Jika sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan bahawa pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu memaparkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau ‘roadtax’ dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian secara fizikal.
ARTIKEL BERKAITAN : Tak Perlu Lagi Lekat ‘Roadtax’ Dan Bawa Lesen Memandu Fizikal
Namun begitu, tanggungjawap sebagai pemandu dan pemilik kenderaan masih wajib dilakukan terutamanya dalam memperbaharui cukai jalan dan insuran.
Tapi korang tahu tak sekarang korang boleh memperbaharui ‘roadtax’ ini secara secara online sahaja.
Jadi, anda sudah tidak perlu lagi beratur panjang di JPJ atau pun pejabat pos hanya kerana mahu memperbaharui kedua-dua perkara tersebut. Boleh ikuti tutorial cara renew road tax
dan insuran kenderaan secara online seperti di bawah.Cara perbaharui insuran kenderaan secara online
1. Layari laman web MyEG kemudian daftar akaun anda pada halaman Register.
2. Setelah selesai, log masuk akaun anda.
3. Pada halaman utama, tekan pilihan Jabatan Pengangkutan Jalan di penjuru atas kiri sekali.
4. Selepas itu, pilih sama ada anda ingin perbaharui lesen kereta atau pun motor.
5. Di halaman berikutnya, tekan Compare Now untuk membandingkan harga serta perkara yang dilindungi beberapa syarikat insurans dan takaful yang tersedia.
6. Kemudian, masukkan nombor pendaftaran kenderaan anda dan tekan Next.
7. Beberapa maklumat kenderaan anda akan dipaparkan pada halaman seterusnya lalu perlu disahkan.
8. Masukkan maklumat pemilik kereta supaya sistem boleh sediakan sebutan harga insuran untuk anda dan tekan Next.
9. Pilih syarikat insuran yang tersedia untuk dapatkan harga terkini, lalu klik Submit.
10. Anda bakal dipaparkan dengan harga insurans yang dikenakan bagi setiap syarikat yang anda pilih tadi. Tekan Buy Now
pada mana-mana insurans yang anda mahu.11. Anda kemudian perlu masukkan maklumat pemandu tambahan jika ada serta pilih sebarang Add-ons yang diperlukan.
12. Akhir sekali, anda lakukan bayaran dan boleh memuat turun resit bayaran dan sijil perlindungan.
Cara perbaharui cukai jalan secara online
Untuk makluman, sebelum boleh pembaharui cukai jalan anda perlu perbaharui insurans kenderaan terlebih dahulu. Jadi, ikuti turutan tutorial di atas memudahkan urusan pembaharuan cukai jalan dan insurans secara dalam talian.
Senang sahaja kan? Selepas ini korang boleh renew lesen JPJ, renew roadtax, semak saman dan macam-macam lagi hanya secara online dan tidak perlu ke kaunter JPJ.
Jangan lupa try okay!
SUMBER : carsome, soyacincau bm
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.