguna lebih-lebih lagi untuk individu yang gemar makanan Korea. Di pasar raya, bukan semua produk tidak halal diletakkan di bahagian ‘non-halal’ kerana ia menjadi tanggungjawab pengguna untuk memeriksa sendiri.
Semoga informasi ini memberi manfaat buat semua. Ingat, sebagai orang Islam kita perlu memastikan bahawa produk yang dibeli itu halal untuk dimakan.
Sumber: (1)