Cara Paling Mudah Untuk Korang Beri Infaq Barangan Dapur Tanpa Perlu Keluar Rumah

Share

Isi Kandungan

Toggle

Masyarakat Malaysia nampaknya sudah terbiasa dengan kehidupan norma baharu kerana dalam situasi pandemik seperti ini, banyak syarikat atau pengusaha yang menawarkan perkhidmatan penghantaran barang runcit terus ke rumah. Tidak perlu keluar rumah, pelanggan boleh membuat pembelian secara online bagi mengehadkan pergerakan.

Menurut perkongsian yang telah dibuat oleh AidaSue di laman Twitternya, kini korang boleh memesan barangan dapur untuk keluarga yang berada jauh dari korang tanpa perlu keluar rumah. Selain itu, korang juga boleh membeli barangan dapur tersebut untuk diinfaqkan kepada golongan yang tidak berkemampuan.

Bagaimana caranya?

Jom kita lihat perkongsian berikut:

Cara 1

Kalau korang nak tahu, Shopee ada menjual set infaq yang berharga paling murah RM10. Kemudian, set ini akan diberikan terus ke rumah anak yatim, tahfiz, asnaf dan masjid.

Cara 2

Set combo bujang ni berharga RM23. Kalau korang yang duduk di asrama atau pun tinggal di rumah sewa, set ini antara yang mudah untuk didapati. Hantarkan sahaja ke alamat penerima.

Cara 3

Ini pula set infaq atau nak hantar pada keluarga sendiri pun boleh. Ada beberapa set yang ditawarkan. Bagi penghantaran dengan tujuan infaq, mereka akan menghantar gambar bukti apabila barangan sudah diserahkan kepada penerima yang layak.

Set ini pula siap ada beras. Boleh bagi pada penerima dan disedekahkan pada yang memerlukan.

Mudah sahaja kan kalau korang nak bersedekah sebenarnya? Bagi yang berkemampuan, apa salahnya kita menghulurkan sedikit bantuan kepada yang memerlukan. Mungkin dengan pertolongan tidak seberapa ini yang akan menjadikan rezeki korang bertambah murah. Betul tak?

Sumber: Twitter AidaSue

Published by
Noor Ain Norman