Seberapa kerap korang mencuci koleksi seluar jeans yang ada?
Menurut CEO jenama jeans terkemuka, Levis, Charles V. Bergh tidak mencadangkan untuk jeans di cuci dengan mesin basuh. Selain daripada boleh merosakkan seluar, teknik cucian ini juga dilihat sebagai satu pembaziran air.
“Rata-rata seluar jeans yang dicuci dengan mesin basuh memerlukan 3.5 liter air untuk pencucian seminggu sekali selama tempoh dua tahun. Separuh daripada jumlah air yang digunakan, jumlahnya setara dengan 6700 gelas air,” kata Bergh.
Namun begitu, kalau tak cuci selama berbulan-bulan pula, nanti jeans tersebut boleh berbau yang tidak enak dan mengundang pengumpulan bakteria.
Jadi, apa kata selepas ini korang cuba tiga cara yang boleh dilakukan untuk membersihkan bahan jeans tanpa perlu menggunakan mesin basuh atau dicuci dengan tangan.
Tidak hanya digunakan sebagai pelengkap masakan, cuka juga boleh dijadikan sebagai detergen untuk material jeans. Letakkan satu sudu cuka ke dalam air dingin dan rendam jeans selama setengah jam.
Penggunaan cuka dapat membersihkan seluar dan mengekalkan warnanya, manakala sabun yang korang guna tu boleh membuatkan warna asal jeans pudar.
Jangan risau kalau bau cuka yang tidak menyenangkan itu kerana selepas jeans tersebut kering, bau itu akan hilang.
Jangan pernah mencuci jeans dengan menggunakan air panas kerana ia dapat membuatkan material ini mengecut. Sebaiknya, gunakan wap air.
Jika menggunakan water heater, gantungkan seluar atau jaket jeans di ruangan kamar mandi sehingga wap airnya terserap pada material tersebut. Cara ini akan membuatkan pakaian korang kekal segar.
Suhu yang tinggi dapat menjadikan jeans mengecut dan kerana itu adalah sangat tidak digalakkan untuk korang mengeringkan cucian jeans pada mesin pengering.
Sebaliknya, cuba gantungkan jeans tersebut di tempat yang tidak terkena cahaya matahari dan cari tempat yang berangin, contohnya gantung di hadapan atau bawah kipas angin.Selamat mencuba!