Rasanya ramai yang boleh memandu kereta, baik lelaki mahu pun perempuan, namun tidak semua sedar tentang cara pemanduan mereka sebenarnya boleh mengundang masalah.
Salah satunya adalah tabiat salah pemandu yang biasa dilakukan boleh menjadi sebab kereta korang cepat rosak.
Ha, mesti korang nak tahu kan?
Berikut merupakan antara beberapa cara pemanduan yang korang harus elakkan kalau tak nak kereta bermasalah dikemudian hari.
Ramai yang bila turun bukit akan selalu tekan brek untuk perlahankan kereta. Tapi ini boleh membuatkan haba terkumpul dekat brek dan rotor sampai cepat haus. Malah, berisiko tinggi untuk berlaku masalah panas melampau (overheat
) atau meleding (warp).Kalau korang selalu drive masa tangki kosong atau dah nak kosong, ia boleh menyebabkan pam minyak cepat rosak. Biasakan diri isi semasa minyak tinggal dua bar atau lagi suku nak habis.
Tabiat ini selalu dilakukan oleh individu yang pandu kereta manual. Mereka akan pijak clutch ketika memandu dan ini boleh menyebabkan clutch cepat haus serta boleh merosakkan bearing rilis, lengan rilis dan plat tekanan.
Mesti guna brek tangan walaupun korang parking atas jalan raya. Kalau tak, berat kenderaan akan ditampung oleh besi kecil yang dipanggil sebagai tuas parking (parking pawl) dan boleh hauskan besi tersebut.
Untuk pemandu kereta auto, masa keluar parking atau apa-apa saja, korang jangan terus pecut lepas tukar gear R ke gear D. bagi masa dalam 2-4 saat. Ini untuk mengelakkan enjin, transmisi dan gear rosak.
Kebiasaannya, pemandu suka rev enjin sebab nak cepat panaskan kereta. Korang tahu tak sebenarnya perkara ini boleh tinggikan tekanan dalam komponen kereta lepas tu senang rosak. Sabar. Korang hanya perlu ambil masa 60 saat je untuk panaskan enjin tu.
Kalau dah selalu pecut, mesti korang akan tekan brek mengejut. Tolong jangan buat. Pecut drastik ni lagi banyak guna minyak. Brek mengejut pula cepat hauskan pad pada rotor brek.
Selalu orang yang bawa kereta manual akan buat macam ni. Satu tangan di gear, satu lagi tangan pegang stereng. Tabiat ini banyak beri tekanan pada bushing
transmisi dan synchronizer. Ini boleh membuatkan gear box cepat rosak.Makin berat kereta, makin banyak tekanan atas drivetrain, suspensi dan brek. Minyak pun guna lagi banyak. Bawa barang-barang yang penting saja. Amaran untuk kaum wanita. Hiks!
Kalau ada dengar bunyi pelik, bergetar tiba-tiba atau symptom pelik, itu maksudnya korang dah kena pergi periksa kereta tersebut. Lagi lama tunggu, takut makin banyak pula yang rosak.