Sudahkah korang mendaftar untuk permohonan mendapatkan suntikan vaksin? Nah, bagi golongan belia dan dewasa sudah tentu ia tidak mendatangkan kesukaran kerana korang hanya perlu mendaftar dengan mudah melalui aplikasi MySejahtera.
Namun begitu, sekiranya korang mempunyai tanggungan seperti ibu bapa yang sudah berumur, jika mereka tidak mempunyai aplikasi tersebut, mereka boleh didaftarkan melalui laman web khas di www.vaksincovid.gov.my
Maklum sahaja bila sudah berumur, bukan semuanya peka dan tahu menggunakan gajet, jadi tidak hairanlah sekiranya ada dikalangan ibu ayah atau datuk dan nenek yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera.
Selain itu, ada tiga kaedah manual lagi yang boleh digunakan untuk mendaftar permohonan vaksin, iaitu dengan menghubungi talian hotline (dimaklumkan kelak), hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman (Sinar Harian
).Tapi, kali ini kami nak tunjukkan kepada korang tutorial untuk mendaftar melalui laman web khas itu. Senang sahaja.
Masuk ke laman web www.vaksincovid.gov.my, kemudian isikan maklumat peribadi seperti berikut.
Selepas itu, klik hantar.
Mudah sahaja kan?
Jika masih ada ibu ayah atau datuk dan nenek yang belum mendaftar, daftarkan segera kerana fasa kedua program vaksinasi COVID-19 akan mensasarkan warga emas berusia 65 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi seperti obesiti, diabetes dan pesakit darah tinggi.
Daftarkan ibu bapa korang segera supaya mereka mendapat keutamaan untuk mendapat perlindungan daripada jangkitan.
Sumber: Public Health Malaysia