Cara Refund Semula Duit Dalam Kad Touch n’ Go, Ini Yang Boleh Korang Buat

Share

Penggunaan kad Touch n’ Go boleh dikatakan agak penting kerana kebanyakan pembayaran kini tidak dilakukan lagi secara tunai. Namun, sedikit leceh kerana ia mungkin sahaja hilang atau rosak walhal wang di dalam kad itu masih mempunyai baki yang banyak.

Jadi, apa yang korang boleh buat?

Foto: Touch n’ Go

Korang sebenarnya boleh refund semula duit dalam kad itu sekiranya ia hilang atau rosak. Bagaimana caranya? Jom kita baca perkongsian yang telah dibuat oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @anisssurayaaa

ini.

1. Masuk laman web Touch n’ Go

2. Pilih ‘Customer Services & klik ‘eRefund’

Bagi yang belum mendaftar kad Touch n’ Go secara online, korang perlu daftar terlebih dahulu di MyTouchnGo Portal. Kemudian, korang boleh lihat transaction, semak e-penyata, kemas kini maklumat dan dapat semula duit baki.

Sumber: Twitter

BACA: Ini Cara Semak Baki Kredit Touch n Go Dalam MyKad Korang

Terdapat beberapa syarat untuk melakukan eRefund ini dan antaranya adalah seperti berikut:

A. Pemegang akaun Malaysia

– Pastikan nama pemilik akaun bank dan ID sama dengan pemilik kad Touch n’ Go

– Tidak boleh membuat pembayaran ke akaun pihak ketiga

B. Pemegang akaun asing

– Pembayaran akan dibuat menerusi Pindahan Telegraf (TT)

– Pastikan nama pemegang akaun bank, nombor akaun, nama bank, alamat bank dan swift code sama dengan pemilik kad

– Hanya refund sekiranya melebihi RM100

C. Touch n Go eWallet

– Pastikan nombor kad pengenalan yang didaftar di MyTouchnGo portal sama dengan akaun eWallet

– Hanya refund untuk akaun eWallet yang telah disahkan sahaja

Untuk makluman korang, proses eRefund ini mengambil masa dalam 30 hari dari tarikh permohonan. Bagi kad yang dicuri atau hilang, jumlah refund adalah mengikut total yang direkodkan pada tarikh korang mohon eRefund.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Jadi, bagi yang belum mendaftar secara online, korang perlu cepat-cepat daftar kerana sekiranya tidak mendaftar dan kad korang hilang, memang tidak boleh refund disebabkan tiada data rekod transaction kad itu.

Semoga bermanfaat!

BACA: 7 Ciri Keselamatan Mykad Dan Fungsi Lain Selain Touch n Go

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Noor Ain Norman